Wednesday, June 30, 2010

lepak sebentar bersama @hkon


tadi singgah alamanda lepas balik dari office. sorang2 je. ramai je kat alamanda tu. berpusing mencari parking. ada satu kereta tak berapa nak cerdik tu nak masuk line tapi tak reti signal. geram saya!!! sampai je alamanda, saya terus ke mesin harimau kuning dan kemudiannya ke mesin pemakan duit berlogo unta untuk bayar duit kereta. ini adalah merupakan kali kedua bayar duit kereta sendiri ye. pertama kali dulu, saya penah tulis di FB dan kena kutuk kaw2. ye lah. selama ni ayah chomel saya yang tolong g bayarkan. diulang suara, tolong g bayar, bukan tolong bayar k. baby hijau itu saya bayar sendiri menggunakan duit sendiri sejak saya beli bulan mac 2006 yang lalu. hihihi. ol skool sudah kereta saya kan?

lepas je bayar, saya turun ke booth pearl milk tea. hahaha. tak sah kalau tak singgah n beli. sambil layan bijik pearl yang sedap itu, maka berjalan lah saya sekitar alamanda. sampai kat body shop, saya buat u-turn dan buat keputusan nak balik. banyak sangat benda menarik dan menggangu keimanan untuk tidak berbelanja. terus bayar parking and balik.

sekarang saya tengah bosan. tido? asik tido je. nak streaming movie/tv series, netbook ni ala2 selow sikit. tengok tv? malas nak duk kat hall. baca buku? haah kan. plan nak baca eclipse and harry potter. tapi cam malas sebab dah tutup lampu. main BB? alahai. dah muak. setiap kali bunyi, saya akan check. oh ye. tadi main2 voice note ngan kiki. sebab dia tgh drive and takleh bbm. bahaya. tapi dia boleh rekod seolah2 bercakap la kami tu.

haih. inilah hasil bebelan kalau bosan. dah lah. saya nak bloghop sat. layan blog kak di (read : green apple) lagi best. ok korang. good nite. esok kerja. huargggghhh.

*tak sabar menanti weekend dan minggu depan. ya allah, permudahkan segalanya. amiiiin*

saya tinggalkan kamu dengan lagu yang saya rasa best sangat. teringat mak. nanges k. lagu ni background untuk iklan kat channel hallmark rasanya. enjoy!!

Martina Mc Bride - In My Daughter's Eyes


In my daughter's eyes I am a hero
I am strong and wise and I know no fear
But the truth is plain to see
She was sent to rescue me
I see who I wanna be
In my daughter's eyes
In my daughter's eyes everyone is equal
Darkness turns to light and the
world is at peace
This miracle God gave to me
gives me strength when I am weak
I find reason to believe
In my daughter's eyes
And when she wraps her hand
around my finger
It puts a smile in my heart
Everything becomes a little clearer
I realize what life is all about
It's hangin' on when your heart
has had enough
It's giving more when you feel like giving up
I've seen the light
It's in my daughter's eyes
In my daughter's eyes I can see the future
A reflection of who I am and what will be
Though she'll grow and someday leave
Maybe raise a family
When I'm gone I hope you see how happy
she made me
For I'll be there
In my daughter's eyes


serius. hayati lirik lagu ni. menyesal selalu gado ngan mak. tapi takpe. gado2 sayang. love u mummy!!!!

nite! xoxo

*** OMG. kenapa bau durian neh??????? ayah beli seguni. alahai. mabuk saya!

ATTENTION!!!!

saya memerlukan tiket Twilight Saga - Eclipse dengan kadar yang segera.
saya mahu dua tiket pada hari pembukaan selepas waktu bekerja.
saya prefer gold class. yang siap ada selimut tu. baru cam kaw2 kan?
bukan selalu. sebab nak tengok Edward Cullen la baru syiok kan lepak2 di sofa empuk.
today is THE day. Eclipse dah opening serata dunia KECUALI Malaysia.
tah apa2. kenapa lah semua nak kena seminggu lewat. benci gila!


