Showing posts with label what i hate. Show all posts
Showing posts with label what i hate. Show all posts

Monday, July 21, 2014

#MH17





gambar dari googleimage

al-fatihah buat penumpang dan krew.
takziah kepada keluarga penumpang dan krew.
ujian terbesar bulan Ramadhan ni.

Monday, July 15, 2013

Rest in Peace : Cory Monteith (1982 - 2013)


i'm a GLEEK.
big fan to the show.
and i LOVE Finchel (Finn-Rachel).
I'm glad they are together off screen as well.

too soon.
when hubs told me 'eh, finn ni mati eh?' yesterday (about 6pm), i was like 'no lah!'.
i remembered he went to rehab. quickly i googled and yes. he died. alone. in a hotel.
tragic.
i'm imagining how lea (michele) deal with this. hope she'll be strong.



RIP Cory Monteith.

Tuesday, March 26, 2013

supplements and vitamins


hi peeps.

sedang breakfast ni.
kuih and kopi. oh. dan vitagen sebotol.
setap!
there's a bottle of VCO (virgin coconut oil) that is yet to be opened on my table.
masih berkira-kira.
nak makan atau tak.

cerita pasal VCO ni, korang ada supplement atau vitamin wajib makan tak setiap hari?
satu benda pasal badan saya adalah kurang menerima unsur2 ubat ni. maksudnya supplements dan vitamin khasnya. ubat demam, selsema dan lain-lain ok.

dari kecik saya memang dah diajar untuk makan minyak ikan. ala yang botol dua kaler tu. satu putih perasa original, satu lagi oren, obviously perasa orange la. memang mak noriah akan paksa makan pagi2. scott's emulsion adalah pilihan. kadang-kadang bila mak beli vitamin hisap tu, saya makan jugak la.

tapi bila umur dah makin meningkat *ehem* mula la nak cuba makan b complex la, vitamin itu ini la, nak cantik, nak tenaga, nak macam-macam.
so mak mula belikan saya b complex and evening primrose oil. makan sehari je tahan. badan mula tak sedap and saya demam seminggu. waaaaa. terus tak makan lagi lepas tu. maybe orang kata kalau makan mesti ada effect sikit sebab badan nak adjust kan, tapi i cannot la.

sampai hari ni la. kalau saya rasa badan tak cukup zat, saya mula carik benda2 macam sayur, buah, yogurt dan lelain yang berpatutan untuk makan. dah kahwin ni, ingat nak start makan la benda2 konon nak pregnant, tapi masih takut. apa yang saya amalkan sekarang regularly and religiously hanyalah innershine prune, yogurt dan benda2 makan lain. dalam masa yang sama, dah jadi phobia nak makan vitamin atau supplement. sebab tanak jadi tak sihat.

VCO yang atas meja ni, kita tengok, sejauh mana akan bertahan. sama ada bertahan dengan dibuka dan makan isinya, atau bertahan tanpa diusik.

wish me luck k! haha

bye


Thursday, January 3, 2013

2012 : Terakam Indah Di Kotak Fikiran


Salam Tahun Baru 2013.
Mood kerja ke mood malas?
Haha. Been on leave since last 2 weeks (kerja,cuti,kerja,cuti), mood pun lompat2 juge. :P
Btw, if last year we did a recap on 2011, of course we need to do it again for 2012.

So, what i did for the past 365 days in 2012?

January 2012

  • busy with final exams for the first semester
  • still on cloud 9 for the engagement. haha!
  • Intan's daughter passed away. HaniHumaira dalam kenangan. Al-fatihah.
  • Ada Lembu Nak Jaga, one of the best parody aired
  • Maria and Aini Duo Celebration Baby Shower at Maria's. Won the Bottle Drink Game. Haha
  • voucher buku 1 Malaysia!! woot.  
  • Baby Zarith Dalily was born. SG Girls Jr plus one.

February 2012
  • Kawan lelaki merangkap kaki gosip transfer ke KL
  • HIV Test
  • Baby Aisyah was born. SG Girls Jr.
  • Dinner at M's and Pat's
  • Mom B'day at Chakri Express - with bakal menantu
  • Whitney died
  • Carta Ulat Buku Red Velvet Swit@kon 
  • Sudirman Tribute - Al-fatihah
  • discovered my Wedding Theme!!!! PINK. :)
  • Leap Year.

