Showing posts with label review jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label review jalan-jalan. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

Jakarta - Bandung 2014


ok. baru belek2 entry yang berstatus 'draft'.
hahaha. gila berhabuk entry ni.
takpe lah. nak share punya pasal.
saya publish juga la.
same old, same old.
annual trip to Jakarta/Bandung.
only this year we didnt managed to get tickets because of little Noah.
tapi takpe.
baca dulu yang last year.
muahahaha

........................................................................................................

January 30th, 2014 to February 2nd, 2014

and again.
we went.
this time around with pak usu clan.

as usual, we booked ahead of time. for our hari wilayah-chinese new year holiday.
we wanted to experience MAS so we took flight to Jakarta instead of AirAsia straight to Bandung.

and guess what?
i was declared pregnant. pftt.
people in the office started to scold me for being insensitive because at that time i was only 8 weeks. with the doctor's permission, off we go to Jakarta.
my morning (and evening and night) sickness that time was at the worst.
to much of our delight, it took us 5 hours to reached Bandung since we arrived around the CNY holiday.
yes. "enjoyable" trip indeed!



this time around it was not fun as i need to sit, eat and smell my vicks. all the time.
equipped with my loyal package of kurma, milk, water and vicks/minyak cap kapak, i do the shopping basically on a couch (at Pasar Baru). managed to get us two pair of baju. another set of prada lace and baju melayu for yana's wedding next year. duit banyak lebih woo kali ni. bawak balik around RM600! Haha.

we stayed at rumah tawa. a very small, 3 storey dutch bungalow with many rooms. and of course with the help of our favourite supir, pak budi. we went to tangkuban parahu and other usual spots such as pasar baru, countless outlets and ayah's favourite minang/padang restaurants.

chillax area

the last night, we stayed at amaris thamrin city, jakarta city centre. about half an hour drive from the Soekarno-Hatta International Airport (plus an hour if macet).
one thing we regret : we arrived so late in jakarta, the malls are all closed. and the next day we need to catch the earliest flight to go back.
i love jakarta city. it is a bit overwhelming due to the macet, but definitely, i'll be back.

flight tickets : KUL - CGK via Malaysia Airlines
accomodation in Bandung : Rumah Tawa
accomodation in Jakarta : Amaris Thamrin City (booking via Agoda.com)
transportation : Pak Budi [+628886007082]


Monday, December 23, 2013

Travel Review : Kaffa Espresso Bar, PIA



the latest addition in Penang International Airport (PIA).








very nice, chill area kan?.
with light bulbs, cool chairs and awesome selection of coffees and cakes!
they even have two pinball slot machines.
we chill a bit yesterday night before i flew back to KL.
had hot choc (to avoid sleepless night - high on coffee).
wanted to try the cake (red velvet etc) but hubs bising cause i just had nasi lemak kukus! :p

to get there, visit Penang International Airport :).
or just go to their other outlets:

1. Damansara Uptown
97G, Jalan SS21/37 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +6 03 - 7732 4502

2. Georgetown, Penang
22, Green Hall, 10200 Pinang George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Tel: +6 04 - 262 2822


more infos, visit their webpage here : http://www.mykaffa.com/

Friday, May 24, 2013

Review Jalan-Jalan : Muzium Coklat, Kota Damansara


aktiviti pusp*anita yang dipelopori oleh penulis blog ini. pfftt. hahaha.
jadi kena la banyak sikit aktivitinya ye dok?
hahaha. bukan apa. lawatan ni mudah nak buat.
ajk sosial yang semangat! thanks amie!

kami plan nak gi chocolate museum ni lepas amie try chocolate dari wedding shah. yup. they gave fidani/danson chocs as door gifts. so yang extra bawak ke office and tercipta lah idea nak gi sini.

mana kami pegi? Chocolate Museum @ Kota Damansara.
milik sepenuhnya oleh rakyat tempatan, DR Group, Dato' Dahlan Rashid.

