Showing posts with label bosan. Show all posts
Showing posts with label bosan. Show all posts

Monday, May 9, 2011

kerana 5 sungguh bermakna


saya adalah super pemalas mengupdate blog skang ni.
huks. kenapa? sebab saya layan channel 706 every single spare time that i have. wakakaka.
layan orang baking and cooking adalah best!
anyways, tokey batik mengada tag i kat entry dia. dan salah satu cari nak amik mood blogging adalah dengan menjawab tag. marilah!


5 tarikh penting :
  • 12 Februari
  • 10 Mei
  • 11 September
  • 2 Oktober
  • 11 Oktober

5 perkara yang dibuat semalam :
  • makan sushi
  • tengok tv
  • main dengan baby Alif 
  • lepak bawah kipas + aircond (panas weh)
  • tido

5 perkara buat saya gembira :
  • membuat orang lain gembira
  • apa yang dicitakan tercapai
  • cukup makan, cukup rehat, cukup ibadat
  • kamu, kamu, kamu
  • berpeluh

5 sebab jawab soalan :
  • DK suruh
  • saya bosan
  • amik mood blogging semula
  • rasa rajin
  • layan diri :P

5 kawan utk di tag :
  • kiera
  • suhana azlin
  • didi
  • um liyana
  • dan sesapa jua

ok done. 
mahu breakfast! sedang nervous kerana bakal membuat opening tuk KIK. 
bosan aaa. daaaaaaa





Wednesday, December 2, 2009

mencuba kelainan yang menceriakan

howdy!

saya sedang lunch dan takde perasaan nak makan pun.
so saya sedang mengodek2 browser kesayangan saya.
untuk pengetahuan korang, sebelum ni saya adalah pengguna setia Avant Browser. alasannya ia mudah digunakan, very sleek, professional dan tak banyak spyware.

semenjak adanya Google Chrome, yang pada mulanya tak nampak menarik langsung, hanya ada tiga warna rasminya iaitu merah, hijau dan kuning. tapi sejak saya menggunakan browser ini, saya dapati iainya sangat senang dan best untuk digunakan.


*click for larger image*
ini adalah contoh muka Google Chrome saya dengan beberapa laman kesukaan.
(omg.yahoo, my igoogle, berita harian online, my blog, x17online, TiC, Shopping Roll & YouTube)

selepas itu timbul pula kesukaan dengan kemudahan iGoogle. owh. ini memang best. you guys boleh customkan whatever you like kat page iGoogle tu. as for my self, saya ada beberapa gadget penting yang dah saya pilih untuk page iGoogle saya. antaranya ialah ToDo List, ikan peliharaan, turtle peliharaan (kedua-dua binatang ini korang jaga dan bagi makan), birthday reminder, my gmail inbox dan banyak lagi.


*click for larger image*
yang ni adalah contoh iGoogle saya. corak itu saya suka. agak klasik.


*click for larger image*
this is few of the choices yang kita boleh pilih untuk tukar layout iGoogle.

untuk binatang peliharaan tu kan, sebenarnya ada banyak sangat choice korang boleh pilih. sila explore ye. mula2 ikan saya tu semua kaler sama je. pastu saya tukar jadi warna warni. cuma masalahnya ialah bagi makan banyak2 pun dia tak gemok. hahaha.

so korang, apa tunggu lagi. jom lah kita tukar layout dan browser kita. bukan apa. time2 tension tu, tengok iGoogle syiok je kaler2. pastu bleh main ikan jap. main turtle jap. haha.

ok. itu je. have a nice day. hari ni sejok. saya nak layan benda lain jap sebelum waktu habis.
babai.

p/s: google tak bayar ape2 k. ini bukan advertisment. saja suka nak share. sebab best!

Wednesday, August 5, 2009

“I’m Addicted to Olay Game”

apapun yang terjadi, kita mesti rehatkan minda kita kan?
ahkon sama je cam korang, yang penting 'me time'. tak kisah korang suka buat ape.
tengok tv ke, baca buku ke,tido ke, layan jiwang ke, dengar lagu, main game...
ape2 je aaa. tapi untuk hilangkan stress skang ni, ahkon suka main ni.

haaa, sambil main sambil layan perasan cun sendiri ye kawan2.
senang je. macam main game online...Game ni adalah The Olay Game!
kat sini aku letakkan step2 untuk main game ni okeh!


