Showing posts with label jerawat. Show all posts
Showing posts with label jerawat. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

kawah bulan



since Ramadhan, masuk ke Syawal. saya ada masalah baru melanda diri saya. entah kenapa dan dimana asalnya saya tak tahu.

selama ini Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang ok. ada la jerawat sebiji dua apabila Auntie Flo datang menziarah. tapi sejak dua tiga bulan ini, bijian kecil dan membawa kepada jerawat yang begitu besar dan sakit adalah banyak terutama di bahagian dahi saya. sedih sangat. kering yang jerawat halus atau jerawat nasi, datang lagi beberapa biji. bila datang saja yang besar, mulalah rasa tidak selesa terutamanya semasa solat. saat sujud dan jerawat batu kena pada permukaan sejadah, rasa nak nangis.

maybe korang rasa saya exaggerate, tapi ini betul. sakit sungguh bila dia bengkak. selalunya jerawat saya datang dan pergi. ini tidak. pergi yang sebelah kiri, tumbuh pulak sebelah kanan. sakit plak tu.

nak kata saya bertukar produk kecantikan, tidak pula. saya masih kekal memakai penjagaan kulit muka dengan brand Loreal itu. cuma semasa hari lahir tempoh hari mak menghadiahi saya compact powder yang baru. memang seronok pakai, sangat halus dan menutupi noda-noda halus di muka. sejak itu, timbul bijian halus. waaa. adakah kerana pemakaian bedak mahal itu tidak sesuai dengan kulit saya?

atau mungkinkah kerana saya kehilangan berat badan mencecah 6kg menyebabkan nutrien dalam badan semakin tiada? mungkin juga kerana tidak cukup tidur atau pengudaraan di bilik yang tidak elok? perlukah saya makan Innershine Prune Essence kembali untuk mengembalikan keserian wajah saya? Ececece. Tolong!!! Siapa ada tips2 yang baik untuk kulit...help.