March 2012
  • started my second semester in UiTM
  • ipad 3rd gen or known as the new ipad was out. not for long. boo!
  • cancellation of SBPA. another boo!
  • mini Penang trip
  • first time derma darah. dan pitam! hahaha. kejadian paling lawak di dunia. satu bucket list dah boleh dipalangkan
  • win a contest from Tanamera
  • wedding cards siap. enjoy buat guest list. hehe

April 2012
  • busy ngan kerja
  • busy ngan kelas
  • busy ngan wedding. super busy.
  • Pertabalan YDPA

May 2012
  • the series of super hectic life
  • WEDDING MONTH
  • alhamdulillah. saya menjadi isteri pada 25.05.2012. majlis kami selesai dalam tempoh 3 hari (Jumaat, Sabtu dan Ahad) di tengah-tengah kesibukan Perhimpunan Sejuta Berjuta Belia di Putrajaya. Alhamdulillah.

June 2012
  • the success pink wedding
  • pre-honeymoon trip : Surabaya
  • two babies. SG Girls Jr. and Geng Jr
  • demam exam. killer papers

July 2012
  • my baby hijau start merajuk
  • Lenggong Valley (and Perak Man) is now World Heritage Site
  • MPO double date with M and Pat
  • Ramadhan
  • JM vs Rizalman for Raya. The Best! Haha

August 2012
September 2012
  • Adam dan Hawa. Oh Abang Aaron.
  • i turned twenty-nine. oh my my
  • iPhone 5 is OUT. very tempting
  • penang for TWO WEEKS

October 2012
  • Carta Bubble Tea Swit@kon
  • Hubby' Birthday - apple TV
  • Lin is back. With my super cute Mya!

November 2012
  • no mood 
  • Singapore Trip. Twice. USS and Business Trip - oh teringat hutang nak update. haha

Disember 2012
  • busy life. only use twitter and instagram haha. blog terabai
  • 6th Anniversary in service
  • Family weddings, Hazry, Dik Bi
  • Exam T___T
  • SG Girls bertambah lagi dua. Babies galore.

2013, semoga bertambah keimanan dan kebaikan.
jauhi negativiti. tambahkan positiviti dan produktiviti.
<3 p="p">

“You've gotta dance like there's nobody watching,
Love like you'll never be hurt,
Sing like there's nobody listening,
And live like it's heaven on earth.” 


Monday, August 6, 2012

selepas 6 tahun


 inilah pengakhirannya
sedih.
*ye, Datuk Lee Chong Wei kalah semalam*
tapi kesedihan lebih melampau adalah disebabkan satu peristiwa yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu.

selepas 6 tahun menabur khidmat bakti dan banyak berjasa.
saya lepaskan dia dengan berat hati.
jika tidak kerana keadaan yang uzur dan tidak lagi berupaya memberikan perkhidmatan, akan saya cherish dia sehingga akhir hayat.

sorry baby hijau.
saya terpaksa.
demi keselamatan diri saya dan penumpang.

kamu banyak berjasa.
sedari awal saya mula memulakan perjalanan selepas tamat universiti sehinggalah Sabtu lalu.
banyak sejarah, kenangan pahit manis dah kita tempoh.
dari KL ke Pulau Pinang pertama kali waktu itu untuk menghadiri majlis perkahwinan jiran.
Perjalanan KL - Kemaman untuk tujuan PAC tahun 2008.
dan tak terkira banyaknya kamu berjasa dengan saya membawa keluarga, kawan2 dan beberapa random people di jalanan *trust me, ia berlaku*
setiap kali hari raya, kita akan balik melaka.
dengan overload barang kat boot belakang.
walaupun kamu jadi bahan gelak sentiasa *takde tinted, tayar pakai cover je takde sport rim, calar balar akibat digores orang tak bertanggungjawab, bunyi semput yang berpanjangan etc* saya masih sayang kamu.
berapa banyak kali kita commute. Putrajaya - Sri Gombak. penghubung saya dan suami. hantar suami ke KTMB atau puduraya saban minggu dari zaman bercinta hingga kahwin.
bawa saya mencungap2 naik bukit saban minggu untuk ke kelas.
takpelah orang panggil kamu huduh, buruk.
even dapat gelaran kereta kebal.
tapi saya tetap appreciate kamu.
dua minor accidents dan 3 saman, saya ok je.
cuma bila sakit dah teruk. dah makan duit yang terlalu banyak, saya terpaksa let go.
oh my! sedihnya. super sedih.
kenapa la jual dia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

i tried my very best not to cry when i gave up the keys to ahwat.
i really did not even glance at you when we left the shop.
i hope who ever who is gonna be your owner next, will cherish you the way i did.




i love you baby hijau!
thanks for your service all these years.

