.
aku dan min dalam keadaan menghampiri peristiwa 'sebulan sekali'. didi sekali agaknya. so kami memang berhanginan dua tiga hari ni. lunch tadi aku, min dan um ke Sushi King Alamanda. Kesibukan hari membuatkan aku letih. mujur dah selesai makan tengah hari selepas event Puspanita jam 11.
.
Um agak lewat, aku dan min sampai dulu dan order 2,3 benda. min order california roll dan tori karaage. selalunya bila makan di sushi ni, kami memang puasa hati. service tip top dan cepat juga sedap. hari ni memang budak sushi tu nasib tak baik ke atau ape ke. cik min tu memang tgh hangin, dah la benda2 yang diorder lambat, tak fresh plak tu. roll yang dibaginya dah soggy dan ayam kat tori karaage tu sejuk gila! and the best part ialah budak 4 orang yang datang lepas 10 minit dari kami dapat dulu!!!!
.
bak kata waheeda, sarang tebuan jangan dijolok! (hahaha *matila...larikssss*). bila kami cakap dengan budak tu, boleh plak kami yang kena sound!!!! um plak datang dan order takoyaki dan inari. aku tengok layan je sushi2 tu, terus amik chuka chinmi salad. aaaa bahagia! sedap...dan order satu fruche strawberry.
.
kalau korang nak tau, 2,3 kali jugak panggil budak sushi tu tanya mana benda yang kitorang order. sekali ketuk baru sampai. tapi kesian um, dia baru makan 3 plate, tunggu takoyaki tak sampai2. lebih 1/2 jam! makanan dah settle, fruche aku satu gelas pun dah selamat, takoyaki um tak sampai2. kami bengang dan terus gerak! sampai je kat kaunter, dengar budak tu panggil...'kak, takoyaki dah siap'. ikutkan hati, ku tinggal je takoyaki tu tanak bayar. tapi kesian plak nanti kena marah ngan manager, um decide untuk tapau.
.
dengan lasernya aku cakap kat budak cashier itu, 'lambatnya dik sekarang. dulu tak macam ni. tip top service. kalau macam ni la kan, lepas ni akak pegi sushi Mines je.' budak tu jawab kat aku, dengan lemah lembutnya, ' oh, lambat eh...ye ke...'. rasa nak baling ngan handphone tak. sorry takde ape takde. inilah orang kita! take for granted dengan customer.
.
hati ni masih panas! tah ape2!!!!
.
skang ni aku nak kira ikan kat webpage sushi king. kalau menang dapat la free plate sushi. ahahah keji!!
.
.