Showing posts with label petronas. Show all posts
Showing posts with label petronas. Show all posts
Wednesday, July 4, 2012
Tuesday, July 7, 2009
tragedi malam hari
tolong...tolong....jerit Cik Min atau nama sebenarnya Siti Aminah. walaupun jeritan nyaringnya menusuk ke segenap pelusuk Presint 11, namun masih belum nampak kelibat yang mahu menolong. seraya dengan itu Cik Min sudah mula memikirkan taktik2 yang tidak seharusnya dia lakukan di khalayak ramai....Sepantas halilintar, dengan paksaan dalam kerelaan tanpa niat mahu mendedahkan identiti, dia mendail nombor gadis genit yang chomel, Cik Yantie. dengan suara yang lemak merdu bak buluh perindu dia memohon bantuan.
*sila klik untuk pengimejan lebih menarik*
kejahatan terhadap Cik Mintanpa dia sedari, dalam lima minit, Cik Yantie dan SuperAyah sampai di tempat kejadian. setelah melihatkan kepada damaged yang berlaku, SuperAyah dengan pantas membuat kerja-kerja pemuliharaan sambil mulut terkumat kamit membebel. tidak sampai 10 minit Cik Yantie membeli belah di kedai serbaguna Petronas, SuperAyah telah berjaya menguasai kejahatan yang menyelubungi Cik Min. dalam berpeluh itu juga, Cik Yantie cuba membantu tetapi gagal. Dia terlalu genit untuk nilai kejahatan yang menyelubungi Cik Min. Setelah mengucapkan berkali-kali terima kasih kepada SuperAyah tanpa mengoffer sekotak dua rokok jenama Salem, Cik Yantie mengambil beberapa gambar sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada SuperEmak yang akan ingat SuperAyah hanya merayap2 dengan anak daranya. dan setelah Cik Min berpuas hati, kami berdesup pulang meninggalkan tempat kejadian dengan harapan tidak dilihat oleh sesiapa....
SuperAyah akan kembali lagi....
Subscribe to:
Posts (Atom)