1. Mula-mula korang taip www.findfairness.com. korang akan jumpa page bawah ni!


2. Korang register la dulu. sebab kalau dah main2 nanti, highest score boleh dapat hadiah. so masukkan la item2 yang diminta macam username, password, mobile no., birthdate dan banyak lagi. so lepas dah masukkan item2 itu tadi (jangan lupa email sekali ok, orang yang tade email takleh join uhuhu), korang perlu check inbox email yang telah di key-in dan perlu verify username dan password tadi. lepas itu dia akan bawa korang semula ke page di bawah ni. Masukkan Username dan Password macam biasa tau!


3. Page ketiga ataupun interface seterusnya korang akan jumpa yang ni. So bermula lah permainan korang. Ada 6 tempat yang boleh dikunjungi yang mengandungi 6 jenis game yang berbeza. Selain dari terus main dan mengumpul mata, korang boleh klik2 kat tempat2 tu dan dapatkan tips2 berkaitan fashion dan sebagainya. best sangat!


4. Contoh kalau korang klik mana2 6 item tu tadi, akan gerak lah ke sesuatu kawasan. dan dikawasan tu ada satu benda berkilat yang korang boleh klik untuk main game. contoh2 game adalah seperti di bawah ni:

Super Market
Basically korang jalankan model sepanjang dalam super market dan bagi dia vitamin dan supplement untuk kulit cantik!

Metro
Game ni plak korang jalan2 menuju ke Metro Station (stesen LRT la!) sambil2 mengelak dari panahan matahari seraya memakan vitamin. Lagi banyak korang makan vitamin, lagi sihat kulit korang!!!!!

Party House

This is my favourite game!!! Suka sangat main ni..hahaha senang gila nak main. hahaha cubalah. korang banyakkan eliminate vitamin, lagi banyak markah dan lebih sihat kulit. hiks.

So, cepatlah korang g main. Didi, Um, Aida, Adni, Encik Fendiosman, Pinat, Kiera, Eny dan yang lelain pun sila beat my score!!!!!! Jom la lawan saya. My score for the time being adalah 4498! so beat me guys. its only for my 20 minits of trying out the game okeh!!!!!Cari fairness anda melalui game2 yang best ini!


Oh, jangan main masa kerja!!! main lah selepas waktu kerja atau semasa waktu rehat!! atau pun malam2 sebelum tido macam saya! hik hik.



Wednesday, July 1, 2009

people are mean



i've read it in Kak Zura's blog. and i understand about it rite away.

"critics only comes when you’re ABOVE the crowd."

cuma tak pernah mengalah, tapi perlukan masa untuk mengubah perkara2 yang menjadi isu. dah nama pun manusia. macam itulah gayanya. ada saja yang tak kena. selagi kesenangan dan kegembiraan milik orang lain.

kedegilan membuatkan aku berjaya, kedegilan membuatkan aku tertekan. kedegilan buat aku puas. kedegilan memacu aku untuk ke arah kegemilangan. aku tak tau dan tidak mau tahu orang lain.

yang baik aku kekalkan, yang buruk aku buangkan. kalau yang buruk itu hanya pada mata yang rakus dengan dengki dah busuk hati. aku biarkan ia bernanah sendiri. lantaklah!

bosan dengan politikus ini.

p/s : saya nak makan Krispy Kreme...sanggupkah drive ke Times Square??huk huk jom lah. malas pikir!

Thursday, June 18, 2009

back off you super idiotic!

