Showing posts with label Women's Day. Show all posts
Showing posts with label Women's Day. Show all posts

Thursday, March 11, 2010

to wed or not to wed

More getting married later or not at all

KUALA LUMPUR: Fewer Malaysian men and women want to tie the knot now compared with 10 years ago.

A recent survey by the National Population and Family Development Board on trends between 2000 and 2007 indicated that the average marriage age of marrying Malaysians would increase to 33 years by 2015 or they may choose not to get married at all. (mana ada orang tanak kawin langsung la!!!)

Universiti Malaya’s Associate Professor Tey Nai Peng said the average age at first marriage for men and women had increased from 25.5 and 22.0 years respectively in 1970 to 28.6 and 25.1 years in 2000.

Also, the number of those who had never been married between the ages of 25 and 29 years had more than doubled for women from 13% to 29%, and rose from 32% to 54% among men, he added.

“Although marriage behaviour varies widely across the various ethnic groups and regions, the general trend is one of rising age at marriage and non-marriage at all,” he said during the consultative forum on population strategic plan research conducted by the board here yesterday.

Tey noted that education and career considerations had expanded women’s horizons, giving them opportunities which competed with marriage.

“Traditionally, women tended to marry men with at least the same level of education. But with higher educational levels, more and more women are now having difficulty finding compatible partners,” he said. (salah wanita kah? Abang-abang, sila berusaha! hahaha)

Issues like migration, urbanisation and modernisation had also resulted in women having more autonomy in making decisions, including in those relating to marriage, he pointed out.

Tey said the younger generation was becoming more self-centred, with modern women having high expectations and becoming choosy when it came to finding mates. (see, tidak boleh memililh pulak, banyaknye salah wanita)

Board director-general Datuk Aminah Abdul Rahman said current marriage trends were contributing to the rapid decrease in fertility rates for Malaysians.

“The changing role of women is the main reason for their infertility. They are getting married later now or not at all as they build a career alongside men to become equal breadwinners,” she said on recent data showing that Malaysians were now having fewer babies.
She said more focus should be placed on ways to increase the percentage of marriages instead of blaming any gender.

(credits : The Star Online)


Wanita kita kurang subur
Kadar kelahiran menurun setiap tahun jejas jumlah populasi

KUALA LUMPUR: Kadar kesuburan wanita Malaysia dijangka menurun secara mendadak pada 2015 iaitu 2.05 kanak-kanak bagi seorang wanita berbanding 2.2 kanak-kanak pada 2007. 

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata hasil kajian kadar kesuburan wanita Malaysia dari 1995 hingga 2007 menunjukkan penurunan setiap tahun yang mengakibatkan penurunan kadar populasi penduduk negara ini. “Hasil kajian itu membuktikan kesuburan pada 1995 yang mencatatkan 3.4 kanak-kanak bagi seorang wanita menurun kepada 2.9 pada 2000 dan akhirnya 2.2 pada 2007,” katanya pada sidang media Forum Konsultatif Siri 3, Kajian Pelan Strategik Kependudukan kedua, di sini, semalam.

“Wanita Malaysia mengalami penurunan tahap kesuburan setiap tahun dan tahap kesuburan dalam kumpulan umur antara 15 hingga 49 tahun merosot dengan pantas dan ini boleh menjejaskan tahap populasi di negara kita pada masa depan,” katanya.

Aminah berkata, punca utama masalah itu adalah sikap mereka yang lebih mengutamakan kerjaya dan terlepas daripada lingkungan umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga. (apakah lingkungan umur sesuai untuk kawin? 21. ala ini kan tahun 2010!)

“Ada juga wanita mengamalkan trend tidak mahu berkahwin atau lebih berminat kepada gaya hidup bebas,” katanya. (????)

Kebanyakan wanita berpendidikan tinggi pula sukar mencari pasangan sesuai kerana bilangan lelaki berpelajaran lebih tinggi semakin berkurangan. (again. lelaki, berusahalah ye!:P) 

“Terdapat juga wanita berkerjaya yang ingin mendirikan rumah tangga sukar mencari pasangan sesuai dan akibatnya mereka terpaksa berkahwin dengan lelaki yang lebih muda atau yang lebih rendah taraf hidup,” katanya. (cougar rules!!!! hahaha)

Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN dengan bantuan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kini mengadakan beberapa program di seluruh negara untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin pada usia sesuai. – Bernama 

(credits : Berita Harian Online - nice new page btw)



* cuba buat satu analisa faktor lain yang membawa kepada perkara ini. adalah dapat dilihat bahawa semuanya lebih tertumpu kepada isu yang berkait rapat dengan wanita je kan? aduh mak! bukan defensive tapi tak paham :P* Selamat Hari Wanita (8 Mac 2010)!!!


