Monday, August 25, 2008

[ Merdeka ]

.
.
Rasional Logo
  1. Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

  2. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

  3. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

  4. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
*more on Merdeka go to Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia here



kenapa tahun ni sunyi dari kempen kibar bendera?????????????????
selalunya bulan Julai dah bising dengan kibar sana kibar sini?
adakah depa sebok dengan pilihanraya itu dan terlupa????
adakah rakyat Malaysia terlalu sebok dengan isu2 lain sehingga terlupa tarikh 31 Ogos pada tahun ini???
ntahla..tepuk dada tanya selera...



me * love my country * Malaysia
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-51
.
.

4 comments:

thesweetlittlecat said...

beb, aku pun kecewa dgn rakyat Malaysia, kita nak sambut hari kemerdekaan negara sendiri pun susah nak kibar bendera.. knplah suka sgt nak mempolitikkan semua perkara kat malaysia ni???

anyway, aku mmg berbangga sangat jadi rakyat Malaysia dan aku harap kemerdekaan tahun ni lebih bermakna dp tahun2 sebelumnya!

p/s mari kita kibarkan bendera malaysia dan jangan sekali2 menterbalikkan bendera kebanggaan kita!

abdus said...

tu la psal. rase nye diorang duk sibuk kibar bandera laen. hahaha. jom gaduh!

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

kibar beb, jangan tak kibar...aku kat opis kat tingkap ade bendera, kat pintu ada lagi, kat umah ada kat balkoni, kat dalam keta pun ade!

swit@kon said...

abdus,

baiklah kibar bendera malaysia dari kibar bendera lain yang tu!