Thursday, November 27, 2008

bila cuti sekolah...

.
bila cuti sekolah, jalan tak jammed macam selalu waktu2 peak hours, pagi.
bila cuti sekolah, shopping complex penuh dengan budak2 baru meningkat naik pegi lepak.
bila cuti sekolah, kat opis pun lenggang. sebab mak bapak cuti bawak anak jalan2.
bila cuti sekolah, hotel2 seluruh negara fully booked. kalau ada pun mahal berkali2 ganda.
bila cuti sekolah, cikgu-cikgu bukannya relax. diorang kena g sekolah jugak siapkan next year nyer perancangan mengajar.
bila cuti sekolah, ramai yang plan nak buat kenduri kawin.
bila cuti sekolah, ramai budak2 bawah umur yang lelaki bersunat.
.
macam2 benda masa musim cuti sekolah. saya kat rumah dah takde yang bersekolah. yang ada cuma budak tua yang belajar uni. itupun tengah bercuti. bila dia balik cuti, bilik dia berisi. so takleh aa tumpang solat. tumpang main game, tumpang tido dan tumpang pelbagai barang untuk buat stor. hahaha ;).
.
skang lunch. takde mood nak turun makan. makan potato bread yang dibawa pagi tadi. letih la. pagi ni je dah berapa kilojoule kalori terbakar hasil turun naik tangga. sambil kalori turun sambil tu jugaklah darah ni naik. hai..sampai bila? tengoklah. if planning yang dibuat seisi seksyen berjaya, mungkin ok kot pas ni.
.
*gambar hiasan. tiada kena mengena antara hidup atau mati.*
.

oh, cakap pasal cuti sekolah, ingat kan yang saya on medical leave isnin lepas. saya g klinik. sampai2 je, penuh klinik tu. dalam hati dah kata 'lamalah aku nak menunggu'. rupanya adik2 yang tgh cuti tu ambik peluang untuk bersunat/berkhatan. hihi. adalah dalam 6-7 orang. yang dah 'settle' ada 3, yang selebihnya tengah menunggu giliran. chomel. umur dalam linkungan 8-11 tahun. yang tersengeh2 ada, yang dok pujuk mak untuk makan ni makan tu, beli ni beli tu sebab kena sunat, yang masih berlari2, yang dok menghitung detik jarum jam pun ada. dalam hati ni dok gelak sebab teringat my bro yang bersunat lama dulu. mak cerita lah. sebab saya tak ikut diorang ke klinik. keluar je bilik doctor, muka ala2 hero. tak sakit, macam semut, macam kena cubit. macam2 lah dia punya explaination. amik ubat, masuk kereta, separuh jalan menjerit melalak sakit tetiba sebab ubat bius dah habis. sampai lah kat rumah. hihi acap...acap..saya? tukang gelak lah. ;p
.
erm. lama lagi kan cuti sekolah? korang takde plan ke? sepupu saya akan nikah sabtu ni. majlis dia hari ahad. Shaz, my classmate masa form 5 pun akan kawin sabtu ni. 13 Disember majlis Aca plak. Mirul punya majlis tak confirm lagi. erm sedia hadiah je la kan. hihi.
.
oklah. i gotta run. jap lagi 2.30 ada meeting. have a nice day k darlings!
love ya! xoxo
.

3 comments:

thesweetlittlecat said...

dolu2, cuti sekolah yg aku duk tgu.. kalo tgh final exam, sanggup menghitung hari bila nak cuti... bestnye jadi bebudak sekola, cuti memanjang...

hade said...

ahkon..

cuti...oh bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa..
teringin nak g pantai laa..

hade said...

ahkon..

bercuti ker? :)