Showing posts with label Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel. Show all posts

Monday, February 23, 2009

penat kerana jalan-jalan

.
hey peeps.
i'm back!! (again) hahaha. dah rasa cam biskut dah ni. ada tak ada. kerja makin bertimbun. masuk je office dah meeting. petang ada lagi satu meeting. aduhai. tak menang tangan. kalau ngadap pun lama2 pening jadinya.
.
me just got back from Langkawi. touch down hari Sabtu selepas 4 hari yang full! lain dari masa di genting, bengkel kali ni lebih membawa makna kerana bawak perkara lebih jelas. ye lah. dua kali attend kursus yang sama. cara pengisian lebih berbeza kerana penceramah lebih berpengalaman.
.
now that i got a new bos. lelaki. for about 2 weeks, masih cool, masih ok! tiada apa2 cuma kekalutan nak buat itu dan ini menyebabkan saya agak rimas. dan juga kerana hampir setahun post itu tak diisi. anyway, trip ke Langkawi dengan bos best. kepala gila2, kaki jugak bershopping dan boleh aaa join kami yang wanita2 ni. hahaha.
.
Langkawi, masih seperti sebelumnya. cuaca panas terik dan malamnya angin bertiup lembut. cuma kali ni tak sempat nak ke Pantai Cenang. i miss the sunset. takpelah kita cuba next time! last year saya ke sana masa musim cuti sekolah, so ramai la orang, berpusu2 nak masuk ke kedai Haji Ismail Group di Pekan Kuah tu. tapi trip last week, kami dapat shopping tanpa bersentuh bahu pun dengan customer lain. boleh dibilang berapa ramai orang kat Pekan Kuah tu. hotel yang saya lepak dari Rabu hingga Sabtu merupakan hotel yang horror. ye, saya bersyukur at least ada gak hotel yang ok camtu cuma bila dipikirkan kemudahan yang disediakan, saya bersyukur kerana big boss tak pegi. walau bagaimanapun, makanannye HEBAT. saya rasa saya naik 2 kg lebih kot sebab makan tepat je hari2. itu tak masuk dengan coklat dan sebagainya. hahah.
.
coklat?? makin mahal berbanding last trip ke Pulau Lagenda ini. semuanya naik dari range RM2-5 ikut jenis coklat. kali ni Kinder Bueno takde langsung. satu pulau kami pusing cari. kata peniaga2, pembekal belum hantar stock. kesian mak yang suka makan Kinder. saya belikan coklat lain lah. kerana coklat jugalah, saya terpaksa membeli satu luggage bag baru kerana orang yang nak bertunang tu kirim banyak coklat. so pergi 1 beg, balik 2 beg.
.
sabtu tu dapat tiket ke Konsert Diraja sempena Hari Wilayah di PJC. tapi disebabkan keletihan yang terlalu teruk, saya batalkan hasrat untuk pergi. selain tiada member, saya lapar dan ngantok. jam 9 dah selamat beradu, mak balik dari Melaka pun tak sedar.
.
semalam, Ahad pagi2 Min dah ajak breakfast kat OTWC, Cyberjaya. lepak sampai kul 11 pagi, balik dan tukar baju untuk outing dengan SG Girls di Pavilion. saya kena kutuk hebat kerana tak pakai baju tema, putih. hahaha. cerita pasal outing ni akan disambung selepas saya dapat copy gambar2 dari Zurai. itu je kot. kerja tengah SUPER banyak!!! headache dibuatnye!!!
.
saya update lagi nanti k.
.