Showing posts with label 11 wishes. Show all posts
Showing posts with label 11 wishes. Show all posts

Wednesday, September 2, 2009

11 Nafsu



ahoy! yes! yes! it is SEPTEMBER baby! (dah dua hari pun...)
my favourite month of the year and also 9 is my favourite number! wohoooo.
its gonna be exactly 9 days to d-day ya'll. gila aaa. time goes by so quick and yet i still the same ol same ol me! tak gemuk sangat tak kurus sangat. tak tinggi2. kerja so-so. cuma makin banyak masalah, makin banyak hutang. hahaha. benarlah kata pepatah 'besar periuk nasik, makan besarlah kerak nasiknya'. so, memandangkan Sept. 2009 telah hadir, maka saya dengan rasminya ingin meletakkan wishlist saya di sini! hahaha. ia bermakna perkara2 yang saya mahu pada ketika dan saat ini ye tuan-tuan dan puan-puan. hehehe. jom!

1. Necklace or Choker - nak pakai time Raya dengan baju oren. saya nak beli kat F21 ~ dah survey tapi kat Pavilion tak banyak choice la...


2. Kasut - nak sepasang kasut hitam bertutup penuh dan kiut untuk kegunaan seharian ke pejabat (official) dan sepasang lagi kasut raya. hehe last sunday g layan Aldo, Nine West, Vincci+ dan beberapa kedai kasut yang lain. tiada yang menarik. huhu.


3. Handbag - Handbag faux-croc leather jenama Pierre Balmain saya yang dihadiahkan oleh Encik H semasa hari lahir yang lepas telah lusuh dan penuh dengan ink pen yang bocor di bahagian dalam. Untuk itu saya perlukan satu handbag yang baru.


4. Clutch - keinginan memiliki clutch hadir kerana setiap kali saya ke majlis perkahwinan, dinner dan apa2 event yang tidak appropriate untuk saya membawa handbag gedabak itu. rasa pelik. dah pakai lawa2, tetiba handbag itu cover habis pakaian glam itu. hahaha so saya perlukan seketul clutch yang super kiut dan berwarna silver-ish or black-ish supaya senang dipadankan dengan baju nanti.


5. a BB - yes. ini serius (ikut tone Wonderpets). memandangkan phone sedia ada telah pun berusia hampir 2 tahun (telah habis bayar hahaha) dan mula menunjukkan protes terhadap penggunaan yang berlebihan. saya perlu bertukar kepada BB. i want it. and i want it for my birthday!!!!!


6. Bali Trip - kalau awal tahun kita dah ke Bandoeng. apa kata kita tutup tahun ni dengan Bali Trip. tapi masih belum ada apa2 perancangan. baru berangan sahaja. tengok blog beth pasal trip dia tu best la!!!!

7. Sambung Masters - erm. saya nak apply scholarship. tapi saya ni tak berapa pandai. tengoklah macam mana. iklan UTM Space pun dah keluar. maybe kalau sambung sekarang ni memang gila2 kena save duit. erm. itu lah dia. nak sambung belajar lah. nak refresh otak balik. if dimakbulkan, saya nak ke Timur. tapi taktau lagi lah. tengok rezeki camne.


8. a ring - bukan apa. nak tukar cincin yang dah tak berapa nak shining ni. gila kan tetiba? haha


9. rak buku yang best. rasa macam nak kaler putih sebab nak sama kan dengan interior bilik.


10. tinted kereta!!! - sudah beberapa tahun keretaku berstatus see through. it's time!!

11. jam tangan - yang ni standard. every year mesti ada :D. last year baby g, last two years guess...tahun ni???? adakah tag heuer? atau omega? hah! berangan lah. boleh memang boleh tapi Chinatown mari. hik hik.


oklah. dah pun termaktub 11 nafsu tahun ni. tiadalah harapan untuk dapat semuanya. tapi InsyaAllah kita terai lah untuk dapatkan satu per satu. maybe lambat atau cepat aje lah! yeay yeay. dah bulan sembilan. tua dah aku...

sekian, nukilan 2 September 2009.

Nota D(o)nuts : Gila kerja aku super banyak. haaaa sapa lah mulut gatal kata kitorang ni takde kerja???!! mesti korang suka tengok kami tonggang terbalik!! chet :p. aku nak chooti nanti. takpe2.


:D