Monday, March 9, 2009

Wanita dan Emosi

.
Emosi. Ia akan selalu dikaitkan pabila 'si dia' datang every month. Walaubagaimana pun, bukan hanya kerana lawatan 'si dia' menyebabkan seorang wanita itu beremosi. Women is a creature full will emotion. bukan sahaja emosi sedih, gembira, suka dan sebagainya, tapi kami ini dilahirkan dengan warna-warni emosi dalam diri.
.
tapi tidak dapat menolak gejolak hormon dalam diri semasa 'si dia' datang menjenguk setiap bulan. bukan datang berseorangan tetapi bersama dengan pakej buah tangan nya bersama. tatkala itu, perasaan mulai tidak tenteram, segalanya serba tak kena. bukan tidak mampu untuk menghalang atau mengawalnya, tetapi entahlah. sepatutnya perasaan tidak boleh mengatasi akal fikiran kerana bak kata orang-orang lama 'ikut hati, mati. ikut rasa, binasa'. menonton kisah-kisah wanita seperti Desperate Housewife (DH), Sex and The City dan sebagainya membuatkan analisa berkenaan emosi yang berlaku di kalangan wanita semakin menarik.
.
biasanya angin emosi ini lebih teruk pabila saat 'hormones raging' bila 'si dia' nak datang. Dalam season 4 DH, Susan (Teri Hatcher) dalam keadaan pregnant yang menangis setiap kali berlaku apa2 yang dirasakan menyentuh perasaannya. Lawak pun ada, tah apa2 pun ada rasanya. hihi 'Blame the Hormones'. apa yang berlaku adalah tanpa diduga atau boleh dibaca. walaupun tuan punya badan sendiri. ia boleh terjadi beberapa hari atau seminggu sebelum 'si dia' hadir. perasaan nak marah, berangin, emosi terganggu itu adalah perkara biasa. tapi apabila ia datang dengan sejuta masalah harian seperti isu pejabat, isu keluarga, isu boyfriend, isu rakan-rakan dan sebagainya, ia lebih bertambah buruk.
.
bila dihimpit pelbagai rasa, mulai air mata mengalir deras di pipi, kata-kata ketidaksabaran mula keluar dari mulut manis itu dan to the extend banyaklah benda2 merepek yang jadi. selalunya melibatkan emosi.
.
ada seorang kawan menggelarkan rakan rapatnya 'Mosi' iaitu singkatan untuk emosinya yang selalu terganggu. well, sengaja atau tidak, emosi dan wanita seakan soulmate. jangan diusik hati perempuan itu kerana apa yang berlaku mungkin menjadi tanda ingatannya sepanjang hayat. pandangan peribadi saya, seorang wanita tidak meminta pasangannya lebih dari kasih sayang dan perhatian. dan permintaan itu tidak akan berlaku setiap saat, setiap hari. ada ketikanya mereka perlukan perkara2 itu berlaku di luar jangkaan. seorang rakan saya menggelarkan pasangannya digelar 'kayu'. maybe pasangannya itu tidak fasih menunjukkan rasa kasih dan sayang. tetapi ada masa2nya dia bertindak lebih dari apa yang dirasakannya mampu. ada juga yang mempunyai ramai peminat, yang mana seperti kata Seniwati Sarimah dalam filem Tiga Abdul 'sekali ketik, sepuluh yang datang tau!'. walaupun begitu, wanita itu tidak perlukan attention sebegitu daripada ramai lelaki. percaya atau tidak, mungkin dalam 10 orang yang berada dalam list itu, hanya satu yang diharapkan dapat memenangi hatinya. wanita juga setia. mungkin dalam zaman teknologi serba canggih ini ramai lelaki yang mengatakan wanita masa kini lebih mudah berpaling tadah. itu tidak akan terjadi sekiranya pasangannya itu tidak mengambil remeh soal hati dan perasaannya. hihi. jangan lupa satu perkara. dia mungkin menunjukkan ketidakadaan perasaanya tetapi 'she maybe will forgive, but she will never forget'. bukan pendendam tetapi untuk ingatan dan pengajaran di masa akan datang.
.
untuk jejaka di luar sana, hargailah wanita2 di sekeliling anda. kerana walaupun emosi penuh sebadan, tapi itu lah makhluk yang dijadikan tuhan untuk melengkapi hidup tuan-tuan semua.
.
to all women in the world : "Selamat Menyambut Hari Wanita, 8 Mac 2009."
.
terlambat sikit wish sebab semalam meraikan hari penuh bermakna Cik Zuraida Mansor yang telah selamat melangsungkan pertunangan dengan Encik Basiq pada tanggal 8 Mac 2009 (semalam). i'll update more on the story later k! have a nice holiday today ya! jangan malas masuk kerja esok :P. cukup untuk repekan kali ini! saya nak sambung tido dan tengok dvd! love ya'll!!!!
.
xoxo
.
.