Wednesday, September 24, 2008

hari raya hari yang mulia

.
.
tetiba nak mood nak bercerita pasal raya. hehe
ada lagi seminggu genap je lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Aidilfitri. my preparation? erm....
.
1. duit raya
baru tukar duit raya je. tahun ni segalanya berjimat cermat. sampul duit pun takde. mak insist me untuk pakai the old RHB nye sampul. bolehlah. budak2 tu dapat duit, koyak and buang je. tahun ni takde pertambahan anak buah atau sepupu. so jumlah masih kekal. adakah amaun yang diberikan patut dinaikkan atau tidak? janganlah korang jadikan alasan dapat duit bonus tu bleh bagi banyak. lagi banyak gaji, banyak lagi aaa tanggungannye. haih..
.
2. kuih/biskut raya
tahun ni tak buat kuih pun. mak tak sempat belikan oven ku ;(. if sempat, nak buat kek je! kalau beli plak, kuih raya tahun ni pun makin kiut botolnye. sama ada pengecilan botol atau pengecilan biskut tu sendiri. botol halus, harga naik. rasa masih sama takpelah. malas nak bising2. afterall, lepas raya kan dah kopak, so makan kuih lor!!
.
3. baju raya
semalam g amik baju raya. baju raya/baju untuk wedding Izami on the 4th. ada 3 helai. 1 untuk raya/wedding dan dua lagi untuk pakai ke office. peach, purplepink and cream. nanti raya lah korang tengok baju2 tu ye :D. duit pun terbang.....kalau baju moden plak. nan ado (bak kata kak red)...i bought a top from pumpkin, maybe itu lah yang aku pakai untuk g shopping complex ngan kazensku nanti :D. and i am aiming for the skinny jeans yang ku telah try ahad lepas kat sg.wang
.
4. rumah
isi rumah semuanya ku serah pada mak. dia ada beli langsir masa g langkawi aritu kot. entahlah. tak check. hehehe but i trust my mak!aku start bercuti hari isnin depan, so memang menjadi tugas hakiki aku untuk mencuci rumah, menukar langsir, vakum, tukar sarung bantal, lap cermin, sliding door etc. satu je aku tak suka buat, mop rumah. hehehe benci aaa mengemop. taktau nape. ayah yang buat benda ni. lepas balik dari melaka selalunya baru masukkan kuih2 raya dalam bekas2 yang cantik.
.
5. kereta
kitorang akan balik satu kereta je.tahun ni ayah dapat cuti. cuma dia kena balik awal. kesian. dia keje shift so maybe dia tak dapat attend wedding izami on the 4th tu. unlike years before, ayah hanya dapat balik malam/pagi raya. so aku and adik aku drive my baby dan mak dengan ayah akan balik kemudian. baby tinggal kat putrajaya la tahun ni. tapi da lama tak servis dia. dah batuk2 babyku itu. hehe
.
6. kad raya
tahun ni seketul kad raya pun aku tak terima. huhuhu inilah akibatnye tak reti nak membalas kad raya tahun lepas. bukan ape, last year kan kat D*P*A. so tak dan nak menulis dan mengepos kad raya.
.
apelagi eh nak di preparekan untuk raya? erm.....owh! dah ingat dah!!!!
.
7. kasut raya
ni wajib. walaupun sudah membeli sepasang glads berwarna cream dan juga faux-croc stiletto berwarna purple itu, i have to have THE kasut raya. hehehe nantilah. dalam 2,3 hari ni nak g survey ;) - kalau tak sempat, minta saja pada Adni yang baru beli 100 pasang kasut tu ;p
.
oh, tidak lupa. wajah ku perlu difacial (sudah terlalu lama ia comot k!) dan rambut perlu di potong pendek!!!! ke nak tukar fesyen untuk tahun ni ek??? :) hehehe
.
ok. itu maybe preparation aku. korang plak camne?????
.
.
(xoxo)

11 comments:

Anonymous said...

1. saye juge dh tkr duit raya.thn ni mmg kene spend byk skek... sbb bilangan anak sedara bertambah (belah hubby ku sgt ramai, k!)