.
let say, you are this person. a confident human being.
.
you do your thang (thing) as perfect as you can.
.
you do accept yourself just a human, making mistake occasionally.
.
if one person trying to shove you down to the drain (atau lebih keji lobang tandas!!!) how would you feel?????
.
every person in this whole world have their own ability and speciality.
.
and you, yes you! you are a bragger. oh you are trying to make others feel bad. especially orang-orang yang tak kipas or bagi aircond kat hang! tak payah nak perli2 ok. tak pro langsung!!
.
if you are that GENIUS, you won't say things around like that!
.
i can't wait till the day. shoo you away from me. from my things
.
astagafirullahalazim....
ya allah, bantulah hamba mu yang lemah ini.
ada jugak orang sekeji ini yang sempat aku temui.
aku mohon kau berikan aku petunjukMu. jauhkan lah aku dari bala sebegini.
jangan kau heret aku ke lembah yang hina dan menjengkelkan ya allah
bantulah aku, tuhan yang maha mengasihani.
.
takpe, kata la apepun

(FOOT NOTE : saya sedang bz sangat skang ni, event rowing itu menyebabkan takleh nak fokus dah. nanti update lagi k. malam ni saya bloghop di rumah ok...dah la opis ni dah busuk. nak balik!!!)
.
.

Thursday, June 4, 2009

GO CLEAN YOUR ROOM!!!

aku tetiba rajin nak masuk contest. yang ni anjuran IKEA. saja je.
untuk yang pernah ke bilik aku, yang pernah meniduri katil aku (hahaha) korang boleh tolong untuk buat aku menang dan vote for me. go to my side bar, kat sebelah kanan ni ---->>>> click pada link itu.
since i am living with my parents and a brother, bilik pulak takde extra. so barang2 kat bilik aku dah terlalu horror. dengan 2,3 biji luggage bag (yang takde tempat nak letak), baju2 yang dah tak muat almari, kasut yang terpaksa diletakkan di dalam kereta (sendiri atau kereta ayah) dan buku2 yang makin bertambah dari sehari ke sehari!


untuk itu, sekiranya aku bertuah dan dengan 'ketikan' mouse korang dapat bantu aku dapat reorganise kembali bilik dan barang2 di bilik. alangkah baik dan nyaman nya...

bab sedekah barang tak payah la..aku dah puas bagi segala mak nenek barang yang ada!

so, ape lagi. go klik here and vote for yours truly eh!!!
oh, gambar2 hanya usaha2 aku untuk puaskan dan senangkan hati je untuk tido dengan suasana best. akibatnya, Aussino yang kaya!
so, dah, dah. g vote untuk cik Ahkon k!

Tuesday, June 2, 2009

am i the only one with 'mangkuk' ass?

.
lately ni ramai yang nak ke gym. among my frens la. saya rasa sangat gemuk dan tidak sihat tiba2. aja asik g swimming. begitu jugak maria. zurai memang la semakin kurus sejak bertunang sebab dia memang g gym every week! said kamis yang lelaki cute tu pun puasa every isnin kamis and never failed untuk jogging every saturday and sunday.
.
perut semakin menampung lemak yang berketul-ketulan hasil dari sarapan di mamak setiap pagi jam 6.30. walaupun saya bergerak mengalahkan lipas yang dikudungkan, tapi intake food setiap hari adalah lebih menakutkan. sentiasa lapar dan sentiasa bersedia untuk 'ngap' apa sahaja yang ada didepan mata adalah sangat teruk ok.
.
berbalik pada gym tadi. saya ada terfikir nak sign up jadi member mana-mana pusat gym. korang rasa macam mana? dengan bebanan tugas yang tak menentu, waktu kerja yang cukup tak anjal. bilakah masanya saya nak ke gym dan berpeluh? mungkin cukup dengan ke gym di KBS?
.
bila terdengar ramai member2 yang sign up membership gym ni, hati tertanya plak. do you have any other intention selain nak workout? rata-rata jawapannya ialah ya. waaaa, takut tak?takut tak? hihi
.
banyaknya reason adalah untuk mengisi masa lapang. dalam erti kata lain, gi gym boleh hilangkan masalah tu sekejap. workout akan merembeskan peluh (enzim endorfin) yang mana boleh membuatkan kita lebih happy. selain dari badan sihat dan tegap, bagi mereka2 yang ada bf/gf atau suami/isteri yang sibuk dapat elakkan dari menggatal ke tempat lain. oh silap, mungkinkah mereka akan berjumpa dengan jejaka2 sasa dan gadis2 pejal? hahaha. tapi saya rasa di kalangan memember tu kan, gym adalah escapism. maybe di umur sebegini, life yang hectic kita tak larat nak kejar, so gym tu boleh jadi tempat lepas geram. ye ker?
.
entahlah, memandangkan kehidupan sekarang lebih kepada penyelesaian isu-isu middle life crisis dan kebosanan tahap gaban, maka saya bercadang untuk menerapkan gaya hidup lebih sihat selepas ini. bukan hanya kerja, laptop, streamyx, shopping, katil, buku.
.
ada tak cadangan untuk ke mana2 gym??? semalam shahrul (one of my bestie) ajak join fitness first. cam menarik! tengok lah...check package dulu kat few gym yang ada sekitar kl, then sesuaikan dengan jadual hari2. tak pun layan wiken. ok kan?? so if korang ada cadangan mana-mana gym yang bagus, korang dah penah jadi ahli, cepat2 bitau saya k! tak larat nak menanggung kebosanan ini.
.
terima kasih in advance!!
.
XoXo
. .

