Thursday, October 21, 2010

kawah bulan



since Ramadhan, masuk ke Syawal. saya ada masalah baru melanda diri saya. entah kenapa dan dimana asalnya saya tak tahu.

selama ini Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang ok. ada la jerawat sebiji dua apabila Auntie Flo datang menziarah. tapi sejak dua tiga bulan ini, bijian kecil dan membawa kepada jerawat yang begitu besar dan sakit adalah banyak terutama di bahagian dahi saya. sedih sangat. kering yang jerawat halus atau jerawat nasi, datang lagi beberapa biji. bila datang saja yang besar, mulalah rasa tidak selesa terutamanya semasa solat. saat sujud dan jerawat batu kena pada permukaan sejadah, rasa nak nangis.

maybe korang rasa saya exaggerate, tapi ini betul. sakit sungguh bila dia bengkak. selalunya jerawat saya datang dan pergi. ini tidak. pergi yang sebelah kiri, tumbuh pulak sebelah kanan. sakit plak tu.

nak kata saya bertukar produk kecantikan, tidak pula. saya masih kekal memakai penjagaan kulit muka dengan brand Loreal itu. cuma semasa hari lahir tempoh hari mak menghadiahi saya compact powder yang baru. memang seronok pakai, sangat halus dan menutupi noda-noda halus di muka. sejak itu, timbul bijian halus. waaa. adakah kerana pemakaian bedak mahal itu tidak sesuai dengan kulit saya?

atau mungkinkah kerana saya kehilangan berat badan mencecah 6kg menyebabkan nutrien dalam badan semakin tiada? mungkin juga kerana tidak cukup tidur atau pengudaraan di bilik yang tidak elok? perlukah saya makan Innershine Prune Essence kembali untuk mengembalikan keserian wajah saya? Ececece. Tolong!!! Siapa ada tips2 yang baik untuk kulit...help.





9 comments:

my-name-is-dk said...

bedak sejuk..dr kedah..kaler pink..n wangi.. :)

suhana azlin said...

emm..maybe juge bedak jenama couture itew tidak seswai la beb..sayangnyerrr....

1st, stop pakai bedak tersebut. then cari produk hilangkan jerawat yg berantiseptik utk bunuh kuman2 jerawat. amalan memakai bedak sejuk pun dapat membantu, my feveret-bedak sejuk gamat from langkawi, elok utk jerawat dan resdung. kalau nk sila ke rumah emak saya, ada byk stok disitu. =)

nishashburn said...

gallons of water will do the trick ;)

swit@kon said...

my-name-is-dk,

bak sikit!

swit@kon said...

suhana azlin,

sedih tak? kulit hanya mampu menerima bedak maybelline rm15 sahaja. haih.

aku dah stop. kering sikit. tapi pms naik balik. waaaaaaaaaaaa kena g bangi ni amik bedak kat umah mak kau!!!

swit@kon said...

nishashburn,

sudah minum air banyak smp asik p toilet je k. :(

didi said...

I think its just hormones la babe. My mum dah 40 plus baru starrt ada jerawat okay? Kelakar pulak. haha

Get enough beauty sleep.
Dont stress about it.

Mursapap said...

Weh, aku nak turun 300gm pon payah, ko turung 6 kg. Apa ini aci?

Tips: Drinks load of water. Stop on the powder just for a while. Wash face with warm water.

Angin Selat Melaka said...

Hai...
U ada ckp u persilakan untuk bagi sedikit tips tentang pengembalian seri wajah. Well, di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai cara mengembalikan keserian wajah yang asyik dok pudar hari demi hari tuh...rujuk sini:

Petua Keserian Wajah

Harap2 info di sana dpt sama2 memeriahkan lagi industri kecantikan tanahair(net). Tq.