(disclaimer : entry ini adalah super panjang dan kalau takmo baca sila alihkan cursor anda ke bahagian atas kanan dan klik tanda pangkah atau 'X' itu ye. thanks!)
ingatkah kamu semua gossip bahawasanya Scha dan Linda Onn bergabung tenaga dan menubuhkan Kelab Ex-Gf Fahrin Ahmad dan bukti mereka berbaik selepas Scha putus ngan Fahrin adalah melalui gambar di bawah ini?
(gambar pinjam dari sini. abang nara - pinjam gambar ye)
tapi aku bukan nak cerita pasal hubungan artis2 ini. ataupun nak start gossip artist di belog kiut ni. hahaha. sebenarnya nak cerita pasal tu, benda yang diorang naik tu la. benda yang agak menjadi kegilaan ketika ini. ye ke? ke gua sorang je yang mengilainya? haha.
namanya ATV (All-Terrain Vehicle). maknanya dalam bahasa melayu adalah kenderaan semua bentuk muka bumi. ada jelas? ala maknanya dia tak macam kereta kalau langgar batu tayar akan pancit, kalau langgar lopak suspension lari, macam2 la. ATV ni cam ala2 4-wheel drive la. lanyak saja. saya dah lama usha2 laman web ATV. ala bukan susah nak carik. pergi je ke Google, taip ATV kat ruangan Search dan klik pada Pages From Malaysia. keluar je page yang pertama ATV Malaysia tu, klik saja lah. (link)
al-kisahnya pada cuti tahun baru CNY yang lalu, saya telah berhajat nak main ATV ni. sebelum gerak ke Port Dickson tu saya dah pun call member ajak main ATV. dia setuju. sampai je di PD, terus saya kol Abang Mas - owner ATV Adventure Park KL. Dia mintak saya call Kak Meliza untuk confirmation sebab dia ada kat luar masa tu. so, bila dah confirmkan dengan Kak Meliza, saya pun jadi super excited!
isnin. lebih kurang jam 9.30 pagi saya dah sampai di taman melawati dari Putrajaya via MRR2 yang tidak sibuk langsung! syiok kalau MRR2 hari2 tak jem macam tu. memula rasa saspen la kan sebab nak masuk ke Kemensah tu sorang diri. tak penah saya lalu pun situ. paling jauh pun sampai zoo. itupun kali terakhir masa tahun 1998. haha. so, ikut saja peta yang ada dalam website tu (hapal dalam kepala ok, Didi! :P) dan saya pun redah saja. memula lalu kat zoo. pastu jumpa perumahan, Kemensah Height kalau tak silap (rumah2 orang kayo), lepas tu jumpa cam sungai kecik yang sangat cantik. masuk pulak ke kawasan perkampungan. tak sure perkampungan apa. hati dah dug dag dug dag bila terus jalan dan jumpa hutan. hutan dan hutan lagi. selepas lebih kurang 8 minit barulah nampak sign board ATV Park (kaler kuning terang). akhirnya setelah beberapa anak sungai dan bukit diredahi maka sampailah saya ke ATV Adventure Park yang dicari.
batu besar - trek latihan, kena pusing sampai mabuk keliling batu ni
dalam jam 1030 pagi kami start dengan briefing tatacara penggunaan ATV oleh Abang Mas. antara yang diingatkan ialah:
(i) jalan dalam hutan, jalan poyo dan berlagak;
(ii) buang ego anda sebagai seorang lelaki - hahaha jangan marah abang2 sekalian;
(iii) apabila memandu, jangan elak batu, lubang, air dan sebagainya sebab ATV memang didesign untuk tujuan lanyak benda2 itu. dah nama pun kenderaan semua bentuk muka bumi kan?