Friday, May 29, 2009

Office Mode

.
malam semalam tido awal - penat kot

hari ni jumaat, lunch hour
.
yantie kat opis? hah! kebosanan...:(
.
kirim Hajar - McDonalds Chicken Nugget, Strawberry Sundae & Kertas A4 (kami ada masalah kertas yang kritikal, salah siapa? LU PIKIRLAH SENDIRI
.
meeting @ 5 p.m.
.
late dinner with the girls (maybe)
.
.
.

Tuesday, May 19, 2009

jom nyanyi

.
tips menggelakkan stress di pagi hari : NYANYI LAH!
(tak kiralah lagu apepun, nyanyi je - dan jangan lupa sengeh)
.
ALEXA - JANGAN KAU LEPAS
.
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini

oh..
Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini

oh..
Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
.
.

Monday, April 13, 2009

bila rasa pening kepala...

.
ada ubatnya kawan-kawan....ni hah!!!! gi kat internet browser korang dan taip : http://www.friv.com/. mainla bape banyak game yang korang nak main. dalam bosan2 kat opis ke, dah habis bloghop dan taktau nak buat ape dan bila2 korang free dan rasa nak main game lah. klik je memane game yang korang berkenaan. best woo....
.
.
have fun babe!!!
.
xoxo
.
.

Wednesday, April 1, 2009

kena mengena?

.
erm. hari ni 1st April also known as April Fool.
.
April Fools' Day or All Fools' Day, although not a holiday in its own right, is a notable day celebrated in many countries on April 1. The day is marked by the commission of hoaxes and other practical jokes of varying sophistication on friends, family members, enemies, and neighbours, or sending them on fool's errand, the aim of which is to embarrass the gullible. Traditionally, in some countries, the jokes only last until noon: like UK, Australia, New Zealand and Canada, someone who plays a trick after noon is called an "April Fool".[1] Elsewhere, such as in Ireland, France, and the USA, the jokes last all day.
saya kena jugak. dengan tak disangka, mak ngah kirimkan email dengan tajuk 'Anak Erra Fazira, 4.05 kg'. dengan tidak syak ape2, saya terus download attachment. sekali dapat lah gambar budak kecik tengah dok gelak2. tulisan April Fool besar gila. haissshh..
.
how's your day mate?
.
.
p/s : saya rasa nak lempang orang ni....eiii sakit hati!!!
.

Monday, March 23, 2009

a weekend of BOREDOM and STARDOM?

.
yeah. i was laying low last weekend. why? cause everybody were not around. Min balik kampung, Um bz, Didi confirm balik Shah Alam. huhu
.
first and foremost, i am so sorry to Lin for not attending Mya's akikah. sorry babe, last minit mak aku cancel, dia kata seremban jauh sangat.
.
so i ended up snuggle up in bed from morning to noon to evening of saturday. muka pun jadi mandom dan lesu kerana tidak dapat matahari. huhu
.
Ahad pagi, mak kejut awal2 lagi for breakfast and aroun 10 am we were already reach Pusat Kraf Malaysia at Jalan Conlay. Kraftangan Malaysia are having Hari Kraf Kebangsaan starting March 19th to March 30th. Jom g ramai2!!!!!! (more info click here : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia)

.
.
we went straight to the Batek area. Sangat cantik, sangat best. dari yang biasa hinggalah yang luar biasa corak2 yang ada. Songket pun ada. nak yang RM200, RM800, RM1500 dan yang paling mahal sempat tanya dan pegang semalam RM3800.
.

