i've been brought up a typical family oriented girl. i love pink stuffs, dolls, girly stuff and everything that remind me i am a girl. ha ha. even as i grew up slowly i turn a bit tomboy-ish but nothing in this world can change the girl inside and out of me.
a trip to Queensbay Mall'Toy"R"Us two days ago, i feel like a little kid again. how i clearly remember my most treasured collectibles (which i passed it down to my nieces - yang tak berapa reti jaga mainan dan telah rosak!! huhu). here are few of those i remembered:-
1. Stuffed Animals / Dolls
What i can remember is i have a whole lot of stuffed animals and dolls. my first ever present that i can remember until today was the very first yellow doll with ponytails which i received for my 7th birthday. oh, i own a lot of em'. it range from rabbit to barbie dolls, lion to duck, tuxedo polar bear and i have my dolly dolls in every shape. mom will arranged in on my bed and i like sleeping with them everywhere around me. i still have so many stuffed animals but the number decreased as i give it away. for now in my posession, i still have:
- Miss Pinky Snail - a present from Juju, Ninie and Era for my 21st birthday back in 2004
- Mr Froggy - a present from K-oi, also for my 21st birthday
- Shelly the tortoise - a give from my ex
- Hairy Ducky - from Mak
- Fat Ayam - from Mak
And the most precious is Mr Pooh himself. I got him for my 15th birthday from Busu Maman. bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Dia tetap ada kat sebelah saya tiap2 malam. hahahaha.
si pooh yang koyak (ni yg dah jahit, sekarang koyak lagi!)As for barbie dolls, as far as i can remember, i have up to 5 barbies and 1 ken. Main kat atas pangkin depan rumah Sri Gombak (sebelum pangkin menjadi mangsa penjualan Babi oleh nyonya conpro!). Long lost friend, Suzy ada banyak sangat accesories barbie yang saya takde. saya cuma ada 5 patung barbie dan baju yang banyak. tapi suzie ada hanger, almari, dapur, kereta dan macam2 lagi. My best friend, Namie tak minat main doll tapi dia ada set Party Queen yang saya tak mampu beli. Set masak2 yang super kool waktu tu. Kena beli satu, satu. Jual kat LOT 10 je. huhu miskin. tak mampulah. so tumpang je orang main. Barbie saya dan Party Queen untuk sesi minum petang setiap hari. hihi
2. Polly Pocket

this is my ultimate love at first sight toy. accumulationnya, saya ada hampir 5 jenis. ada salon, winter house, shopping mall dan banyak lagi. this toy was introduced by Haniza, cousin saya. dia muda 3 tahun dari saya dan saya yang tua ni syiok nak main polly pocket. ni bukan Polly Pocket yang sekarang tau korang. yang retro nyer. skang dah tak jual dah. dulu nampak je polly pocket, mesti nak beli. harga masa tu dalam RM 49.90 ke 79.90 kot. tak ingat. saya ada 2, 3 shape dan bila Haniza dah tak suka mainan dia, dia bagi pada saya. so tambah la lagi koleksi. saya main sorang2 je. sebab benda ni halus dan kalau main dengan adik nanti dia makan orang2 polly pocket saya! argh bestnya zaman itu!!!
terkini polly pocket tu saya dah turunkan pada Mira dan Chacha, anak Kak Ngah saya. apa jadi dengan benda tu? saya tanak tau lah. huhu sedih. saya baru bagi pada diorang last year je pun selepas saya kemas bilik. itupun bila mak dah bising simpan mainan macam budak2!
3. Jigsaw Puzzle
Maybe saya skema dan agak articulate sebab benda ni kot! Ni pun antara favourite saya masa zaman sekolah tadika dan sekolah rendah. Tiap minggu mak akan belikan set jigsaw yang baru untuk saya. ada yang mahal, ada yang murah. yang beli di shopping complex dan jugak pasar malam. saya rasa bila dapat je siapkan jigsaw puzzle tu adalah satu kepuasan yang tak boleh nak digambarkan!
4. Mainan Lain-Lain
Saya anak sulung yang agak spoil. so, mak and ayah belikan banyak sangat mainan untuk saya. adik pulak dapat whole set of other toys. kerana dia budak lelaki dan mainan dia tak sama dengan mainan saya. antara yang saya masih ingat ialah mainan2 ni:
- 'Real' Toy Sewing Machine - dapat masa birthday yang ke-9 kot. Ingat lagi mak bawak balik kotak besar dan letak atas meja kat rumah mak noriah satu petang lepas dia balik kerja. saya punyalah seronok sampai bitau ayah yang kalau ada spenda or hankerchief koyak, saya boleh jahitkan. haha. seriouly benda ni boleh jahit kain2 yang kecil. jahitan dia boleh diubah ikut kesesuaian. nak zig-zag, terus, semua ada. ini semua pengaruh dari tengok mak noriah jahit langsir setiap kali nak raya! hahaha. it came with a whole set of colourful thread, kain2 perca, bermacam jenis kain dan a cute pink tailor box!! dan last year jugak saya bagi benda ni pada Mira dan Chacha. rasanya dah hilang bentuk kot. haha
- Penguin Escalator - ni saya still ingat, mak belikan kat Parkson Grand depan umah Sri Rampai. saya suka main benda ni sampai selang 3, 4 hari kena tukar bateri. tapi yang ni hayat tak lama. masa pindah ke Sri Gombak dan buang siap2.
