Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Friday, April 3, 2015

GST



picture from Google




hi korang.
apa khabar?
so, camne? dah terer baca resit belum?
haha
sejak 1 April yang lepas, semua orang dok bercerita pasal GST.
timeline FB penuh dengan gambar resit dan luahan hari pasal GST.

hehe.

komen? hmm.
takde. hahaha.

enjoy life.
keep calm always.

ok lah later! (nampak sangat tatau nak cerita apa) mih mih mih.

p/s : semalam beli chic and basic naelofar hijab. ada GST. tudung rm70 dah jadi rm73. layan je la T___T

Friday, December 6, 2013

my favourite online clothes store


some may love fashionvalet.
some might choose Zalora.
my gf(s) will tell me they fall for thepoplook.com.
and the list goes on.

more and more online stores nowadays.
maybe we are getting lazy or it's just because of the simple process, easy and no time consuming.
unlike the conventional way of buying clothes (or anything else), shop via online store is super duper easy.
a few clicks away, next day you'll get your stuffs in from of your doorstep.

so today, i love to share few of my favourite. :P
yes, i am an avid online shopper. *hi suami!!!*

1. honey pumpkin - my first ever online purchase is via this blog. now nadia dah ada webpage dedicated for this online store. new updates every Sunday night at 8pm. baju here are all up to date. oh. ada rupanya update berkenaan blog ni dulu2. haha. first buy from pumpkin here.

2. thepoplook - i spent the most at this particular stor. more than 30 purchases since 2011. Hahaha. name it. blouses, dresses, accessories. everything lah. cerita gila poplook kat sini. haha

3. shawlbyvsnow - my tudung supplier! hahaha. i love every colour of their essential scarf. recommended! cerita gila shawl di sini.

ok tu tiga top online shopping. my choice. my list.
what about u guys?
please share!!

Monday, December 2, 2013

The Big Bad Wolf is back!!!



the sale of course!!
i'm excited but to bad this year i don't have the student book vouchers anymore. boo!
its ok.  i'm more than happy to spend at the sale.
yeah. the books from the previous sale(s) still in a good condition (inside the luggage! haha) but i'm waiting to transfer everything to new house in Penang.

so, why wait? apply leave today! haha.
for more info, just go to this page. or follow their twitter/facebook/blog/instagram!

i end this entry with Big Bad Wolf Survival Sheet (for the first timers :p). Please wear comfortable clothes, bring your luggage bag/shopping bag and most important, please be kind to one another ya!



happy shopping!

Wednesday, August 28, 2013

i love shawls


salam
tetiba kan?
janji nak update pasal raya.
tak update2. dan dan cerita pasal shawl. hahaha.

terima kasih kepada cik puan suhana azlin, saya telah terjebak dengan shawls dari VS atau nama sebenar ShawlsByVSNow.

paling suka adalah VS Essential Shawl.

  

dua kaler ni saya beli for raya hari tu. dah pakai. puas hati.
so hati ini meronta2 nak beli lagi. wakakaka.
kenapa saya suka?
sebab kain elok, labuh dan lebar. pemakaian jadi sopan dan hujungnya adalah melengkung.
banyak kaler lagi tapi semua dah out of stock.
kepada tokey, tolong la restock. saya nak kaler fern green, lemon meringue, antique brass, dark magenta, oxford blue, raspberry rose dan memacam lagi lah. please...please..

love!
ok tu je. nak share :)
sharing is caring.
FB page


*entry ini adalah tanpa bayaran. iklan ini adalah percuma.



Wednesday, March 27, 2013

loyalty card lover


korang ada banyak tak?
i mean membership card ke, loyalty card ke.
any brands, shops or outlets.
me? i kinda addicted to it.
name it.

make up brand, toy store, bakery, stationaries and everything la.
for time being, total of my membership/loyalty cards (currently dalam purse) ada



yang kat atas ni yang boleh dijumpai. paling lama adalah TANGS dan paling terkini adalah Nandos.
hehehe.
paling kerap guna adalah Starbucks Card dan Aussino Linen Lover Member Card.
Corak favourite adalah Nandos. Paling simple, Sephora.
Paling ceria Chatime & Boost.
Tak pernah guna - Memory Lane (dah lama tak beli greeting cards)

i love all my cards.
even menggemukkan purse, tapi suka.
banyak benefit boleh dapat.
free drinks, voucher etc.

so korang camne?
any favourite loyalty card in your wallets/purses?