Jom tengok gambar!

the entrance

upon arrival



owner :)

demo chocolate tempering

muka happy shopping chocolate


sesuai sangat nak bawak budak2 musim cuti sekolah ni.
belajar sejarah coklat. ibu2, akak2 boleh shopping. :D
muzium ni bukak daily, Isnin hingga Ahad, jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

alamatnya :
Chocolate Museum by Fidani @ Kota Damansara
DR Group Holdings Sdn Bhd
No. 2 Jalan Teknologi ¾,
Selangor Science Park 1,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor
GPS Coordinate : 3.156173 , 101.56892
more info : DR Group Chocolate Museum



Tuesday, September 4, 2012

cuti-cuti merdeka



hai peeps.
i am currently at my home town.
sepatutnya hanya pergi dan pulang hari yang sama.
last minit plan berubah, saya kena stay kat sini sampai malam ni.
kalau ikutkan nak balik malam ni. tapi takut sorang2 so saya insyaallah akan pulang subuh esok.
kenapa balik kampung?
hehe saja makan angin. :p
taklah. kena bertugas la.
tapi bila plan saat akhir berubah. meraban carik baju kurung.
petang ni baru dapat. so sebentar lagi nak melawat kawasan sampai malam.

amacam cuti merdeka?
semua pun harus gumbira kot? masih beraya. penuh jadual dengan jemputan open house.
saya walaupun pagi merdeka dah tercatuk kat dataran merdeka jam 545 pagi, tapi sabtu dan ahad adalah sesi makan2. nasi kerabu kat sg girls potluck. nasi dagang kat rumah kawan encik suami. haha. sampai tak larat makan lah.

oklah. saya benti setakat ni dulu.
nak siap2 gi kerja.
later!!

Thursday, November 10, 2011

Travel Review : David Brown's Restaurant & Tea Terraces


Wow. saya belek2 folder gambar. banyak benda pasal travel saya tak update rupanya.
dan bila Groupon buat deal untuk David Browns's Restaurant & Tea Terraces, Strawberry Hills baru saya ingat yang ia adalah my favourite place in Penang. Letaknya di Bukit Bendera dan oh my. Magnificent!

so, hari ni saya nak share gambar-gambar menarik di David Brown's & Tea Terraces yang pernah saya kunjungi pada tahun penghujung tahun 2009 dan menyambut tahun baru 2010 sebelum train lama ditutup dan diganti dengan yang lebih baru dan canggih.







cantik kan?
apa lagi, jom beli voucher Groupon.
Hanya RM39.00!!
boleh layan afternoon tea set dan menikmati suasana romantik :)
have fun!

David Brown’s Restaurant and Tea Terraces
Strawberry Hill, Penang Hill, Penang, Malaysia
Tel: 04-828 8337 | Fax: 04-826 6337 | Email: info@penanghillco.com.my
Managed by Penang Hill Company Hotels & Restaurants Sdn Bhd

Wednesday, October 19, 2011

Johor Bahru - Singapore

Salam semua..
Menaipnya saya di sini...hahahaha,

FYI, saya di JB ni.
Mengurusetiakan kursus dan memberi input semasa kursus.
Sangat tak berminat untuk tinggal di hotel lama-lama. Dah terasa badan tak berapa nak sihat.
Selsema, pening macam2.

Paling best adalah tiap2 hari bangun tido, mesti tengok Singapore. Keluar je pintu bilik nampak berpusu-pusu kereta masuk ke entrance di Woodlands.


Niat di hati macam nak ke Singapore sekejap. Dapat perfume sebotol, popcorn garrett sebalang, fridge magnet dan kasut charles and keith ke, cukuplah. hahahaha.

erm. gambar menarik takde. sebab dah biasa makan2 dan jenjalan kat JB, soo take for granted je la. but we'll see. mana tau esok2 ada mood nak amik gambar ke.

ok. till my next entry!!