.
I realized that not only they sell all those crafts but there are also demonsrations. of wood craft, handcraft, batek, silver, glass etc.
.
.
memandangkan saya ni baru jugak balik dari merayap2 ke sekitar asean (bandung and singapore trip), saya merasa bangga kerana kita tak perlu carik barang2 yang bagus dan baik di luar negara, tapi semuanya ada di Malaysia. its true, Malaysia Truly Asia. tak perlu cari jauh, di Melaka ada ukiran tepak sireh pewter yang sangat cantik, di Langkawi ada perusahaan kristal, di Perak ada perusahaan ukiran getah yang halus buatannya. itu tak termasuk hasil2 seperti rotan, buluh, mutiara dan sebagainya. i am so proud okeh!
.

demo - organic dye for batek
.
demo - polishing your silver goods
.

demo - how to make ur own parang
.
demo - abang Glass bersama Igloo ajaib
.
so pada korang yang tak berkesempatan lagi untuk pergi, jangan risau. still ada masa. sampai 30 Mac ni. so, pergilah berkunjung ke Pusat Kraf Jalan Conlay untuk mendapat lebih banyak info. bukan setakat untuk membeli je tau!
.
ahad petang pulak, sementara menunggu Mak Ngah ku yang tidak jadi datang, saya layan lagi SATC atas katil. dalam kul 6 lebih, bosan sangat dah, saya ajak mak g Alamanda. tak beli apa pun. jalan2. haus dan teringin nak makan d(o)nuts, ajak la mak ke Big Apple. tengah nak bayar, dengar budak2 cashier tu bising2. rupanya adik Dafi tu datang nak beli donut. kenal tak dafi? ala yang anak Menteri KBS tu, penah masuk AF5 kot kalau tak silap and skang ni lebat dengan iklan. hihihi. chomel budaknyer. serious! macam nak picit2 muka dia sebab cute gila. hahaha.
.
so balik rumah malam tu, layan dvd jap and trus tertido. pagi ni ngadap balik kerja2 ni. huhu. sadisnya hidup. kah kah kah.
.
so, how was ur weekend? feel free to share with me.
.
love,
.
.

Saturday, March 21, 2009

orang yang kita sayang..


Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji..
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuat kita terkeliru...
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka..
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuat kita terkilan...
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis..
Dan selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan ianya hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan...

Friday, March 13, 2009

teka teki bersama cik ahkon

.
morning love!!! pagi2 ni jom pecahkan otak nak..ala tak susah, nak mintak korang jawab apekah benda ini je...
.
.
jawablah............
.
.
.

Monday, March 9, 2009

ulat buku yang kehabisan idea

.
saya sudah bosan dengan dvd pada malam hari. pusing2 dengan dvd indonesia, english dan korea. saya mahu tukar angin. dah 2 ke 3 bulan saya tak beli buku. saya nak beli buku yang buat saya tidak bosan. bila surf, saya ada jumpa buku2 baru dari paulo coelho dan tony parsons. tapi kena pre-order sebab datang nya hanya pada bulan April dan Mei...waaa...nak sekarang!!!!!
.

.
tapi di pejabat, Dato' mahu kami baca Instruction to Deliver or Sense of Urgency. buku Instruction to Deliver tu saya masih belum jumpa lagi. dah carik di Times Bookstore dan MPH. cuma masih belum berkesempatan nak ke Kinokuniya. *sigh*
. .
saya nak buku barulah! ada sape2 nak belanja?? hahaha

.