Thursday, August 30, 2012

pink 31 baskin robbins


3 days Merdeka promo!!!
go get your handpacked pint, quart and gallon now until 31st!




mom got her handpacked quart yesterday. she opted for Jamoca Almond Fudge and i picked Raspberry Cheese Louise. :D

*ice-ice baby*

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 Malaysia! I'm proud of you. For that, i'll be on the left/right of the main stage tomorrow (early) morning at Dataran Merdeka!! :)


Monday, January 30, 2012

belian RM 200

saya ada baucer RM200.
baucer buku.
tak sabar nak beli buku ni.
semalam dah pegang few Murakami books.
tapi sebabkan nak kena cukup2 belanja RM50 dan saya lapar, terus letak semula.
bila lah nak g beli buku ni?

buku belajar nak beli apa eh?
ermmm..

Monday, September 5, 2011

Big Bad Wolf Book Sale 2011


it is back!!!
bigger and better.
i'm so happy because the location is so near. *dance*

bila?? 7 - 16 Oktober 2011. Lokasi di MAEPS, Serdang.
Jom, jumpa kat sana ok!
:)

more details, ada kat bawah ni. nak lagi detail, g website dia kat sini.




jom. beli buku!!!



Wednesday, April 20, 2011

batik terbaek di pasaran

halu korang.
ye, ye.
saya minta maaf.
saya memang dah patut cerita pasal umrah trip hari tu.
inikah tidak. hampir sebulan dah balik, blog tak update2.
bukan apa. saya bz dengan kerja dan life.

kerja makin hari makin banyak.
dan bila balik rumah, saya adalah letih.
gambar original pulak masih belum diambil.
kawan saya dua orang kawin dalam bulan April.
maafkan saya.
saya akan update blog ini secepat yang mungkin iaitu hujung minggu ini.

tapi hari ni tiada 'wordless wednesday'.
saya nak promo kan kedai kecik kawan saya.
dia dah mula kecil2an membuka blogshop batik.
dan akibatnya??? saya dah sambar satu!

jom kita tengok apa yang dia jual.... (antara koleksi yang masih panass.....)





  

saya suka!!!!
memang coraknya yang terkini (sebab orang Terengganu ni, penterror batik la katakan)
so, apa lagi.  sila ke kedai kecik kawan saya di sini. (klik perkataan sini ye)


ok. korang sayang saya lagi kan?
jangan marah ye. stay tune ke blog ini. pasni ada banyak update!!!!

tunggu saya punya post pasal umrah!!! tunggu tau!
(i'm missing Mekah and Madinah T___T)

Sunday, December 26, 2010

happy

oh. happy nyer.
why?

1. i got my homemade jeruk mangga. thanks to Mak Usu. it has been a week, and i only realized it yesterday. bummer. tak banyak, tapi sedap!! dan habis dalam tempoh tak sampai 24 jam.

sweet, sour, juicy mango pickle
sedap!!

2. i got a new nephew. Zaim Mikhael was born on Christmas Day. yesterday. super duper cute. and i super love the name. Zara Marissa was excited welcoming her brother and refused to sleep all day yesterday. but Mak managed to get her to sleep by lullabying her with zikir. so chomel! and guess what, she holds her bottle just like Mas Idayu holds the microphone when she sings. hahaha. dangdut Zara? :P

si putih. Zaim Mikhael. <3

see the way she holds her bottle? hahahaha
btw, in 3 days time she is 1 y.o. *kisses*

3. went to Pavilion. i got myself few things and finally get my chance to see the magnificent christmas deco there. chanteq!

very super nice

4. Mak made Nasi Lemak today. it was good. so good and i think i'm high (of Nasi Lemak) now. haha


that's all folks.
i'm off.
preparing my butter cake.
later!!

