* gambar-gambar dari Fasya*
hari ini hari rabu. basi dah benda ni. hahaha tapi takpe..kita layan je k!
event di entry yang telah menjadi sticky note buat beberapa hari telah pun berlangsung last weekend. sebagai salah seorang dari committee member, organize event sukan besar (seluruh JayPeeAm uolsss!) buat julung kalinya, aku puas! paling meletop, saya adalah pengurus yang setia bagi jawatankuasa persembahan. apa yang aku buat? dari segi pengendalian majlis (emcee supposedly aku, tapi nasib baik ada Encik Barnie huhu penyelamat!), maskot, clowns, gimik perasmian, artis, demo apmm dan banyak lagi.

dengan penglibatan lebih dari 700 peserta dari 24 agensi yang bertanding, event ini berlangsung alhamdulillah dengan lancar. walaupun kaki ini hampir nak putus, tapi ku gagahkan jua sehingga hari ini. masih belum bercuti hokeh!
mula dengan hari jumaat. pagi lagi dah ngadap teekayasyou untuk settlekan aturcara pentadbiran yang diemail jam 9 malam sebelumnya. pagi itu juga kami telah dapat berita seorang dari pemandu, arwah Encik Hamid meninggal dunia secara mengejut. arwah sepatutnya bawa kami ke Kompleks Sukan Air pagi tu. sempat juga aku dan said melawat keluarga arwah di Rumah Mayat Hospital Kajang sebelum ke Central Market. apepun al-fatihah untuk arwah.
terus pecut ke CM untuk ambil souvenir teepeeam. kul 12 tu jumpa bebudak di manhattan fish market, alamanda. sampai ofis, smayang terus berlari lagi ke Kompleks Sukan Air. rehearsal yang patutnya mula jam 3. aku sampai 3.15ptg. hahaha. ampun kat Datuk and terus mula dengan emcee buat soundcheck. diikuti dengan artis pentarama, jkkn dan last skali baru budak2 af tu. masa diorang buat soundcheck, rata-rata dah balik. tinggal pengurus pasukan yang sedang ada taklimat. makanya tak senang duduk la mereka. tengok si aisyah tu berlari2. hahaha. sebelum depa balik, sempat jugak Datuk singgah untuk meet and greet. sambil2 makan mee rebus yang sedap, aku bergossip dengan Abang Rambut Merah, Datuk interbiu yang budak2 tu. sampai ofis lebih kurang kul 7 lebih. semua dah nak balik. kerja aku berlambak lagi. dah la tak duduk langsung kat kerusi satu hari suntuk. dalam kul 8 proceed ke PRO, buat kerja kat bawah. meriah sikit, dan tak takut. kul 1045 tido.

sabtu kul 530 aku dah takleh tido, bangun, mandi dan terus siap2. sempat breakfast kat tempat biasa ngan kak zai. dan kami sampai before 7 okeh. siapkan apa2 yang patut. acara first aku untuk pagi itu ialah Senam Seni (terima kasih Encik TAYO!!!!! Senam Seni ROWKSSS). habis je Senam Seni, patutnya pelepasan acara pertama, tapi hujan la plak. huhu. tunggu settle sikit, baru team pertama dilepaskan. memang sengit la acara rowing ni sebenarnya. best betul. sambil aku menjerit2 sokong team PA, JayPeeAm, sambil tu jugak settle itu ini. K.A.N sebagai VVIP memang sporting habis. dia tunggu sampai race tu tamat baru dia balik. dan sampai ke petang Datuk O tunggu. semangat gila!