Wednesday, August 17, 2011

Travel Review : Jerejak Rainforest Resort, Pulau Pinang


Salam Ramadhan.
Hahaha. Saya occupied dengan kerja. Harap maklum.
Hari2 saya sekarang ni dipenuhi dengan pembukaan kursus, penutup kursus, bagi sijil, jumpa peserta dan  macam-macam lagi lah.
Saya terpanggil nak  buat entry ni sebab perempuan mengandung tu dah bebel2. Bluweks.
Ok lah. Moh kita layan entry ni. Reminder : entry ni panjang. banyak gambar nak share! :D

Saya ke Pulau Pinang pada hujung Julai yang lalu sebagai urus setia kursus. Kursus kali ini khas buat peserta dari zon utara. So, Penang menjadi pilihan. dan pada masa tempahan dibuat, hanya Jerejak Rainforest Resort yang available.

Jerejak Rainforest Resort (JRR) terletak di Pulau Jerejak iaitu sebuah pulau yang terletak di antara pulau dan Seberang Perai. Sedikit sejarah Pulau Jerejak saya ambil dari wiki:


"A memorial is located in the island dedicated to two crew members of the Imperial Russian Navy who died when their cruiser Zhemchug was sunk by the cruiser SMS Emden of theKaiserliche Marine in the Battle of Penang on 28 October 1914. This is one of the few incidences of action which took place in Malaysian territory during World War I. [1] [2]
After World War II, there was an increase in the number of tuberculosis patients and a sanatorium was set up in Jerejak for victims. On 12 June 1969, the Jerejak Rehabilitation Centre was set as a maximum security prison, hence earning the island the moniker, the Alcatraz of Malaysia.[3] The centre was eventually closed in August 1993. [4]"


Hehehe. Itu la sedikit sebanyak kisahnya. Selanjutnya korang boleh baca lagi. Di JRR ni, mereka dah letakkan banyak maklumat-maklumat dan info berkenaan dengan sejarah Pulau Jerejak dan perkembangannya dari dulu sampai la ni. Masa nak pergi tu agak cuak lah. Sebab semua orang kata tempat ni berhantu la apa lah. Tapi tak. Kalau korang perlukan ketenangan selepas sibuk2 bekerja, korang boleh book bilik kat sini, enjoy swimming pool yang besar dan juga pergi spa. Oh, kat sini juga ada disediakan aktiviti-aktiviti outdoor. Ok jom tengok resort!

How to get there? Untuk sampai ke JRR ni ada beberapa cara.

1. By Air - sampai di airport, terus amik cab atau apa2 kenderaan awam terus ke jetty ke Pulau Jerejak yang letaknya di area Queensbay tu.
2. By Bus - kalau dari hentian Sg Nibong, lagi dekat nak ke jettynya. Dalam 8 minit je kot.
3. By Car - kalau dari KL atau mana2 destinasi, kemudahan tempat letak kereta percuma di sediakan. So, korang boleh park di sana sahaja.

Dari Jetty Jerejak, korang kena naik bot untuk ke pulau. Don't worry. Bot nya ok. Tak mabuk. Saya yang mabuk laut ni pun ok je. :D. Jadual ferry ada kat sini. Masa untuk sampai ke pulau jerejak dari jetty hanya 8 minit sahaja.

gambaran dari dalam bot. hahaha. tak banyak. sikit je :P

otw, korang akan nampak la mercu tanda pulau pinang yang letaknya di seberang sahaja. Antaranya Queensbay Mall dan juga kilang-kilang besar di area Bayan Lepas. Contoh maca Intel. Aida, ingat tak? hehehe


bukit di belakang tu yang rendah sikit bukit jambul, yang tinggi bukit bendera ;)

and yang akan menyambut anda apabila sampai di pulau adalah kawasan yang penuh dengan kehijauan yang sungguh cantik! breathtaking. 


dari jetty, kalau ada rezeki, korang boleh naik kenderaan khas di JRR ni iaitu kancil yang telah diubahsuai. kalau takde rezeki, boleh lah tarik bag sampai ke lobby. Kancil ni juga akan membawa korang ke bilik. Tapi tgk jugak. kalau opted untuk bilik hotel biasa, tempatnya di sebelah belakang so kena jalan sendiri. tapi kalau chalet, atas bukit menghadap penang dan kena naik kereta chumel. pengshan kalau jalan kaki.