:'(


Thursday, November 17, 2011

bantuan! bantuan!





assignments..
notes..
work..
proposal paper..
assignments...
test...
final exam..

H.E.L.P.


Wednesday, May 18, 2011

saya benci!!!!!

DK!
i hate u!
kenapa tidak?
sebab baju2 dia super cute.
dah amik selai. dia plak g upload bebanyak yang baru.
yang selau tu pun tak bayar lagi.

tengok ni...







macam cupcakes kan?
meriah sungguh.
stress i!
DK, bila nak belanja???


for more info regarding contoh2, harga dan lelain, sila ke kedai batik cantik ini ye.

Wednesday, May 11, 2011

the day i was supposed to fly to New Delhi

but i didn't.
so sad.
by this time, supposedly i'm in Delhi and maybe already here...

gate of India

and tomorrow, i'll be here.....

taj mahal 

sedihnya.
1. tiket yang dibeli hanya berharga RM212 (pergi dan balik)
2. dah lama angan2 nak ke India
3. sebab tak dapat g Korea, India pun tak dapat juge :(

waaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tiket 11 -14 Mei 2011 - burn. terbakar. menjadi abu.
dan airasia untung lagi... :(





Wednesday, March 2, 2011

wordless wednesday #10


it is indeed a speechless Wednesday

al-fatihah

rakan ku, Hilmy Hasrin (dua dari kanan) kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Amin.

p/s : arwah upload hampir semua video-video kami semasa deepeeyea last week.termasuk video ini. sedih :(

Monday, February 21, 2011

dyspepsia

Dyspepsia (from the Greek Î´Ï…σ- dys- and πέψις pepsis "digestion"), also known as upset stomach or indigestion, refers to a condition of impaired digestion.[1]

selamat pagi semua.

tajuk di atas adalah keadaan saya sejak Jumaat. saya gering (read : sakit) sedikit. di bahagian perut. apa yang aku makan pun tidak diketahui lah. dan sejak menghidap gastritis zaman tahun 3 di uni dulu, perut ni super sensitif. masuk je apa2 makanan yang tidak sihat, basi atau extreme (pedas) dia akan mudah keluar. tapi merana lah. memang berguling2 atas katil sebab perut memulas dan sesi mengabiskan masa di dalam toilet.

paling horror adalah bila mak masak sabtu lepas, hampir semua lauk dimasukkan cili padi. akibatnya satu rumah memang keluar masuk toilet.

huhu.malam tadi kul 12 lebih baru dapat tidur selepas satu bekas vicks disapukan pada perut. pagi ni pun nervous je sebab perut still tak sedap.

doakan saya sembuh ye :)

Wednesday, January 12, 2011

segan

assalamualaikum korang..

i'm here. don't panic.
masih bernafas walaupun semput.
saya tiada mood nak update blog. sebenarnya ada banyak cerita dan gambar2 menarik nak saya kongsi.
kepada yang ikuti twitter saya (ewah, dah macam artis ko!) tahu perkembangan kot. :)

saya jatuh sakit dari balik bercuti hari itu. ye, masuk minggu ke-2 Januari 2011, saya sakit teruk.
batuk dan semput. suara saya hilang terus.
semalam saya bercuti. doktor yang merawat tak bagi MC tapi saya apply cuti rehat.
walaupun pada dasarnya saya masih belum sihat, suara saya tiada, kepala masih weng.
saya datang kerja hari ni.
saya segan nak cuti lama2.
saya tak larat, tapi nak apply cuti tu macam ermm....
takpe, selagi larat saya gigihkan aje.

oklah.
saya kena makan ni. nak makan ubat.

doakan suara saya kembali semula dan saya bergiat cargas ye!

