Tuesday, June 29, 2010

persamaan anuar zain dan krispy kreme


good morning people.
pagi ni anak dara ini datang ke office dengan muka sembab dan bergaris hasil pelukan bantal semasa tido.
malam2 saya sekarang hanyalah di ranjang. malas nak tengok tv. cuma online sambil baring.
penat masih belum pudar. hati  ni terhibur dengan kawan2 di twitter. Kiera, Ika, Enche Sani, Echah dan beberapa yang lain tidak putus2 mengupdate melalui tweets mereka. Mestilah tentang World Cup dan bola. 

Pujukan tak membuahkan hasil. Saya tidak tengok bola. dulu ada lah sikit2 layan jugak. Makin dah tua lama makin malas nak layan. buat gugur jantung je. Thomas Cup hari tu pun dah pening2 lalat. hehehehe.

saya punya mood masih tiada. terbang ikut sama ke Delhi, Agra atau Jaipur kot? huk huk. :(
anyways. dok buat kerja sambil kemas2 laci di office. taukah apa yang saya jumpa???


  1. Plastik Krispy Kreme - saya rasa plastik ini adalah hasil belian awal 2009 atau 2008. bile eh Krispy Kreme datang Malaysia??? rasanya kalau pembaca tegar Switakon Sanctuary dah lama baca belog ni, mesti tahu yang saya gilakan donut. semuanya kerana kehadiran J.co, Big Apple dan Krispy Kreme. Saya sanggup memandu meredah belantara jalan yang sesak untuk ke Pavilion beli J.Co. begitu gila sekali. semasa pembukaan Krispy Kreme, kurang seminggu kot, saya terus ke Times Square untuk semata-mata beli donut yang harganya lebih kurang RM2.50 sebiji (saya beli sedozen). haih. skang??? malas dah nak makan donut. saya tanpa plan pun sedang diet makanan ringan. saya tidak lagi makan kudapan. if boring pun, minum air suam banyak2. itu yang berat tinggal 43kg saja. :P
  2. Poster Anuar Zain - poster ni adalah complimentary dengan membeli cd karaoke Anuar Zain untuk Encik Khair semasa konsert Lelaki Ini di Istana Budaya. Walaubagaimanapun CD itu masih dengan saya. hahahaha. sorry kiks. orang asik lupa sahaja lah. mula2 jumpa poster ni masih dalam bentuk skroll. saya ingatkan apa. rupanya poster orang yang bakal keluar dengan album baru bulan September nanti. wow. Abang Nuar pilih birthday month saya lah. :P. seronoknya!!!!!!!!
So, apakah persamaan Anuar Zain dan Krispy Kreme?
Jawab, sila jawab. Saya akan revealkan jawapannya lepas korang (kalau rajinlah) teka apakah persamaan Anuar Zain dan Krispy Kreme!!!!


xoxo
Wanita Ini 
*tetibe. hahahahaha*


p/s: abang nuar tu tak habis2 renung i lah. hahahaha


8 comments:

YBhg Enche Sani said...

dua dua sedap? wahahaha....

Mursapap said...

Dua-dua kalau dicium, berbau wangi.
Dedua kalau dijilat, terasa manis.
Dedua kalau dilihat timbul keinginan mahukannya.
Dedua ada lobang... erk.

Ihik.

cacah said...

echah tu i ke... hehe kenapa tidak ada link? kikiki...

i update tweet pasal pindah rumah je banyak... bola ada la sikit2 :D...

berat u 43kg je? u ni tak sihat... hihihi (jeles i punya berat sangat berat)...

didi said...

PINATTTTT!!!!

Over tau :p

Sila jgn meng hor kan diri di sini
Hahaha

swit@kon said...

YBhg Enche Sani,

erm. yums. *hiks*

swit@kon said...

Mursapap,

wow. pinat!
sungguh memahami!

:P

*lubang ape????*

swit@kon said...

cacah,

terlupa la echah! hehehe.
43? saya rasa nak kurus lagi tapi bila tengok melengkung semacam rasa bersalah plak

swit@kon said...

didi,

jangan memalu didi.
silakan lah.

:P