untuk trip ni, saya dan cik bos dapat duduk di chalet. share berdua. benda pertama yang keluar dari mulut saat membuka pintu adalah 'mak ai, romantiknyaaaaa'. ye, chalet sangat sesuai untuk pasangan nak honeymoon di sini. tak caya meh tengok.











very nice tak?
kami duduk di chalet yang tengah-tengah. memang kalau duduk kat balkoni berdua, call room service, habis romantik lah! menghadap penang. malam2 memang cantik. tapi seperti yang dilabel di pintu tu, kena hati-hati. sebab banyak monyet. bilik staff saya kena geledah. habis gel rambut satu tube monyet tu kerjakan. hahaha

kalau nak pergi balik dari lobby ke bilik tu agak penat la berjalan kaki. but no worries, kancil comel sentiasa ada di lobby. just btau receptionist, nanti depa hantar. boleh tahan jugak driver2 tu bawak. hehehe

next jom kita tengok kawasan sekitar JRR dan kemudahan yang disediakan.

ini adalah lobby. oh. itu cik bos! :D

kemudahan gym. boleh workout sambil tengok orang berenang2


kafe/restaurant.
al fresco dan juga ada dining hall dengan aircond


love, love, love the pool area.


ini adalah area untuk outdoor activity. ada beach soccer, volleyball


 
kedai serbaneka.
dari ridset ke swimming suit ke coklat. semua ada.

my favourite thing.
3, 4 kali lawan ngan cik bos. asik kalah je. T__T

menu spa

ini adalah kaunter untuk outdoor activities.
korang boleh pilih. masa pegi ni, kami pilih flying fox, beach soccer, volleyball.
jungle tracking pun ada tapi 2 jam, so kami cancel. 
saya tak join any activities pun. peserta je. 

ok. karaoke room pun ada. tapi tak sempat cuba. kerja ma.

yup. rental basikal pun ada.  :D

ha. macam-macam ada kan??? best. tak tipu.
dan satu lagi yang saya nak tunjuk adalah spa yang ada di sini. pada mulanya, saya dan cik bos nak memanjakan diri tapi sebab bz gila kot, terus tak jadi. but sempat la ronda2 kat area situ. cuma beberapa langkah je dari chalet kami. jom tengok! Link Jerejak Spa kat sini.

eh. eh. pemilik blog posing di hadapan pintu masuk spa. 
nampak tak backpack kaler merah kat belakang? hahaha
lawatan dibuat masa nak balik dah T___T'

pondok kecil adalah tempat buat spa. 
harga servis adalah dalam range RM 65 - RM 350. 
Ada manicure, body scrub, aromatherapy massage dan lain2.

nice eh?
infinity pool. 
boleh berenang sambil tengok kesibukan pulau pinang selepas penat kena urut.


banyak benda kan?
melihat kembali pada gambar-gambar kat atas tu, saya dah plan nak pegi lagi sekali.
bila tu, not sure. :D. tapi kan, groupon ada buat promotion. RM 98 for 2 pax. Siapa yang tak amik memang rugi la. Ini linknya! 58% ok. Sila beli cepat2!!! Saya tau Reena dah beli. :D


Jerejak Rainforest Resort
No. 1, Mk. 13,
Daerah Timur Laut,
Pulau Jerejak,
11900 Bayan Lepas.
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-658 7111
Fax: +604-659 7700
email: reservation@jerejakresort.com


Overall, ini kesimpulannya:

(i) Lokasi : 5*
(ii) Kemudahan : 4*
(iii) Makanan : 3* [tak berapa syiok, sebab makanan sedap seperti nasi kandar, naan cheese, pasembor hanya 8 minit away di pulau hahaha]

Ok.
setakat ni dulu.
i hope u enjoy the review.
till next review.....