Saturday, December 25, 2010

darjat

nama pun manusia.
darjat tu memang la berbeza.
dan layanan? totally different.

it is sad. zaman dah maju sekarang pun manusia masih lagi mementingkan darjat.
sedih tu sedih. tapi kelakar masih tetap kelakar.
sebab kalau kau angkat sangat pun, bukannya membawa kepada apa2.
kau takkan jadi tinggi cam orang yang kau angkat tu pun.

ye, saya hanya rakyat biasa.
yang menggunakan kenderaan cap malaysia, berumur 9 tahun (lahir 2001) yang bonet depannya dah berkarat akibat diganti lain kerana kemek accident.
tapi tidak lah bermakna saya ni tidak berduit atau cikai.
kalau saya nak cepat dan mampu bayar parking valet, anda perlu ambil kunci kereta saya dan letak di tempat yang selamat lah.
dan kembali kan kereta itu semula apabila saya selesai membeli belah.
setakat RM20 kot. takyah aa kecoh.

hanya kerana kenderaan-kenderaan yang diletakkan di parking valet itu cap eropah dan bernombor plat single digit, anda boleh pandang hina kereta saya?
kalau saya bagi resit, tak perlu tanya 'oh, kereta ferrari tu ke?' like wtf!
nak perli, sila fikir dulu. gaji aku 3x gaji kau kot - hah! ni yang malas nak start. kang parah.

ok dah. malas nak panjang2.
itu lah KL kot.
hanya rich n famous diberi layanan umpama menatang minyak yang penuh.
rakyat kelas kedua dan ketiga, bolayan.

takpelah. sentiasa lah kita beringat.
di sisi tuhan, kita ni sama je.
yang membezakan, hanya amal ibadat dan sedekah jariah kita sahaja.

wallahualam bissawab

Sunday, September 5, 2010

demam nak sambut raya


hi korang!
just got back from Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Plan ngan Didi nak ke sana esok pagi dicepatkan ke malam/tengah malam ini untuk cari tudung dan beberapa benda. 

Jalan TAR, the busiest area in Kuala Lumpur during the whole Ramadhan and near to Hari Raya will be the peak of the business there. Kemeriahannya lain macam betul. Kalau bertahun-tahun yang lalu (masa zaman study) pernah jugak ikut Pak Teh yang sememangnya gemar shopping persiapan raya di sana. Mana taknya. Kat Jalan TAR korang boleh jumpa everything. Dari baju melayu, baju kurung, songkok, kasut, tudung, butang baju melayu, kerongsang, rantai, dodol, satar, serunding, alas meja, bunga, macam-macam lah. Dari barangan bayi berusia sebulan hinggalah barangan tok nenek yang dah lanjut usia. Semua pun ada!

Kali ini adalah kali ke-2 untuk tahun ni saya ke Jalan TAR. Semangat kan? Dua2 kali teman orang. First time dan second time berbeza. First time pegi, barang masih murah. Harga boleh mintak tawar. Cuaca baik. Saya ke sana malam sebelum merdeka. Tak ramai sangat masa tu. 

Tadi pegi temankan Didi yang nak mencari tudung. Saya pun amik kesempatan nak beli benda2 yang sama lah. Tudung, kerongsang. Etc. Barang kaum hawa la. :) Tapi tadi, masuk gerai yang ke ntah nombor berapa ntah tetiba hujan renyai. Memang saya respect habis la warga KL (dan warga2 Malaysia yang lain juga) yang sangat berhujan semata2 nak membeli belah untuk persiapan hari raya!!! 

Dari pengamatan saya lah, memang ramai yang hadir ke Jalan TAR. Sama ada nak cuci mata sahaja. Atau memang nak membeli. Ada yang penuh kedua belah tangan. Dengan carpet nya, bunga lagi, langsir dan lain2. Ada pulak yang sibuk mencuba songkok, sampin dan capal utk dipakai dipagi raya agaknya. Seronok ok! Tengok orang2 yang bersemangat nak beraya. Hihi. Kita ni bukan tak semangat, tapi semua dah habis selesai. Settlekan awal2 lagi. Tapi memang bila ke Jalan TAR ni semangat nak raya tu meluap2. 

Cuma dalam pada seronok melihat dan bershopping, rasa sedih juga bila tengok bayi-bayi kecil yang dalam stroller, yang didukung (sambil tutup kepala guna napkin sebab hujan) dan sebagainya. Kesian mereka. Jam dah melangkaui pukul 12 tengah malam, tapi mereka berada di celah2 ratusan manusia di Jalan TAR. Dah lah kesesakan manusia, bila ditolak stroller itu, lagi lah jadi jammed. Hihi. Dan bayi dalam stroller tentu tak selesa. Saya dan Didi geleng kepala saja apabila mereka guna stroller untuk tolak kita...hahaha takpelah kan. Depa pun nak raya.