Wanita dan Emosi

.
Emosi. Ia akan selalu dikaitkan pabila 'si dia' datang every month. Walaubagaimana pun, bukan hanya kerana lawatan 'si dia' menyebabkan seorang wanita itu beremosi. Women is a creature full will emotion. bukan sahaja emosi sedih, gembira, suka dan sebagainya, tapi kami ini dilahirkan dengan warna-warni emosi dalam diri.
.
tapi tidak dapat menolak gejolak hormon dalam diri semasa 'si dia' datang menjenguk setiap bulan. bukan datang berseorangan tetapi bersama dengan pakej buah tangan nya bersama. tatkala itu, perasaan mulai tidak tenteram, segalanya serba tak kena. bukan tidak mampu untuk menghalang atau mengawalnya, tetapi entahlah. sepatutnya perasaan tidak boleh mengatasi akal fikiran kerana bak kata orang-orang lama 'ikut hati, mati. ikut rasa, binasa'. menonton kisah-kisah wanita seperti Desperate Housewife (DH), Sex and The City dan sebagainya membuatkan analisa berkenaan emosi yang berlaku di kalangan wanita semakin menarik.
.
biasanya angin emosi ini lebih teruk pabila saat 'hormones raging' bila 'si dia' nak datang. Dalam season 4 DH, Susan (Teri Hatcher) dalam keadaan pregnant yang menangis setiap kali berlaku apa2 yang dirasakan menyentuh perasaannya. Lawak pun ada, tah apa2 pun ada rasanya. hihi 'Blame the Hormones'. apa yang berlaku adalah tanpa diduga atau boleh dibaca. walaupun tuan punya badan sendiri. ia boleh terjadi beberapa hari atau seminggu sebelum 'si dia' hadir. perasaan nak marah, berangin, emosi terganggu itu adalah perkara biasa. tapi apabila ia datang dengan sejuta masalah harian seperti isu pejabat, isu keluarga, isu boyfriend, isu rakan-rakan dan sebagainya, ia lebih bertambah buruk.
.
bila dihimpit pelbagai rasa, mulai air mata mengalir deras di pipi, kata-kata ketidaksabaran mula keluar dari mulut manis itu dan to the extend banyaklah benda2 merepek yang jadi. selalunya melibatkan emosi.
.
ada seorang kawan menggelarkan rakan rapatnya 'Mosi' iaitu singkatan untuk emosinya yang selalu terganggu. well, sengaja atau tidak, emosi dan wanita seakan soulmate. jangan diusik hati perempuan itu kerana apa yang berlaku mungkin menjadi tanda ingatannya sepanjang hayat. pandangan peribadi saya, seorang wanita tidak meminta pasangannya lebih dari kasih sayang dan perhatian. dan permintaan itu tidak akan berlaku setiap saat, setiap hari. ada ketikanya mereka perlukan perkara2 itu berlaku di luar jangkaan. seorang rakan saya menggelarkan pasangannya digelar 'kayu'. maybe pasangannya itu tidak fasih menunjukkan rasa kasih dan sayang. tetapi ada masa2nya dia bertindak lebih dari apa yang dirasakannya mampu. ada juga yang mempunyai ramai peminat, yang mana seperti kata Seniwati Sarimah dalam filem Tiga Abdul 'sekali ketik, sepuluh yang datang tau!'. walaupun begitu, wanita itu tidak perlukan attention sebegitu daripada ramai lelaki. percaya atau tidak, mungkin dalam 10 orang yang berada dalam list itu, hanya satu yang diharapkan dapat memenangi hatinya. wanita juga setia. mungkin dalam zaman teknologi serba canggih ini ramai lelaki yang mengatakan wanita masa kini lebih mudah berpaling tadah. itu tidak akan terjadi sekiranya pasangannya itu tidak mengambil remeh soal hati dan perasaannya. hihi. jangan lupa satu perkara. dia mungkin menunjukkan ketidakadaan perasaanya tetapi 'she maybe will forgive, but she will never forget'. bukan pendendam tetapi untuk ingatan dan pengajaran di masa akan datang.
.
untuk jejaka di luar sana, hargailah wanita2 di sekeliling anda. kerana walaupun emosi penuh sebadan, tapi itu lah makhluk yang dijadikan tuhan untuk melengkapi hidup tuan-tuan semua.
.
to all women in the world : "Selamat Menyambut Hari Wanita, 8 Mac 2009."
.
terlambat sikit wish sebab semalam meraikan hari penuh bermakna Cik Zuraida Mansor yang telah selamat melangsungkan pertunangan dengan Encik Basiq pada tanggal 8 Mac 2009 (semalam). i'll update more on the story later k! have a nice holiday today ya! jangan malas masuk kerja esok :P. cukup untuk repekan kali ini! saya nak sambung tido dan tengok dvd! love ya'll!!!!
.
xoxo
.
.