Tuesday, March 23, 2010

cerita pagi



berada di Putrajaya, korang akan dapat lihat tak ramai bangsa lain selain Melayu. maknanya majoriti populasi penduduk di Putrajaya adalah bangsa Melayu. Mengikut statistik dari Perbadanan Putrajaya (tahun 2007-2008) penduduk di Putrajaya adalah seramai 53,168 penduduk. dan rasanya dalam lingkungan 70% (atau lebih) adalah Melayu. 

so, menjadi salah seorang daripada 53, 168 tersebut sejak berpindah ke Putrajaya pada hujung 2005, saya dah duduk di kuarters apartment p11 itu dari awal2 pindah. ye. saya dah jadi warga Putrajaya selama (hampir) 5 tahun dah! and i've been meaning to write about this particular matter gazillion years ago. hahaha. 

ceritanya adalah mengenai satu keluarga berbangsa India yang tinggal di apartment saya itu. mereka (the husband & wife) ada dua orang anak teruna dalam lingkungan umur 8 tahun dan 5 tahun. and almost everyday bila naik lif, saya akan naik bersama-sama dengan family ni. kadang2 dengan bapa mereka kadang2 dengan mak je. yang menariknya adalah penggunaan bahasa mereka. mereka berbangsa India yang obviously menuturkan bahasa Tamil sebagai mother tongue, tapi anak-anak itu sangat fasih berbahasa Melayu. tidak pernah sekali pun saya dengar anak-anak itu bertutur dalam bahasa Tamil. maybe diorang sekolah di Putrajaya dengan medium bahasa Melayu tapi bila conversation antara ibu bapa dan anak2 itu berlangsung, parents dengan bahasa Tamil, anak-anak dengan bahasa Melayu. tidak pelat dan sungguh comel! 

memetik sedikit perbualan mereka pagi tadi bermula saat mereka masuk lif (saya dah berada dalam lif dari tingkat 17) :

2nd Son : eh, ada sorang je dalam ni.
mother : (bahasa Tamil)
1st Son (berada di belakang saya dan tanya mak dia pasal apa tah) : Ama, ape ni?
father : syhhhhh. (bahasa Tamil)
mother : (bahasa Tamil)
2nd Son : hey, cakap bahasa Melayu lah. 

masa ni, aku dah nak tergelak sorang2. sebab budak tu super chomel! bukan sebab dia marah parents dia, tapi sebab dia sangat fasih. ni bukan lah kali pertama aku dengar diorang cakap BM, tapi dah banyak kali. cuma pagi agak kelakar sebab ni first time dia 'sound' direct. hahahahaha. tapi sangat best lah. serius. ramai je rakyat Malaysia yang gagal bertutur dalam BM sebenar termasuklah bangsa Melayu sendiri. kebanyakan orang Melayu skang nak ajar anak2 mereka (dari baby ye) bertutur dalam bahasa Inggeris. tapi BM lintang pukang. hahaha. 

oh! saya sangat tidak pandai bercerita dengan perkataan. takpelah perkara itu sangat menceriakan pagi saya! apepun, cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa. ia hanyalah coretan berkenaan betapa saya excited dengan kebolehan dua budak itu. super kiut! :D i like! 




11 comments:

Dd LaLa said...

kawan cina saya kalau cakap melayu tak reti nak bahasakan dirinya "saya" tapi "aku" memanjang walaupun cakap dgn orang tua.

bunyi macam kurang ajar tapi nak wat cam na...itu je dia reti. but i'm proud of him at least he can speak fluent bahasa despite aku is the only kata nama yang sesuai dgn diri dia.

hehehe...

didi said...

oh,shah alam lagi la best. oleh kerana majoritinya jauh lebih banyak org melayu, dkt sekolah pun mungkin 10% less je bangsa lain.

and all the chinese and indian adalah sangat fasih.

sampai ada yang cakap 'inya allah' atau 'alhamdulillah' sebab dah terbiasa.

hehe.

at.y yazit said...

i loike dis topic. nk share jugak. my other half sb dh terbiasa sgt keje ngn chinese (dulu) and slalu deal business ngn chinese (now) dia ckp pun ikut lenggok chinese. plg kelakar adalah when he was dealing w this chinese dude yg ckp melayu sgt fasih aku ingat dia melayu berkulit didi ( :p, cerah la tu). so while dis chinese dude was explaning stuffs in BM dgn fasihnya, my other half ni dok sebok add in 'mah, mah' at d end of his sentences, siap lintang-pukangkan ayat BM dia. aku pulak jd konfuse siapa cina siapa melayu. lps aku tegur dia, dia kata 'haah la. dh terbiasa sgt ckp camtu ngn org cina'
i guess its d environment. aku pulak bila nk ckp BM kat opis jd kekok. cos over here, im d minority tu. i always get refered to as 'ooo budak perempuan marketing yg melayu tu kan?' yup, cos im d only malay. hehe. but it does add colors to life, aint it? :)

hade said...

ahkon,

ala..apa pelik ahkon..nanti 5 tahun lagi ahkon akan dengar kanak2 africa ckp bahse melayu...and mak dia ckp bahse african..masa tu lagi la kelaka nye..ye lah malaysia kan masyarakt majmuk..

tapi x la sy samakan indian,chinese and races laen, kalau kat kelantan..org cina siap ckp loghat kelate lagi..ha2..memang kelaka and best..well di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.

didi said...

'melayu berkulit didi'?

sounds like a skin disease.

or aku peluk dia sangat kuat sampai aku telah menyarung dan sebati dgn kulit dia.

nak tau lagi chumel?
time kat upm ada 2 best fren dalam kelas aku; a chinese guy and an indian guy. both dari kelantan. so they speak to each other in kelantanese je.

CHUMEL OKAY!

hade said...

Didi,,

ye ke..waa, tentu lawak

Mursapap said...

Shah Alam tumpah darahku.

Kirim salam 'Hi' dengan budak dua orang tu. Kata ade secret admirer.

swit@kon said...

Dd LaLa,

hahaha. betul2. ada tu yang pelat melat. tak reti langsung. ok lah tu at least bleh aaa cakap. ni yang menjadi best sebab budak2!

swit@kon said...

didi,

ada gak kawan2 aku yang bukan muslim pun memang ayat2 diorang tu biasa dah. hahaha

swit@kon said...

at.y yazit

orang melayu memang. kalau orang KL pegi Kedah, dia nak cakap kedah. if g kelantan nak kecek kelate. g negeri sembilan keluar aaa minang. tapi yang nak cakap cina tu memang lawak! hahaha

orang berkulit didi? hahaha

swit@kon said...

Mursapap,

ko kenal ke? hahaha soalan aku tetibe