Harga kalau tak pandai tawar memang rugi. Tadi saya menawar hanya untuk kurangkan RM5 sahaja. Budak jual jeans itu sampai minta nombor handphone sebab nak bagi diskaun lagi RM5. Saya bagitahu dia "saya dah kawin takkan awak nak no handphone saya?". Terus dia simpan handphone dalam poket dan ambil duit RM60 sahaja dengan diskaun sebanyak RM5. Hahaha selamba kan? Terima kasih bertalu2 saya ucapkan dan terus kami beredar cepat2 takut dia berubah fikiran. Hahaha. Itu je lah kot cerita malam/pagi ni. Seronok sangat! Tambahan pulak hari ni (Sabtu) dapat buat 3 jenis biskut. Puas hati. Esok (Ahad) mahu buat lagi 2 (satu tambahan, satu resepi baru). Alhamdulillah. 

Dan sampai ke penghujung. Penghujung Ramadhan dan penghujung entry ini. Sedih rasanya nak meninggalkan bulan Islam kesukaan saya ini. Ramadhan membuatkan saya tenang. Alhamdulillah, saya gembira menjalankan ibadah sepanjang bulan ini. Semoga Kau mempertemukan aku dengan Ramadhan sekali lagi Ya Allah. Amiin..

Ok, kalau sesiapa yang belum shopping raya, sila lah ke Jalan TAR. Lagi lewat, lagi murah. Malam raya memang dia jual harga paling murah punya. So, orang KL ke, orang Selangor ke, orang Penang ke, Kelantan ke, marilah beramai2 ke Jalan TAR. Meriah uolss.

ok dah. bye!




Thursday, May 27, 2010

HP Mini "to buy" Checklist

  • Windows 7 Home Basic/Premium

  • External Cd Drive

  • Optical mouse

  • Netbook Sleeve

  • External Hard Disk

Monday, May 3, 2010

entry before entry





ok memang saya bersalah.
saya dah janji (dengan diri sendiri) untuk update cerita Penang Trip, Tawau Trip.
tapi saya bersalah kerana masih belum berjaya lagi. T___T


tapi saya semangat nak update my first ever event invitation to Fashion Show.
poyo kan? hahaha ada aku kesah ;p.
saya dapat invi dari Carlo Rino je, bukan high end boutique. hahahaha.
tapi takpe. i love shoes and bags, so why not?


takpelah. belasah je. kata nak kongsi cerita kan?
ok. i received the invitation on April 20th dari Carlo Rino untuk Carlo Rino Splendid Summer 2010 High Tea Fashion Show di Alamanda, Putrajaya. Ianya diadakan pada 24th April 2010, hari Sabtu. walaupun sedang bertungkus lumus konon-konon study untuk peeteekay, tapi dengan selamba ajak mak pegi. memula plan nak pegi ngan Didi, tapi dia balik Shah Alam. 


ok. jom tengok apa yang best masa itu.

*click for larger image*




ye. saya suka model yang kiut itu. ada lah dalam 5 orang sebenarnya. tapi i like the one with the short hair. mahu gunting rambut macam itu lah!! (tetibe :P). she looks like a doll. 


itu sedikit sebanyak la gambar dan high tea fashion show itu. saya tak join high tea di Chakri sebab terus balik study :P.


saya akhiri entry ini dengan kasut favourite saya hari itu.


camel platform fringed heels. yummeh!


for more, go to Carlo Rino Malaysia webpage here.
thanks to Carlo Rino Malaysia, Alamanda Shopping Centre and semua yang make it happen. :D
ada event, sila jemput lagi ye :D





Thursday, December 10, 2009

the land below the wind



(entry ini agak panjang dan memerlukan sedikit masa untuk dibaca dan mungkin ada diantara perkataan atau ayat2 yang digunakan berbunyi poyo dan mungkin menggugat perasaan sesiapa yang membacanya. kalau tanak baca, macam biasa...sila klik tanda 'x' di hujung atas kanan browser anda. thank you)

it was my first. and i was excited.
tak lama pun. setakat satu hari, satu malam.
dan saya ke sana atas urusan kerja.
ok, jom kita go through itinerary k :p

saya dapat memo yang telah mengarahkan saya ke Kota Kinabalu Sabah 5 hari sebelum actual day saya kena bertugas. cepat2 minta puan ceecee untuk buat tempahan tiket. tengok online dah fully booked untuk jam 5 petang. so nak tak nak terpaksa ambil flight malam. nasib lah nama masuk waiting list awal2 so dapat flight jam 750 petang. kalau tak, kena naik flight jam 9 dan sampai jam 1200 tengah malam.



