Tuesday, September 9, 2008

maxis oh maxis

.
.
meroyan tak korang kalau coverage phone korang menggila? kalau tahun 2000 dulu ye, aku percaya semua orang boleh maki hamun dengan coverage yang macam haram. masuk bangunan je takde 'line'. satu atau dua bar je.

masuk hari ni, dah dekat seminggu lebih maxis buat hal. taktau la maxis postpaid. sebab aku guna prepaid. orang call, berbunyi ringing tapi aku tak dengar. lepas tu tetiba aku dapat sms dari maxis kata aku ada 7, 8 missed call. like wth??????

aku ni kat opis je pun, Putrajaya plak tu. dah kenapa takde coverage plak?? elok je kat screen phone tu full bar - siap ade 3G lagi. hai kenapa lah...paling tak boleh terima bila aku dapat sms orang call aku tak dapat. hish, padahal aku pelik gak sehari suntuk phone aku dalam mode mendiamkan diri. bukanlah sehari aku akan dapat beribu sms tapi at least ada la satu dua. then bila aku try nak buat call out pun payah. asik connection failed!

maxis oh maxis. ko tau telan duit je eh? nasib baik aku sayang nombor yang banyak sentimental value ni tau! nasib baik la aku ada postpaid U untuk aku guna di kala line maxisku meroyan....
.
.
*sigh*
.
.
** bit of shout out to people who celebrated their birthday today..to apit, ci comel gegirl (diva red's dotter) and whoever yang lahir pada 09/09 (tahun depan nombor ni cunzzz) HAPPY BIRTHDAY!!!
.
** and to Mohd Amirul Kamil bin Azman and also kanak-kanak berumur 12 tahun yang akan menjalani peperiksaan UPSR hari ni, GOOD LUCK darlings...
.
.

8 comments:

thesweetlittlecat said...

maxis kadang2 menyakitkan hati gak.. tapi sebab aku customer maxis yg paling setia and dah boleh tahan lamanye tak sanggup aku nak tukar no lain! aku paling benci time kat ptjy ni cuz coverage fullbar tapi kalo nak wat call, berkali2 baru lepas! hampeh... lagi2 bila aku guna broadband maxis yg amat menyakitkan hati time kat ptjy ni! huhuhuhu..

Adni Ariff said...

at first i thought it was my phone. namun setelah beberapa kali tukar phone, sahihla bahawa maxis yang bengong... this is the first number i used and sentimental value menyebabkan daku setia jua...

tetiba rasa mcm nak nyanyi lagu setiaku di sini.. ehehe...

Mrs. Amie said...

ee...rasa mcm maxis mmg cenggini la.. i was thought to have celcom lately..since skrg, if we change to other line without change our number, dah boleh tau..

cth : 012 is maxis ..but we can have 012 in celcom gak...

hanya tukar line without change the number... but, i'm so sure this one for post paid..for pre paid kena check dulu..

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

bukan kadang2. lately ni hari2. akak peetee depan aku ni dok membaling je handphone. broadband?? astaga, bukan lagi horror ke coverage?

swit@kon said...

adni ariff,

like i told thesweetlittlecat, akak peetee in front of me ni dok baling phone. ingatkan phone gile!

nyanyi jangan tak nyanyi..lagu raya pun bleh..hahaha

swit@kon said...

mrs. amie,

erm rasanya postpaid. kena check la..yang beza cume coverage kan....better tukar la kalau asik teruk aje ;)

btw, thanks for dropping by!

Anonymous said...

marilah bertukar ke celcom. lg elok tukar postpaid. leh dapat diskaun? tak caya? ok.. cuba lihat kat belakang.. jeng jeng jeng.. gi dating ngan beruk..

princess~syeena said...

swit@kon,

kt MOA ok jek...line bagus...

ape yg terjadi kpd Maxis nie??

syeena sgt bengang dgn billing die...
asyik double counting je...