:)

Sunday, January 2, 2011

trouble

assalamualaikum..
sorry. saya tak sempat update blog.
saya masih dalam mood cuti.
esok akan bekerja semula selepas 5 hari cuti.
dan saya ada masalah besar.
saya sakit kepala dan batuk.
jangkitan kuman dari orang sakit.
aduh.
mengapa hari ini?


T__T


p/s : saya update later bila sudah ok

Saturday, December 25, 2010

darjat

nama pun manusia.
darjat tu memang la berbeza.
dan layanan? totally different.

it is sad. zaman dah maju sekarang pun manusia masih lagi mementingkan darjat.
sedih tu sedih. tapi kelakar masih tetap kelakar.
sebab kalau kau angkat sangat pun, bukannya membawa kepada apa2.
kau takkan jadi tinggi cam orang yang kau angkat tu pun.

ye, saya hanya rakyat biasa.
yang menggunakan kenderaan cap malaysia, berumur 9 tahun (lahir 2001) yang bonet depannya dah berkarat akibat diganti lain kerana kemek accident.
tapi tidak lah bermakna saya ni tidak berduit atau cikai.
kalau saya nak cepat dan mampu bayar parking valet, anda perlu ambil kunci kereta saya dan letak di tempat yang selamat lah.
dan kembali kan kereta itu semula apabila saya selesai membeli belah.
setakat RM20 kot. takyah aa kecoh.

hanya kerana kenderaan-kenderaan yang diletakkan di parking valet itu cap eropah dan bernombor plat single digit, anda boleh pandang hina kereta saya?
kalau saya bagi resit, tak perlu tanya 'oh, kereta ferrari tu ke?' like wtf!
nak perli, sila fikir dulu. gaji aku 3x gaji kau kot - hah! ni yang malas nak start. kang parah.

ok dah. malas nak panjang2.
itu lah KL kot.
hanya rich n famous diberi layanan umpama menatang minyak yang penuh.
rakyat kelas kedua dan ketiga, bolayan.

takpelah. sentiasa lah kita beringat.
di sisi tuhan, kita ni sama je.
yang membezakan, hanya amal ibadat dan sedekah jariah kita sahaja.

wallahualam bissawab

Monday, December 20, 2010

mood-y

salam korang!
apa habaq?
huhuhu. pagi yang basah di Putrajaya.
hati ku pagi2 dah bengkak.
kenapa?
sebab jem!!!
ye, Putrajaya jem.
ini terpakai untuk saya yang tinggal di P11.
agak tak logik kerana dah hujung tahun dan budak cuti sekolah.
tapi itu yang berlaku. jalan ditutup (laluan saya ke pejabat) untuk percubaan lane bas.
dari 17 disember hingga 14 januari.
waaaa. memang kena keluar jam 7 pagi setiap hari mulai esok. T___T
saya tidak menyukai traffic jammed. saya stress dalam kereta.

ok tu je.
babai.

Friday, December 3, 2010

Penawaran Ujrah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


siapa kat sini pinjam PTPTN angkat tangan???

*angkat tangan*

dah buat pelarasan ujrah terhadap pinjaman korang???


camni...PTPTN baru-baru ini telah memperkenalkan sistem penawaran ujrah iaitu perubahan 3%  pinjaman sedia ada kepada 1% sahaja. Memang la bawak perubahan yang besar. InsyaAllah. Aku baru je buat malam semalam sebab proses semakan ni mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Pinjaman aku diluluskan tahun 2001 so pendaftaran hanya boleh dibuat pada atau selepas 1 Disember 2010. Kat bawah ni aku letakkan tarikh2 korang boleh mula kemaskini maklumat pinjaman mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Sila check ok!


ramai yang dah boleh kemaskini kan? sebab aku antara yang paling lewat boleh kemaskini sebab pinjaman lulus tahun 2001. oh. tetibe rasa tua kau! so lepas korang dah semak benda ni, korang kena pegi kat link ni dan masukkan nombor i/c dan alamat e-mail korang.

klik untuk tumbesaran besarkan

lepas tu korang akan dapat e-mail confirmation suruh klik link dan membawa kepada laman yang korang kena isi banyak tempat kosong sikit. antara maklumat yang perlu diisi ialah maklumat peribadi korang dan maklumat ibu/bapa. lepas korang submit maklumat ni, akan ada satu e-mail lagi yang menyatakan permohonan pelarasan korang itu diterima dan keputusan permohonan akan dimaklumkan nanti. Siap! Senang kot. Takyah susah2. tak sampai sepuluh minit pun nak update tu. :)

