pertengahan minggu lalu semua orang bz memperkatakan berkenaan dengan iPad, suatu gajet baru (tablet pc) yang diperkenalkan oleh siapa lagi kalau bukan Apple Inc. saya juga mendapat email dari Apple Inc memperkenalkan Apple iPad.
banyak dah review di blog, website dan lain2 source masa sekarang ni. confirm dah ada yang plan nak beli iPad. untuk sum up, saya rasa iPad adalah iPhone versi lebih besar dari tapak tangan. seperti comment seorang pembaca, (sumber) "gajet Apple akan memenangi beauty contest. tapi yang dapat date adalah ugly betty". punya gajet memang menarik. happy je bila tengok gajet itu. sama seperti iPhone. memang best la. harga pun ok. senang nak bawa ke mana2. lagi berkenaan ciri2 iPad, sila klik sini.
walau bagaimanapun, saya sedang ada mata (eyeing) pada Amazon Kindle iaitu sebuah e-book yang dah lama diperkenalkan. cuma baru dua minggu saya tetiba berminat nak membeli. semuanya gara2 membaca review dari boss nuffnang, Mr Tim. being a bookworm myself, saya rasa Kindle sangat sesuai untuk dibeli oleh saya. tell u the truth, saya berkongsi minat membaca dengan orang2 di sekeliling saya dan Kindle adalah antara perkara terbaik untuk dibeli oleh ulat2 buku. cuma ia masih belum digunakan secara official di Malaysia buat masa ini.
saya takkan buat review Kindle vs iPad. sebab tak pernah pakai pun dua2 ni. cuma korang bleh belek2 review2 yang sedia ada di sini, sini dan sini. maybe ada banyak lagi. boleh Google saja. pilihlah sama ada iPad atau Kindle, have fun dengan gajet anda k!
oh seriously, saya sangat mahu Kindle DX. siapa yang ada di US boleh membantu saya untuk beli Kindle DX, sila maklumkan ye.
ok. nak siap2. ada wedding nih. nak kena amik kawan saya encik shahrul dulu di LCCT. esok cuti lagi. bestnya! :P have a nice Sunday korang.
xoxo

