Wednesday, April 28, 2010

perjalanan pagi ini

memang macam2 benda boleh berlaku. you never know.
macam tadi. macam biasa, lepas layan Ally Iskandar MHI kat TV3 dan Whose Line Is It Anyway, saya terus gerak untuk ke pejabat. 

1. budak sekolah

naik lif dengan budak sekolah yang chomel2 dan bulat2. chomel je. smart ngan rambut penuh ngan minyak. melepek. sebab nak smart kan. tapi i wonder. dulu saya pegi sekolah saat2 matahari pun tak nampak lagi. gelap je. masa sekolah rendah lagi lah. subuh dah sampai sekolah. takut je. tunggu kawan2 datang, baru la ligat main galah panjang before bell ring (ayat dulu2). budak2 Putrajaya ni, semua g sekolah lepas 7.20 pagi. memang dah terang sangat lah masa tu. mungkin kerana jarak antara rumah (kuarters) dengan sekolah diorang dekat agaknya. saya dulu memang lah, rumah kat Sri Rampai, Setapak, sekolah rendah kat Jalan Kuantan (depan Tasik Titiwangsa). mananya tak awal sampai. mak ngan ayah kerja di tengah2 bandar KL, kalau lewat memang merah la punch card. nak hantar adik lagi kat umah Mak Noriah. then, naik sekolah menengah pun, even rumah di Fasa 9 Sri Gombak dan sekolah di Fasa 4 (kot) yang hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai, pun masih lagi ketika gelap2 suam saya dah sampai sekolah. sama jugak. mak and ayah still kerja di KL dan mereka hantar saya awal. bila dah pandai naik bas, baru la g sekolah ngan member2. tapi ok ape. datang awal. ntah. saya rasa dengan sampai awal, lebih banyak preparation kot boleh buat. kalau ada buku tinggal ke, apa ke, still boleh lari balik rumah. atau sekarang ni budak2 sekolah masuk sekolah kul 7.45 pagi? hehehe. saya tak tahu.

2. eksiden dan gangster jalanan

erm. not sure tadi kat traffic lite simpang empat presint 11 tu eksiden ke ape. yang pasti, seorang pakcik yang membawa estima tetiba keluar dari kereta dan mengetuk tingkap kereta myvi di hadapannya. dengan gaya agak marah lah. myvi itu buat bodoh dan terus u-turn walaupun lampu traffic itu tidak membenarkan. apa lagi, pakcik estima pun berlari masuk balik ke kereta dan terus mengejar myvi itu. nasib kedua-duannya tidak pula saya ketahui. sebab mungkin diorang bertumbuk ke apa. apa yang bermain dalam kepala saya ialah maybe myvi itu membawa secara merbahaya dan menyebabkan pakcik estima marah atau dia terlanggar ke apa ke. saya harap dua-dua ok. 

3. siaran radio

macam yang korang tahu (kalau yang agak rajin baca blog ni la) saya memang penggemar Fly.fm. pagi ni pun dengar si Ben dengan Phat Phabes bergaduh pasal cara nak menyebut perkataan ni > AWRY.

si Ben kata cara sebutnya ialah : oooh-rie
Phabes pulak kata : aa-rai

saya dah semak melalui google. ini jawapan dia. (klik).nak confirm lagi, klik sini.
dan sebutan yang betul ialah sebutan Phabes iaitu aa-rai.
saya pun sebenarnya ingat sebutannya ooh-rie. tapi tidak.


ok. tu jelah untuk pagi ni.
entry bergambar yang super banyak masih lagi tiada mood. 
nanti lah. 

have a nice day!



1 comment:

thesweetlittlecat said...

i olso sebut awry as ooh-rie! malu siott.. hehehe.. bgs2, blaja diction pg2 ni..