So, apalagi. Aku dah. Korang punya turn pulak. Risau ni. Hutang banyak lagi. Huhuhu
Kalau korang masih belum sure, silakan ke laman web PTPTN untuk keterangan lanjut ok. 

orait. itu saja pesanan penaja untuk hari ni. 
nak tido awal, tapi kena membaca pulak. adus!
k bai.


p/s : cakap pasal pinjaman pendidikan, tahniah untuk Kicap yang baru saja dapat tawaran biasiswa JPA. Alhamdulillah. Murah rezeki budak itam yang chomot tu. untung sungguh! Ingat kakak mu yang berjasa ini ye dik. :)





Thursday, December 2, 2010

saman dan diskaun


kawan-kawan ku sekalian. adakah anda mempunyai saman trafik? sama ada speeding atau kesalahan-kesalahan jalan raya yang lain? sudahkah anda membayar saman tersebut? 

untuk makluman kawan-kawan ku semua. mulai 1 Disember 2010, Polis Diraja Malaysia telah memberikan diskaun pada kadar yang munasabah bagi membolehkan rakyat yang telah disaman membuat pembayaran saman mereka dengan segera. (sumber : bharian.com.my - link)

oleh itu mari lah kita sama-sama langsaikan saman-saman trafik kita semua. saya baru je bayar 3 minit yang lepas. jumlah asal adalah RM350. tapi bila dah dapat diskaun, saya bayar RM184 (termasuk tax-sebab bayar melalui MyEg). Jumlah saman adalah sebanyak 2 saman. Satu speeding di jalan besar Putrajaya -yang saya nampak sendiri polis tu tembak kereta saya. :P. Satu lagi adalah saman langgar lampu merah - ini kerja si Kicap sebab kesalahan itu di Shah Alam. Kereta dia guna nama saya, so yang kena bayar akak jugak.

So, cepat2 g semak sama ada korang ada saman atau tak. Dan cecepat lah bayar kalau ada saman tu ok! Saman-saman itu boleh disemak dan dibayar di kaunter PDRM, pejabat pos dan secara online. 

 MyEg Services - semak dan bayar saman secara online (dan lain-lain servis)


*sudah miskin RM184.00. huk huk*




Wednesday, October 6, 2010

Bieber's not a 16 years old

if JB or Justin Bieber is not a 16 years old but 51 years old, would you be his fan?
i heard about this news last Saturday at MakNgah's Open House. Kak Syikin (my auntie) la yang tetiba cakap "Yantie tahu tak yang Justin Bieber itu penipu. Umur dia 51 tahun. Baru je keluar berita kat tv!!!". Mak ai. I terkejut u. Nak buat entry tapi lupa. Dan pagi ni, bila Morning Crew Fly.fm cerita balik baru teringat.

Ok, korang tengok je la video kat bawah ni k.


Me? Still loving the Bieber songs. Wakakaka! "baby...baby...baby....oh"

Tuesday, September 28, 2010

sweetest good bye

the first time Lin flew to Aberdeen was hard. Mya was so little back then. Tanak dengan semua orang kecuali nenek(s), atuk, mama anda papa nya. but this year, after a year of living in Aberdeen, Mya getting bigger. she's two years old to be exact. cuter than ever. She's becoming my little protégé for Little Dva in the making in this past 3 months. Haha. So hard to let her go. Rindu Mya dah!!!! Mya don't ever try to forget your Atie ok! Atie loves you!! :)

Sabtu, 25 September 2010
LCCT

 muka budak yang memula masham.

 pastu senyum dah!

 mya, tak mo nganga. tutup mulut!! :)

 still belajar cemana nak buat peace...\/




 time to say good bye

Mya with Mama n Aunties and Atie.
(how little Dva trying to make peace sign!!)

until next Syawal..or maybe earlier, in a different coordinate. ahaks.
gonna miss my Mya dearie. Sorry Lin, i'm gonna miss you also but Mya lebih sikit!

Have a happy, blessed, meaningful three years to go life in Aberdeen.
Doakan murah rezeki kawan2 untuk melawat ye.
InsyaAllah, akan ku masukkan Aberdeen dalam travel planner for 2011.
Make lotsa babies! Mya post balik Malaysia. ;)

Geng! always..