(iv) enjoy - yang ni paling penting. kalau takut confirm tak enjoy!
memula masa briefing takut sampai nak ter'kench'. serius. dia kata kalau pompuan besar aku ni kena himpap ngan ATV tu maunya jadi lempeng. pastu terkial2 nak belajar brake dan sebagainya. gear dia kat blah bawah ye tuan2 dan puan2. dan tangan saya yang super cute, halus dan mulus ni kecik ni agak terkembang2 sebab nak mencapai brake ke tahap maksimum. :D hehehe kitorang adalah participant pertama untuk hari tu dan ada 6 group keseluruhannya. termasuklah Linda Onn dan Fan Clubnya yang akan bercamping. kitorang selisih ngan dia lah masa balik. tak sempat la jumpa kan.. :P lepas je briefing kitorang diminta pilih mana satu ATV yang berkenan di hati. saya nak yang kaler oren tapi yang tu mahal punya, versi otai la. hihi. last2 saya amik kaler merah. dan sebelum mereka lepaskan korang ke off road trail yang dipilih, korang kena pusing batu besar tu 3,4 kali untuk biasakan diri dengan ATV tersebut. dan ada trak latihan yang mengandungi 2 bukit yang curam untuk practice brake depan dan belakang. dah la masa saya g tu ada group besar yang tengok, malu ai. hahaha. lepas dah power baru diorang kasi jalan kar off road yang sebenar. kecuakan sangat obvious di sini.
Air Terjun Kamisah. 7-tier ya'll.
ini adalah tingkat yang pertama ;)
we opted for RM100.00 per ride which means 30mins back and forth to the campside and spending 30mins at the 7-tier Waterfall atau nama lainnya Air Terjun Kamisah. kira sendiri lah berapa lama k. tambah tolak dalam 2 jam la. kami awal sikit la kot sebab kami power dan tak hegeh serta tak takut pun masa memandu ATV tu. hahaha. dan jugak tak spend time mandi kat situ. sebab baju yang dibawak tinggal dalam kereta. oh lagi satu sebab adalah saya pakai seluar jeans. :P. kunun2 amik spirit paintball la kan. pakai jeans lebih baik! tapi padan muka, bila dah sampai air terjun mulalah menggelupur nak mandi. hek hek. korang akan diberikan seorang guide (yang jugak naik ATV) dan sebotol air. aritu kitorang dapat adik yang bernama Fariz (ye kot. alamak lupalah plak!) yang super kewl dan terror amik gambar. dia bawak baby saya sangkut kat leher dan sepanjang journey itu dia snap2 gambar. best2! dan dia jugak tak lokek berkongsi cerita tentang area2 yang cantik kat situ.
macho tak? topi tu la. camouflage gitewwww.
overall perjalanan itu sungguh seronok. walaupun tak seseronok diving di dasar laut dengan ikan2 yang berenang (tetiba cerita bab laut, gilo!), tapi hutan adalah menyamankan. dengan pokok2, air terjun. wah! nak kawin dalam hutan, boleh? gilo lagi..
tour guide yang efisyen
next trip, insyaAllah nak ajak Geng! dan SG Girls. bleh mandi manda cam Awal Ashaari, Scha & Linda Onn. itulah cerita cik @hkon konon2 nak jadi extreme. extreme peringkat satu la kan. bukan extreme terjun bungee ke ape. haha. oklah, kalau ada yang berminat nak main ATV ni, bleh layari laman web mereka di sini (klik je perkataan sini tu) atau call terus Abang Mas (0123775005) atau Kak Meliza (0193407895). ingat, kena book a day before k!
kepada yang takut panas, jangan risau. tak panas. korang lebih fokus kepada pemanduan korang. tak terasa matahari kerana hasil dari hutan hujan khatulistiwa kita dilitupi oleh canopy pokok2. sungguh nyaman! yang takut nyamuk, pakailah baju lengan panjang. kalau nak pakai short sleeves jugak, tenyeh la krim2 penghalau nyamuk tu ye. pesanan akhir - sila bawak backpack untuk bawak kamera, botol air, baju lebih ke dan benda2 lain. sebagai penutup, terimalah.....
budak @hkon atas ATV. eh chomelnye.
xoxo