flight saya MH berapa tah (tak ingat) bound to KKIA depart at 7.50 petang. saya sampai dah pun agak lewat sebab tunggu encik-tukang-anta-ke-klia ada kerja yang tidak sempat diselesaikan. sempat juga beli Burger King dan makan Mushroom Swiss Burger + Black Pepper dengan Milo secawan! panas dan sedap. makan dengan sempoi tanpa budget ada makanan atas flight nanti.

tanpa berkejar. dengan relax, kul 715 baru masuk. punyalah menyesal! jumpa Victoria's Secret Kiosk depan mata! tensen sebab nak jalan ke gate A2 agak jauh ke dalam. so tak boleh nak buang masa layan VS. dengan berat langkah kaki, aku pun gerak ke gate A2 dan tinggalkan kiosk itu dengan harapan flight balik nanti boleh singgah!

  



lebih kurang 30  minit (kot) di udara, dinner was served. aha! sekotak yang dipenuhi dengan makanan. satu bekas dengan nasi dan lauk pauk (yang agak tawar), sepotong fruitcake (me likey!), 3 ketul ferrero rocher (yang tidak habis dimakan hingga pulang ke KL) dan secawan air mineral Spritzer yang kiyut.

padan muka. makan burger king macam tak ingat dunia. so dalam flight aku kekenyangan. nak tanak, layan jugak la. nasik tolak tepi, layan rendang daging tu. mintak coffee kat pramugari hot dan layan lagi.





lepas coffee itu habis dihirup, rupanya depa serve DESSERTS! chet. memang menyesal makan banyak. Baskin Robbins lak tu. (harap maaf. saya agak jakun kerana dah lama tak naik flight yang ada makan2. saya travel lite2 je. so selalunya makan kacang. sekali dapat BR. maunya nak jerit!) terus teringat Algae. hahaha. takkan nak tunggu touch down baru makan. sebat je lah. walaupun perasa coklat bukan kegemaran, tapi layankan je la. dan habis 3/4 dari satu tub itu.

sampai di KKIA lebih kurang jam 1030 malam. Urus Setia datang dan bawa kami minum dulu sebelum ke hotel. oh. saya stay di hotel yang ditempah untuk kursus itu la. tanak membazir dengan duduk di hotel lain walaupun sebenarnya menyesal. lepas minum di kedai mamak, kitorang terus balik hotel. lebih kurang jam 12 dah masa tu. Urus Setia elok je bercerita pasal hotel tu adalah bekas bangunan yang ditinggalkan lah, tempat kawasan jepun lah, berhantu la. aduhai. tambahan plak ada peserta yang kena histeria. gila takot!

sampai di hotel, saya terus diberi kunci bilik. macam biasalah. saya tidor sorang2. huhu. tau tak bilik itu super huge????!!! walaupun carpetnya penuh dengan kotoran dan habuk2 tapi katilnya sangat bersih. guna bedsheet yang kaler putih cantik macam bedsheet cik siti aminah lagi. tapi memang horror. sebelah hadapan bilik saya plak dewan yang baru sahaja selesai majlis malam budaya satu lagi kursus yang dibuat disitu. maka, pekerja hotel mengemas hingga jam 3 pagi. huk huk. lepas gosok gigi, solat. saya pakai hooded sweater saya dan tutup muka dengan bantal hotdog yang cuba dimuatkan juga dalam beg saya.untuk mengelakkan dari terpadang-pandang apa yang tidak sepatutnya. huhu

jam 4 pagi saya terjaga dan tak boleh tido. rupanya sebab bunyi tv yang masih terpasang. saya tutup lagi telinga dan buat2 tak tahu sambung je tido. pagi tu jam 630 dah terbangun dan trus mandi. dalam kul 8 saya turun breakfast. tanpa melengahkan masa terus ajak driver ke Pasar Filipina atau nama lainnya Pasar Kraftangan Kota Kinabalu. tak sampai sepuluh minit jaraknya dari hotel. tapi pagi itu agak jem sedikit sebab construction jalan raya.





sampai di pasar itu, peniaga baru je cuci2 lantai. tapi boleh lah nak membeli belah. sempat lah saya di situ lebih kurang sejam. gambar tak banyak sangat amik. sebab bz amik itu ini. rasa kesal sikit tu adalah sebab tak sempat nak minta buat yang custom made bracelet. tak dan nak memilih pearl and crystal yang memang cantik2!



nak tengok apa yang saya beli? hahaha.