rasanya paling meriah untuk sabtu tu bila maskot Upin dan Ipin keluar untuk pertama kali. tapi rasanya setiap kali Upin dan Ipin keluar, time tu lah budak2 penuh kat area Grand Stand. hahaha. Pentarama pun tak kurang hebatnya. artis2 diorang nyanyi memang sedap dan banyak pulak peminat yang bergambar. kalah artis you! petang itu hampir jam 6 baru balik dan terus mandi. dah makan aku terus tertido. malam tu tido di Pullman LakeSide Resort. best banget! walaupun letak je kepala atas bantal aku hanyut...
next morning (ahad) 5 lebih aku dah terjaga. wah gila sakit badan. mandi, siap2 dan terus g breakfast kat coffee house. sorang2 k. diorang semua tak bangun lagi. sampai kat kompleks, aku park elok je, Datuk pun sampai dengan Datin. kami start pagi tu dengan Senam Seni juga. rupanya diorang memang suka Senam Seni tu. siap practise kat umah lagi tang 'lompat-lompat-lompat-kecut...-perut' hahaha. tak sabar aku nak tunggu hujung minggu ni plak. settle Senam Seni, race macam biasa. kami sempat ke tengah tasik (ke jeti pelepasan) untuk tengok budak2 PA untuk qualifying round. serious best! otw balik, dalam bot kami kuyup sebab hujan turun mencurah. basah bersama gitu. hahahaha


lepak kat gerai untuk breakfast and borak2 dengan orang2 JKKN. best aaa diorang! terus acara berlangsung, macam biasa Upin Ipin, Blue Hyppo dll. sempat jugak aku lepak kat booth budak2 Les Copaque. macam2 benda yang diorang jual. memanglah Upin Ipin ni fenomena! lebih kurang 11 pagi, kaunter daftar pertandingan mewarna pun dibuka. penyertaan sangat membanggakan. aku pulak sempat daftarkan anak angkat aku Upin dan Ipin untuk masuk kategori 4-6 tahun. hahaha.
1245 aku balik rumah, mandi dan tukar pakai baju official. sampai balik dah siap2 tunggu VVIP sampai. budak2 AF dan the J tak sampai lagi. balun lah dengan lagu2 syiok2. abang teknikal tu pasang lagu layan2 cam exist la, slam la. hahaha ape lagi. memekak la kami di tepi tasik. hadiah pun siap2 kitorang susun, sambil2 VVIP sampai aku berlari2 bapak naik and kol Juan. last2 kul 2.30 ptg baru diorang sampai. aku dah tolak si Obri untuk nyanyi dulu. masa Obri, sambutan ok. tapi bila tang aisyah...mak ai. pening kepala. ramai gila depan stage sampai polis bantuan tak boleh control. tenggelam budak kicik itu! TeePeeAm sampai awal. disebabkan cuaca petang itu sangat berangin (alhamdulillah tak hujan) so bot2 ada masalah nak bergerak. terpaksa kami delayed kan dengan benda2 lain. contohnya penyampaian hadiah pertandingan mewarna (yang hadiah nye so-so je. sian budak2 tu....) dan persembahan si zizi.


*winching technic*
bila TeePeeAm dah lepaskan 1st race (saya gadis pembawa air horne. hahaha) memang meriah. seronok tengok acara final yang menyaksikan J*P*A mengungguli team wanita dan team lelaki. 8+ semua J*P*A sapu rasanya. so habislah race, penyampaian hadiah dan press conference. aksi-aksi menyelamat dari APMM dapat sambutan hangat dari audience!!! semburan air tasik kena sikit lah pada beberapa makhluk kat ujung tasik. hahaha. last2 aku lepak minum kopi dan roti jala. after TeePeeAm berangkat balik, semua bos-bos naik kat tingkat atas grand stand dan say thanks kat kitorang. sebab sukses! tuhan je tau betapa penatnya badan, suara serak, kaki macam nak tercabut tapi hati yang sangat puas!!!!! this is what gives me my strenght. i am back on track!!! wuhuuuuuu. (poyo la plak).


tapi puas hati. this is what i want and what i love to do. penat tapi puas! pengalaman mengajar kan? this is an experience yang orang lain tak boleh beli. insyaAllah, lepas ni ada lagi banyak event untuk disettlekan!!! yipppieeeeeeeee
iklan jap : kalau sapa2 ada event atau nak buat event. nak dapatkan nombor phone contohnya untuk artis, untuk upin dan ipin, senam seni, pentarama, clowns, balloon lauching...email me at yantie2g@gmail.com k!!!

