Saturday, May 23, 2009

bebel jumaat


oh, selamat pagi. saya bangun jam 7 hari ini. lewat pagi seawal jam 3.40am baru sampai di rumah. memandu dalam keadaan yang sangat mengantuk dan cemas (padan muka, sapa suh balik lambat sorang2!). semalam pulang dari pejabat seawal jam 8 malam. perjanjian dengan Encik Khair yang lewat 3 jam menyebabkan hati panas je. dengan berbaju kurung di The Gardens, bersama dengan kasut tumit serendah 4 inci, maka berjalan saya dengan Cik Adni dan Encik Hafeez.

pada sebelah tengah hari, Geng! wanita (Um, Lin, Didi, Min dan saya) makan di Johnny's Alamanda. itulah masa untuk kami bergelak tawa dan releasekan tension di kepala. mostly they laughed at me okeh. taktaulah kenapa, hari jumaat mungkin jadi hari sengal saya kot. apa yang keluar dari mulut aku semuanya lawak. hahaha. ntah! hik.hik.

oh, Encik Khair akan pulang semula ke Chennai bagi meneruskan tugasan yang dah diberikan hari Ahad ini. so semalam kami ada sesi perpisahan seperti biasa. oleh kerana saya terlalu letih, suara seperti angsa tersepit di tepi divider highwaylah. pada satu ketika saya tertido atas sofa tu, hafeez yang cuit suh bangun. hahaha.

belian hari jumaat? hahaha. kalau last week saya tambah koleksi quilt cover, minggu ni saya beli yang ini:





Body Shop Malaysia sedang SALE (saya difahamkan setahun sekali je). Papaya Bath and Shower Gel itu saya beli dengan potongan 80% (70% on sale + 10% untuk BodyShop Member) dan Lavender Relaxing Body Wash itu dengan potongan 60% (50% on sale + 10% untuk member jugak)

Pagi ini, ibu saya yang chomel bagi dua benda ni plak, hasil rembatan SOGO Warehouse Sale semalam. Each are tagged with the price of RM29.90. BeneFit okeh!!!gigit jarilah.

Bahagia bangun pagi2 macam ni. hahaha. eh oklah, Min dah tunggu kat bawah. dah janji nak g breakfast ngan budak2 tu. later korang!

XOXO

4 comments:

: s h e "2 d" n a: : said...

yantii..murahnyee..benefit pun ade sale kee..huaawaa..nih yg nk balik msiaa..shopiing benefits nih ..ahahah

Anonymous said...

sale body shop kt mid vel kan beb...
aku gi gak..ye ye la rembat mcm mcm barang letak dlm bakul..bile nak bayar..pergh ramai giler..tak jadi beli...tp seyes, murah giler!

swit@kon said...

:she"2d"na ::,

beneFit - Warehouse sale SOGO. murah. manufacturing date pun bukan dah lama.

body shop tu satu mesia sale!! shopping la kat dubai!

swit@kon said...

aini,

la ye ke? hihi kawan aku beli macam2. jadi gila gak dia kejap!