Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

bersalah?


berada di department semacam saya (read: HRD) adalah melibatkan proses-proses berurusan dengan client yakni manusia. perkara ini melibatkan hati dan perasaan. melibatkan hala tuju, perkembangan karier dan kerjaya orang. 

untuk dispesifikkan lagi, saya di bahagian yang handle manusia-manusia yang bermasalah (read:disiplin). ulang tayang kembali saat mereka semua (dan saya) semasa nak masuk kerja. sumpah berkepuk2 akan jadi pekerja yang baik, ikut cakap dan tak langgar peraturan. bagilah kerja seteruk mana sekali pun, janji itu manis rasanya seperti tebu di pinggir bibir. tapi. dah kering sikit sign akujanji itu, mulalah naik tocang, keluar tanduk dan macam2 lah.

kena lah ingat. bukan semua orang dilahirkan bertuah macam kita. mak bapak besarkan, bagi education, rezeki murah, lepas graduate je terus bekerja. ada setengah tu (contoh interview jawatan kontrak pagi tadi) yang graduate tahun 2008. tak pernah kerja tetap. dan kerja sekarang hanyalah berpaksi kan SPM sahaja. kesian tak? jangan kira gaji la. kira self esteem kalau dah masuk 3 tahun masih tak dapat kerja tetap. tak ke rasa macam apa kan?

maybe ada yang complacent dengan keadaan diri sendiri yang macam itu. takpe lah. asalkan tak ganggu orang cukup. tapi yang bertuah ni, yang rezeki baik ni. dah dapat kerja baik. taknak pulak dijaganya. 

ye. semua orang ada masalah. saya sendiri pun ada masalah. dan semua manusia tidak perfect. semua pun ada keburukan memasing. tapi selagi kita masih waras dan berpijak di bumi yang nyata, kita dah dah besar. bukan budak sekolah. kalau saya tunggu di tangga atau di depan lif jam 12.30 tengah hari tangkap orang yang keluar lunch awal, jangan marah. jangan kata kenapa nak kena treat macam budak sekolah. sebab kita ni (read: penjawat awam) yang jadi macam budak sekolah tanak ikut peraturan.

dan yang paling sedih bab tak hadir bertugas. susah sangat ke nak maklum ngan penyelia kalau sakit ke ada problem ke? jatuh ego kot kalau maklumkan. ini tak datang 25 hari, keluar STS tak amik pedulik. sedihnya. perlukan kita bayar orang2 yang macam ni dan biarkan diorang dalam servis? tepuk dada tanyalah pendapat. sedih rasanya bila melihatkan ramai lagi yang lebih bersemangat nak kerja tak dapat kerja tapi yang dah ada kerja tetap ni buat angin sendiri macamlah office tu dia yang punya.

tanggungjawab tak boleh nak perlekeh. dalam peraturan kata 'pegawai atasan yang gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar peraturan boleh disifatkan cuai dan boleh dikenakan tindakan tatatertib'. 

aduh. buat kerja salah. tak buat kerja melampau lah kan? i am confuse now. am i wrong for pointing out thing which is obviously wrong?

entahlah.