greetings...
back in the ofc after 3 days 'berkhidmat untuk negara'...
perasaan ke Kemaman bercampur baur kerana banyak cerita2 yang didengar..
yang menyesakkan telinga, yang menghiburkan dan dan menakutkan...
tak perlu bercerita tentang perjalanan malam jumaat kami yang bertemankan co-pilot yang terlalu high dengan kadar caffeine berlebihan dalam badan...first experience drive KL-Kuantan agak horror disebabkan keadaan jalan yang bengkang bengkok. lupakan perasaan menakutkan di jalan yang sunyi dan gelap kerana keselamatan jauh lebih penting. kami sampai di INTIM jam 0230 pagi dan terpaksa mengejutkan Maya yang sedang enak dibuai mimpi.
bekerja di saat ayam mula berkokok, sebelum matahari terbit lagi...dan aktiviti hanya tamat setelah jam menginjak ke jarum 1030 malam. setelah membantu di Bilik Urus Setia, barulah kami keluar untuk mengisi perut yang berbunyi sudah. makan malam pun terpaksa di skip kerana komitmen kerja lebih memerlukan.
keseronokan berjumpa dengan senior2 lebih berpengalaman dalam pengendalian program ini amatlah dihargai...segala tunjuk ajar yang diberi akan dijadikan panduan masa depan..walaupun ada di antaranya lebih 'kek' dari kek di secret recipe, apa boleh dikata lagi...manusia, rambut saja sama hitam, hati itu...tuhan saja yang tahu..
berat badan makin meningkat, semuanya gara-gara kealpaan ketika makanan berada di depan mata. tanpa disedari, diri ini mampu menghabiskan dua ketul roti dicicah kari + sunny side up egg, sebiji telur separuh masak, sebungkus nasik lemak, 2 ketul tapai kiut yang dibaluti daun tapai dan segelas kopi cham 'c' ais. itu baru untuk breakfast..malam sebelumnya jamuan perut adalah nasik air ayam dan milo tabur. terima kasih Tuan Ali!
kalau da namanya ke Terengganu, menyesal pulak kalau tak beli sutera. 2 pasang batek yang tak nampak macam batek pun berjaya dibeli...terkesima sekejap..i'll be back eri! next time i'll bring my mak!
kata kawan2, kalau ke INTIM, Kemaman tak boleh lupa benda2 ni :
- stuffed crab di Tong Juan --- tak sempat!!! maybe next time?
- nasi air di Simple....CHECK!
- roti bakar & kopi di Hai Peng.....CHECK!
- satar di Aziz Sattar...CHECK!
- kopok INTAN....CHECK!
now, i am back in the office....going thru some papers n few more things to be done..jap lagi ade majlis jamuan perpisahan + majlis kesyukuran pemenang APC tempoh hari..baru je kejap tadi CC Zizah masuk bilik suh jadi emcee...erm...takkan nak kata takmau...bolehkan aje...
anyways....here 's a shoutout to my frens yang lama tidak jumpa sudah......(didi, min, lin, um, max, mila, ayol, cheche)
RINDULA!!!!!!!
5 comments:
wah wah wah... budak kecik nih... kemain berjalan eh? mentang2 ada kaki (khai, mimi)... hehehe...
ada satu lupa letak ler dalam list tu...
nasi budu + ikan bakar = tepi sungai kemaman!
pergh, tu time pengucapan awam pun boleh bau lagi budu kat tangan tu!
nisha :
berjalan tuh! nasib baik la ade kaki2 itu...and PAC memberi peluang kepada saya untuk berjalan2 dan menikmati nikmat Allah beri...hehehehe i wud be nice if you were around too okeh!
zaha :
tu makan tengah hari eh? erm tak sempat la 'abg' hehehe. kita bz masa tgh ari itu..makan pun tak sempat. maybe next time? :)
macam pernah kubaca entry sebegini.. di mana ya?
bukankah chech pernah buat sebegini semasa beliau seorang kemaman virgin dahulu?
Post a Comment