anyhoooo. walaupun saya adalah excited nak tengok Robsten dan Taylor dan Dakota dan lelain tu, tapi hati ini jadi sayu bila mengenangkan satu lagi movie-adaptasi-novel kesayangan saya iaitu Harry Potter. Memang dah nak habis dah siri itu. Yang terakhir Harry Potter and The Deathly Hallow. Sedih lah plak. it going to be the end ok. Sejak the first book which i read masa form 4. (terima kasih Dzulhilmi Hamzah kerana bagi akak buku tu) sampai lah hari ni. saya dah pun berumur 27 tahun. the last movie will be separated to two parts. Mungkin sebab lama sangat dan production tanak banyak benda dipotong. Part 1 akan ditayangkan tahun ni dan part 2 akan ditayangkan pada tahun 2011. kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki, insyaAllah dapt tengok lah kan. Kenapa saya suka Harry Potter lebih dari Twilight? Sebab saya membesar dengan Harry Potter, banyak penggunaan perkataan2 out-of-the-world seperti Muggle, Quidditch dan banyak lagi. Ooooo sedihnyeeeeeeeeee. oklah. jangan buang masa. jom tengok trailer Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1. enjoy!!!!



terasa kah kesedihan korang???


p/s : balik ni nak g amik buku eclipse dan buku harry potter. baca!!!!

Tuesday, June 29, 2010

persamaan anuar zain dan krispy kreme


good morning people.
pagi ni anak dara ini datang ke office dengan muka sembab dan bergaris hasil pelukan bantal semasa tido.
malam2 saya sekarang hanyalah di ranjang. malas nak tengok tv. cuma online sambil baring.
penat masih belum pudar. hati  ni terhibur dengan kawan2 di twitter. Kiera, Ika, Enche Sani, Echah dan beberapa yang lain tidak putus2 mengupdate melalui tweets mereka. Mestilah tentang World Cup dan bola. 

Pujukan tak membuahkan hasil. Saya tidak tengok bola. dulu ada lah sikit2 layan jugak. Makin dah tua lama makin malas nak layan. buat gugur jantung je. Thomas Cup hari tu pun dah pening2 lalat. hehehehe.

saya punya mood masih tiada. terbang ikut sama ke Delhi, Agra atau Jaipur kot? huk huk. :(
anyways. dok buat kerja sambil kemas2 laci di office. taukah apa yang saya jumpa???


  1. Plastik Krispy Kreme - saya rasa plastik ini adalah hasil belian awal 2009 atau 2008. bile eh Krispy Kreme datang Malaysia??? rasanya kalau pembaca tegar Switakon Sanctuary dah lama baca belog ni, mesti tahu yang saya gilakan donut. semuanya kerana kehadiran J.co, Big Apple dan Krispy Kreme. Saya sanggup memandu meredah belantara jalan yang sesak untuk ke Pavilion beli J.Co. begitu gila sekali. semasa pembukaan Krispy Kreme, kurang seminggu kot, saya terus ke Times Square untuk semata-mata beli donut yang harganya lebih kurang RM2.50 sebiji (saya beli sedozen). haih. skang??? malas dah nak makan donut. saya tanpa plan pun sedang diet makanan ringan. saya tidak lagi makan kudapan. if boring pun, minum air suam banyak2. itu yang berat tinggal 43kg saja. :P
  2. Poster Anuar Zain - poster ni adalah complimentary dengan membeli cd karaoke Anuar Zain untuk Encik Khair semasa konsert Lelaki Ini di Istana Budaya. Walaubagaimanapun CD itu masih dengan saya. hahahaha. sorry kiks. orang asik lupa sahaja lah. mula2 jumpa poster ni masih dalam bentuk skroll. saya ingatkan apa. rupanya poster orang yang bakal keluar dengan album baru bulan September nanti. wow. Abang Nuar pilih birthday month saya lah. :P. seronoknya!!!!!!!!
So, apakah persamaan Anuar Zain dan Krispy Kreme?
Jawab, sila jawab. Saya akan revealkan jawapannya lepas korang (kalau rajinlah) teka apakah persamaan Anuar Zain dan Krispy Kreme!!!!


xoxo
Wanita Ini 
*tetibe. hahahahaha*


p/s: abang nuar tu tak habis2 renung i lah. hahahaha