wah, rindu sungguh dengan mesin jahit ni!! (picture from Google)
- Set Masak-Masak - cuba bitau saya, budak pompuan mana yang takde set masak2? tipulah kalau takde!! tak perlu yang mahal. at least yang kat pasar malam tu pun best. saya adalah dua tiga set. tiap kali birthday dapat, bila ajak my kazen yang jejantans tu, semua main dengan ganas dan lampu tempat masak tu mesti rosak lepas diorang main. tapi set masak2 ni saya tak la beriya sangat. saya lagi suka doll!!
- Game Tetris - yang ni kegilaan masa sekolah rendah dan sekolah menengah. kami orang susah dan tak mampu nak beli GameBoy. ni je lah pengubatnya. best gila! tambah2 kalau game yang ada 5 in 1, 10 in 1. hahaha
- patung kertas - haaa yang ni saya akan beli banyak-banyak kalau balik Melaka. kat kedai nyonya blakang umah mak pah yang jual. sekeping sepuluh sen. argh bestnya benda ni. Skang takde dah. kalau terasa nak main pakaikan baju ni, saya g friv.com la..main versi virtual. hik hik
- Tikam - korang penah main tikam? haha ni pun saya akan beli kat Melaka. ok fine. illegal. tapi look at the bright side la. kita belajar kira mengira oke dengan benda ni. hahaha. Arwah Mak Pah akan bawak cucu2 g Jalan Bunga Raya untuk beli 2 papan sorang tikam ni. kitorang akan bawak balik KL dan ajak budak2 KL main sama2.
- Koleksi Video Tape Tom And Jerry - yang ni mak and ayah stil ingat macam mana saya bangun pagi2 tak gosok gigi, keluar je bilik bawak bantal busuk dan pasang VHS Tom and Jerry. adalah dalam 20 tape kot! sampai hari ni saya still hapal. hik hik. i miss my tom wnd jerry days. skang dah lain skit. (oh, perangai bangun pagi tak mandi dan terus pasang DVD tu diamalkan hingga kini, :P)
5. Hello Kitty Collection
Haa, siapa kata bila dah besar (atau dah tua) takleh main mainan lagi. hahah itulah yang saya buat. naik darjah 6, saya dan rakan baik masa tu (Wawa) tengah meroyan dengan Koleksi Garfield. Sanggup la ikat perut semata2 nak beli barang2 garfield. sampai cikgu kata muka kitorang pun dah macam kucing! naik sekolah menengah hobi mengumpul barang2 ni jangkit plak pada Sanrio's Character yang paling chomel!!! jugak kucing tapi betina plak. Hello Kitty!!! ha yang ni saya memang gila lah! name it, dari shower cap, berus gigi, nail clipper, payung, bekas makanan, bag, purse, selipar tido, pyjamas, cekak, cermin, makanan dan macam2 lagi lah! semuanya Hello Kitty. tempat favourite beli barang2 ni ialah di KLCC. dulu kedai tu dekat kedai roti yang hujung sekali sebelum lorong ke escalator to Putra LRT. muka kitorang je la tiap2 minggu kat sana. ada je barang baru beli. so barang2 ke sekolah semua saya guna Hello Kitty. tapi pakai sekejap je. sebab sayang. hihi. ingat lagi masa SPM saya bawak dua kalkulator yang berbeza. satu Hello Kitty - warna biru dan satu lagi scientific calculator.
haa, itulah cerita saya dengan mainan. sampai hari ni pun. i love to play with kids toys. kalau g shopping mall, saya ada perangai suka peluk patung2 berbulu kat kids area tu, main computer game dan picit2 all those toys with TRY ME sticker.
as time goes by dan teknologi makin canggih, macam2 evolusi permainan ni dah berlaku. makin banyak variety mainan yang ada sekarang ni. ada Ben 10 la, Barney la, Patung yang boleh shishi dan bagi makan la. macam2. belum masuk video game lagi, internet dan lain2.
apepun, saya percaya cara kita dibesarkan, apa yang didedahkan pada kita sedikit sebanyak mempengaruhi kita masa sekarang ni.
so, apa lagi??? ada tak mainan2 kat atas ni yang korang ada masa kecik2 dulu or korang ada mainan favourite yang tersendiri????jom kongsi!!!!!
have fun guys!!!!
love,
@hk0n