*click for larger version*
t-shirts untuk jejaka dalam hidup saya. ayah n acap, 
bracelet untuk mak, 
fridge magnet (2 mak amik, ada dua lagi extra), 
brooch for yours truly-ini je yang saya minat, 
butang baju melayu untuk pwesent and
 dua chincinn untuk mak.

itu lah hasil saya. duit pun terbang. hahaha. lepas balik dari pasar, saya sambung kerja. ceramah starts at 11 and ended at 4.00 pm. letih jugak .sakit tekak. tapi takpelah. ilmu. lepas klas habis, saya mandi2 dan minum petang terus ke airport. flight sepatutnya jam 5.30 pm tapi tertunda sehingga 730 petang. apa masalah MAS saya tak pasti. tapi memang letih. dah habis Toffee Nut Frapp saya tapi kapal terbang still tak berangkat pulang.



penerbangan pulang ok lah. macam biasa. dinner tak best macam masa flight pergi aritu. saya tak tau kenapa. ada sesiapa tahu tak kenapa makanan berbeza flight pegi dan balik? boleh la kongsi dengan orang2 lain. apapun lepas makan saya terus tido. oh. lupa. kalau nak tau ada budak kat sebelah saya, ye dia budak. sebab dia baca buku Science From 3. budak tu main sms dalam flight. tak off pun phone. rasa cam nak leku je kepala dia. macam tak paham2. kalaulah kapal terbang tu jadi apa2, saya salahkan dia. huhu.

apapun. saya enjoy my first trip to KK. harap2 adalah lagi trip2 macam ni untuk masa akan datang. trip ke Jepun tu macam dah terlepas je. huhu. tak cukup matang kot. i enjoy what i do and i love it to bit. semoga saya tak lagi duduk di hotel yang sama (takut!) dan harapannya adalah nak bawak mak, ayah n adik g sana tahun depan. biarkan mak enjoy shopping kat situ. and nak stay lama untuk naik Gunung Kinabalu pulak.

ok. that's all folk.
xoxo.


Sunday, November 29, 2009

cuti panjang

hai korang.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
harap2 semua sihat. me? jumaat pagi balik melaka. makan dengan sangat banyak. sabtu lepas lunch balik putrajaya. and then gerak ke KLCC. ye. KLCC. lepak kat The Apartment yang super chill dan penuh rasa kasih sayang. tambah pulak dengan baked chocolate pudding yang yummy. nak makan pavlova. tapi strawberry habis kot. *duh*

kemudian saya ke The Big Bad Wolf Warehouse Sale. ye. ingat lagi tak entry saya dan min ke jualan buku dan menggila? ha.. saya pegi semalam. and i bought 6 books altogether. turut menggila. kepala sakit sebab keep on pusing2 carik buku.


nampak tak buku paling hujung sebelah kanan bawah. saya ingatkan buku Wuthering Height.
Rupanya tersalah la. itu Withering Height. huk huk. some of the books are not for me but to give away as present. we'll see which is which la. :D


tak tahan lah. buku2 tu buat saya hilang ingatan kat orang sebelah yang gila jugak semalam. hahaha


yang ni macam menarik untuk bagi pada my boss. tengok lah.
macam berniat nak simpan

pastu kitorang layan Pelita sebelah KLCC tu and terus balik dan menggila lagi sampai dinihari. hari ni tak nak buat ape2 sebab nak relax saja. malam ni dah janji ngan didi untuk keluar dinner di pavilion. perut masih penuh sekarang dan tak rasa teruja lagi. orang nak balik dah. terasa dah lain macam.

saya tengah carik tiket ni. nak holiday holiduu la. BKK kot.
ok dah la. nak g tengok tiket
bye

Sunday, September 13, 2009

best birthday celebration!!!!

hello people.