2.biskut raya dh selamat dibeli and last batch i will pick it up this friday.nmpknye plan buat biskut raya sendiri tak menjadi.hehe

3. bju raya ade 2jenis tailor made and ready made.memandangkan saye tak bape berkenan cara bju kurung moden saye dijahit makanya telah mendesak agak en hubby membeli bju raya ready made.hehehe...tu pn dh dibeli 2weeks ago ;)

4.rumah -
curtain,furniture...insyaAllah lps raya bru nk bli...hahahhaaa...

5.keretaku akn ditinggalkan saja di penang nih

6.kad raya bru dpt sekeping and i guess itulah satu2 nya kad raya yg saya dpt thn ni ;)

7.kasut raya takdak.sbb kasut time hantaran kawen haritu tak pakai pon...so pakailah yg tu sajer...huhu

8.sangat mahu pegi facial dan juge potong rambut.harap2 en hubby bagi saye potong pendek ;)




sorry comment terpjg plak harini.rase rajen plak la harini.


p.s:saye blom mengandung.hihi

selamat hari raya.maaf zahir batin.



~coffeeaddicts~

Adni Ariff said...

pagi raya saya akan pakai kasut slingback itam yang maha sexy itu. pas smayang raya akan pakai sandal butterfly yang comel. 2 jam pas tu akan pakai my cute pink stilettoes, nak dekat petang tu pulak akan melaram sikit dgn purple pumps dan malam pula akan disusuli dgn kasut gaya santai...tak pasti yg mana lg...

baju? tak bli lg.
len-lain? tak beli lg.
raya minggu depan ek? hehe...

saya ada kad raya utk awak. tapi tau tau bile bleh bg.. orderla karipap, nanti saya bg kad raya sekali. :)

thesweetlittlecat said...

beb, bab duit raya tuh mmg penting kerana aku mempunyai sunguh banyak kazens & anak2 buah! tahun ni makin bertambah pulak... but im so happy to give out 'angpaw' for budak2 ni cuz they seem so happy when they receive those 'angpaw'! tp menyakitkan hati bila doang start sound: "kedekut lah auntie ni, sikt ni jer?!!".. mmg memalukan aku depan org2 len! hampeh...

fezarena said...

hi...salam singgah...menarik gak blog u nie...anyway u keje Putrajaya ker??...which part??...adakah sebuilding dgn ku...hehehehe...

cheers....

swit@kon said...

~coffeeaddicts~,

terima kasih kerana rajin mengomen dan sungguh panjang komen itu. i like! anyway, ko beraya ngan hubby kan tawun ni. dah bertambah orang yang perlu disalam pada pagi raya kan aida ;)

swit@kon said...

adni ariff,

pakai k kekasut itu. hahaha kasut je yang ada eh?ala takpe. bijou ada lagi this week. owh. if only the shoe size is the same, sudah pasti saya sudah merompak kasut-kasut kamu ;P

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

babe. tu la pasal. anak2 buah and sepupu2 ku yang kenit semua bermulut laser. kita gak yang TERmalu. 'eiii, duit biru je?ingatkan merah' boleh??? tension kan

swit@kon said...

ayusolo,

salam! thanks for dropping by. awak kat blok mana?

didi said...

aku xyah tukar duit sebab cousins kecik takde sangat. family x rapat. raya pun tak jumpa. duit besar bagi kat adik beradik je.

baju raya 3 pasang taylor made : hot pink, turqoise, peach.

kasut raya : heels bling bling

kereta : tinggal kat rumah. bawak kereta mak aku

kuih raya : dah buit 4 jenis; ada lagi 2 jenis nak buat

kad raya : terima satu. akan diberi kepada geng minggu ni. wajib aku memberi kad raya tiap-tiap tahun bagi menyampaikan amanat2 sinis aku kepada org2 yg aku sayang

kemas rumah : aku buli adik2 aku tu je. 3 ekor. aku dah buat kuih maaa....mak aku dah beli sofa baru (yg lama bagi kat min) and dining set baru (yg lama aku kena angkut) so rumahku berwajah baru raya ni

ok..dah cover semua bab2 penting.

oh, and raya kitorang wajib amik gambar poyo @ gambar bagi duit raya, gambar jemput makan biskut, gambar cover ayu..

haha

fezarena said...

kita dkt presint 2...dpn masjid...awk??...

swit@kon said...

ayusolo,

kat boulevard. jalan menuju masjid.