Showing posts with label everyday. Show all posts
Showing posts with label everyday. Show all posts

Wednesday, April 28, 2010

perjalanan pagi ini

memang macam2 benda boleh berlaku. you never know.
macam tadi. macam biasa, lepas layan Ally Iskandar MHI kat TV3 dan Whose Line Is It Anyway, saya terus gerak untuk ke pejabat. 

1. budak sekolah

naik lif dengan budak sekolah yang chomel2 dan bulat2. chomel je. smart ngan rambut penuh ngan minyak. melepek. sebab nak smart kan. tapi i wonder. dulu saya pegi sekolah saat2 matahari pun tak nampak lagi. gelap je. masa sekolah rendah lagi lah. subuh dah sampai sekolah. takut je. tunggu kawan2 datang, baru la ligat main galah panjang before bell ring (ayat dulu2). budak2 Putrajaya ni, semua g sekolah lepas 7.20 pagi. memang dah terang sangat lah masa tu. mungkin kerana jarak antara rumah (kuarters) dengan sekolah diorang dekat agaknya. saya dulu memang lah, rumah kat Sri Rampai, Setapak, sekolah rendah kat Jalan Kuantan (depan Tasik Titiwangsa). mananya tak awal sampai. mak ngan ayah kerja di tengah2 bandar KL, kalau lewat memang merah la punch card. nak hantar adik lagi kat umah Mak Noriah. then, naik sekolah menengah pun, even rumah di Fasa 9 Sri Gombak dan sekolah di Fasa 4 (kot) yang hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai, pun masih lagi ketika gelap2 suam saya dah sampai sekolah. sama jugak. mak and ayah still kerja di KL dan mereka hantar saya awal. bila dah pandai naik bas, baru la g sekolah ngan member2. tapi ok ape. datang awal. ntah. saya rasa dengan sampai awal, lebih banyak preparation kot boleh buat. kalau ada buku tinggal ke, apa ke, still boleh lari balik rumah. atau sekarang ni budak2 sekolah masuk sekolah kul 7.45 pagi? hehehe. saya tak tahu.

2. eksiden dan gangster jalanan

erm. not sure tadi kat traffic lite simpang empat presint 11 tu eksiden ke ape. yang pasti, seorang pakcik yang membawa estima tetiba keluar dari kereta dan mengetuk tingkap kereta myvi di hadapannya. dengan gaya agak marah lah. myvi itu buat bodoh dan terus u-turn walaupun lampu traffic itu tidak membenarkan. apa lagi, pakcik estima pun berlari masuk balik ke kereta dan terus mengejar myvi itu. nasib kedua-duannya tidak pula saya ketahui. sebab mungkin diorang bertumbuk ke apa. apa yang bermain dalam kepala saya ialah maybe myvi itu membawa secara merbahaya dan menyebabkan pakcik estima marah atau dia terlanggar ke apa ke. saya harap dua-dua ok. 

3. siaran radio

macam yang korang tahu (kalau yang agak rajin baca blog ni la) saya memang penggemar Fly.fm. pagi ni pun dengar si Ben dengan Phat Phabes bergaduh pasal cara nak menyebut perkataan ni > AWRY.

si Ben kata cara sebutnya ialah : oooh-rie
Phabes pulak kata : aa-rai

saya dah semak melalui google. ini jawapan dia. (klik).nak confirm lagi, klik sini.
dan sebutan yang betul ialah sebutan Phabes iaitu aa-rai.
saya pun sebenarnya ingat sebutannya ooh-rie. tapi tidak.


ok. tu jelah untuk pagi ni.
entry bergambar yang super banyak masih lagi tiada mood. 
nanti lah. 

have a nice day!



Tuesday, April 20, 2010

terbang lagi



kali ini ke hujung sebelah bawah pula. eermmm. ada laut!!! me likey. wish me luck and well. akan tiada connection (internet) sehinggalah khamis ye. sila call jika ada apa2. :)

p/s :
1. masih tidak sempat nak update cerita Penang dan Family Day.
2. saya super bz. sorry.
3. Malaysia Airlines ni memanglah! saya geram tau. tak boleh check in dari semalam!!!!

Tuesday, March 23, 2010

cerita pagi



berada di Putrajaya, korang akan dapat lihat tak ramai bangsa lain selain Melayu. maknanya majoriti populasi penduduk di Putrajaya adalah bangsa Melayu. Mengikut statistik dari Perbadanan Putrajaya (tahun 2007-2008) penduduk di Putrajaya adalah seramai 53,168 penduduk. dan rasanya dalam lingkungan 70% (atau lebih) adalah Melayu. 

so, menjadi salah seorang daripada 53, 168 tersebut sejak berpindah ke Putrajaya pada hujung 2005, saya dah duduk di kuarters apartment p11 itu dari awal2 pindah. ye. saya dah jadi warga Putrajaya selama (hampir) 5 tahun dah! and i've been meaning to write about this particular matter gazillion years ago. hahaha. 

ceritanya adalah mengenai satu keluarga berbangsa India yang tinggal di apartment saya itu. mereka (the husband & wife) ada dua orang anak teruna dalam lingkungan umur 8 tahun dan 5 tahun. and almost everyday bila naik lif, saya akan naik bersama-sama dengan family ni. kadang2 dengan bapa mereka kadang2 dengan mak je. yang menariknya adalah penggunaan bahasa mereka. mereka berbangsa India yang obviously menuturkan bahasa Tamil sebagai mother tongue, tapi anak-anak itu sangat fasih berbahasa Melayu. tidak pernah sekali pun saya dengar anak-anak itu bertutur dalam bahasa Tamil. maybe diorang sekolah di Putrajaya dengan medium bahasa Melayu tapi bila conversation antara ibu bapa dan anak2 itu berlangsung, parents dengan bahasa Tamil, anak-anak dengan bahasa Melayu. tidak pelat dan sungguh comel! 

memetik sedikit perbualan mereka pagi tadi bermula saat mereka masuk lif (saya dah berada dalam lif dari tingkat 17) :

2nd Son : eh, ada sorang je dalam ni.
mother : (bahasa Tamil)
1st Son (berada di belakang saya dan tanya mak dia pasal apa tah) : Ama, ape ni?
father : syhhhhh. (bahasa Tamil)
mother : (bahasa Tamil)
2nd Son : hey, cakap bahasa Melayu lah. 

masa ni, aku dah nak tergelak sorang2. sebab budak tu super chomel! bukan sebab dia marah parents dia, tapi sebab dia sangat fasih. ni bukan lah kali pertama aku dengar diorang cakap BM, tapi dah banyak kali. cuma pagi agak kelakar sebab ni first time dia 'sound' direct. hahahahaha. tapi sangat best lah. serius. ramai je rakyat Malaysia yang gagal bertutur dalam BM sebenar termasuklah bangsa Melayu sendiri. kebanyakan orang Melayu skang nak ajar anak2 mereka (dari baby ye) bertutur dalam bahasa Inggeris. tapi BM lintang pukang. hahaha. 

oh! saya sangat tidak pandai bercerita dengan perkataan. takpelah perkara itu sangat menceriakan pagi saya! apepun, cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa. ia hanyalah coretan berkenaan betapa saya excited dengan kebolehan dua budak itu. super kiut! :D i like!