i'm home after a short weekend holiday and my body ache so much because of the 'just coffee' sahur and a lot of walking around in my Vivienne Westwood/Melissa Anglomania Shoes. this is the best shoes i ever bought to date. everyone was staring at my feet and someone was even fall in love with the shoes that he saw on Katy Perry. hahaha


what did i get for my birthday? erm. nearly 30 smses, tonnes of wishes on my FaceBook's Wall, a bouquet of pink roses delivered on my table, NW Handbag (from myself), a pair of Vivienne Westwood/Melissa Anglomania Shoes (from myself), few kisses and hugs, a movie date - The Ugly Truth, a pair of F21 sunnies and the best of all is (roll the drum please....trererererererrererere) .......................




yes! yes! yes! a little dslr for me (courtesy from adik n mak). we shared the money but the highest share holder is me. so it's practically mine. :P. i wish i had more money and splurge it on a D90 but definitely my baby (he/she has no name yet, please give a suggestion friends?) will satisfy me. tried it here right after i bought it yesterday and boy, it was a great short photo session. later saya upload gambar2 nye ye!

oh ya. and i bought a few dvd's. thanks to Puan Kopi who had made it happen. kalau ko takde, kat mana lah aku nak carik dvd2 itu..hehehe. thanks Aida for a great sleepover. just imagine, after 3 years not seeing each other, we had so much fun! cuma tak sempat makan biskot sedap dia tu!

so, this is it for now. 5 days to a long raya holiday and more picture from my baby yet to come. stay tune ok! saya nak g mandi la. dah lewat ni. hehehe.

and korang, lots of LOVE for all the birthday wishes from the last entry. terharu rasanye :P. terima kasih tau. a BIG (possibly HUGE) hugs for all of you! thanks ;)

xoxo


Wednesday, August 26, 2009

hasil browsing ;)


pagi ni masuk awal di office. so sempat lah bloghop sekejap. tinggal comments pada mana2 entry yang dirasakan perlu. hik hik. dan juga sempat ke SNS. hasilnya, dua perkara menarik yang saya jumpa iaitu ini :

all credits goes to SNS!!!

Item Satu!

Buku lagi!!!! Min, adakah anda berminat? Jom g Borders shopping buku mau kah??


Dan Brown The Lost Symbol1

15 September 2009

Pre-Order Dan Brown’s The Lost Symbol Offers

20% Off Now

Special Price

RM79.92 (Usual Price $99.90)


ABOUT Lost Symbol

Dan Brown’s new novel, the eagerly awaited follow-up to his #1 international phenomenon, The Da Vinci Code, which was the bestselling hardcover adult novel of all time, will be published on September 15, 2009.

The Lost Symbol will once again feature Dan Brown’s unforgettable protagonist, Robert Langdon. The Lost Symbol is a brilliant and compelling thriller. Dan Brown’s prodigious talent for storytelling, infused with history, codes and intrigue, is on full display in this new book. This is one of the most anticipated publications in recent history, and it was well worth the wait,” said Sonny Mehta, Chairman and Editor in Chief of the Knopf Doubleday Publishing Group.

Brown’s longtime editor, Jason Kaufman, Vice President and Executive Editor at Doubleday said, “Nothing ever is as it first appears in a Dan Brown novel. This book’s narrative takes place in a twelve-hour period, and from the first page, Dan’s readers will feel the thrill of discovery as they follow Robert Langdon through a masterful and unexpected new landscape. The Lost Symbol is full of surprises.”

“This novel has been a strange and wonderful journey,” said Brown. “Weaving five years of research into the story’s twelve-hour timeframe was an exhilarating challenge.

Item Dua! - aaaa yang ni menarik sangat!!!!

The Hard Rock Hotel, Penang Opening Special Promotion

20090824 hard rock hotel penang opening offer2

From 24 August 2009 onwards

Hard Rock Hotel Penang Opening Offer


Opening Special from RM368++ inclusive of 1 night stay, breakfast for 2 and limited edition Platinum Record

Book Now!

Location (Tel : 604 8811 711)

Hard Rock Hotel Penang

Batu Ferringhi Beach

11100 Penang

Malaysia

www.hardrockhotels.net

Oklah. apa2 maklumat terkini pasal sales atau apa2 jualan best2, sila layari ShoppingNSales okeh.

nak sambung berkhidmat! tata :)