Thursday, March 4, 2010

khatam

hai. sihat?
saya super duper bz la.
bos was not around and i had to cover everything.
tambah plak banyak benda urgent. huhu.

anyhoooo. semalam sapa tengok American Idol and Glee?
saya tak. semalam saya g makan ngan Cik Dalil & Qilah. balik pun dah kul 8 so, memang lewat lah.
American Idol sempat ditonton pagi ni sebelum g office. sempat tengok Michael 'Big Mike' Lynche je.

dan Glee? no. tak menyesal pun tak sempat tengok.
sebabnya?
first of all - TERIMA KASIH tidak terhingga kepada Min dan Um yang telah meminjamkan dvd tersebut.
kerana mereka, saya telah berjaya menghabiskan the whole first season of Glee! Khatam ;)

(lompat! lompat!)

ye ( Lin, Ika, Dalila dan my fellow GLEEKs) saya telah habiskan!
dah super puas! i love my baby Kurt. Rachel still irritating as always. Finn is Finn. Puck aka Noah is so sexxxaaay. Mr Shu? suara dia, wah! Terry - i hate you. oh. banyak lah!

(lompat!lompat! lagi)

oh. bahagia rasa. dah hilang rasa tersangat nak (meruntun bak kata aini).
saya pergi dari entry ini dengan lagu Lean On Me from the Glee Cast. i dedicate this song to my friends - love you!




Lean on me! 

when you're not strong 
and I'll be your friend 
I'll help you carry on 
for it won't be long 
'till I'm gonna need 
somebody to lean on 

Please! (please) 
swallow your pride (pride) 
if I have things 
you need to borrow 
(For) for no one can fill 
those of your needs 
that you wont let show


argh. best2.
oklah. bai. lalalalala

Tuesday, March 2, 2010

bersalah?


berada di department semacam saya (read: HRD) adalah melibatkan proses-proses berurusan dengan client yakni manusia. perkara ini melibatkan hati dan perasaan. melibatkan hala tuju, perkembangan karier dan kerjaya orang. 

untuk dispesifikkan lagi, saya di bahagian yang handle manusia-manusia yang bermasalah (read:disiplin). ulang tayang kembali saat mereka semua (dan saya) semasa nak masuk kerja. sumpah berkepuk2 akan jadi pekerja yang baik, ikut cakap dan tak langgar peraturan. bagilah kerja seteruk mana sekali pun, janji itu manis rasanya seperti tebu di pinggir bibir. tapi. dah kering sikit sign akujanji itu, mulalah naik tocang, keluar tanduk dan macam2 lah.

kena lah ingat. bukan semua orang dilahirkan bertuah macam kita. mak bapak besarkan, bagi education, rezeki murah, lepas graduate je terus bekerja. ada setengah tu (contoh interview jawatan kontrak pagi tadi) yang graduate tahun 2008. tak pernah kerja tetap. dan kerja sekarang hanyalah berpaksi kan SPM sahaja. kesian tak? jangan kira gaji la. kira self esteem kalau dah masuk 3 tahun masih tak dapat kerja tetap. tak ke rasa macam apa kan?

maybe ada yang complacent dengan keadaan diri sendiri yang macam itu. takpe lah. asalkan tak ganggu orang cukup. tapi yang bertuah ni, yang rezeki baik ni. dah dapat kerja baik. taknak pulak dijaganya. 

ye. semua orang ada masalah. saya sendiri pun ada masalah. dan semua manusia tidak perfect. semua pun ada keburukan memasing. tapi selagi kita masih waras dan berpijak di bumi yang nyata, kita dah dah besar. bukan budak sekolah. kalau saya tunggu di tangga atau di depan lif jam 12.30 tengah hari tangkap orang yang keluar lunch awal, jangan marah. jangan kata kenapa nak kena treat macam budak sekolah. sebab kita ni (read: penjawat awam) yang jadi macam budak sekolah tanak ikut peraturan.

dan yang paling sedih bab tak hadir bertugas. susah sangat ke nak maklum ngan penyelia kalau sakit ke ada problem ke? jatuh ego kot kalau maklumkan. ini tak datang 25 hari, keluar STS tak amik pedulik. sedihnya. perlukan kita bayar orang2 yang macam ni dan biarkan diorang dalam servis? tepuk dada tanyalah pendapat. sedih rasanya bila melihatkan ramai lagi yang lebih bersemangat nak kerja tak dapat kerja tapi yang dah ada kerja tetap ni buat angin sendiri macamlah office tu dia yang punya.

tanggungjawab tak boleh nak perlekeh. dalam peraturan kata 'pegawai atasan yang gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar peraturan boleh disifatkan cuai dan boleh dikenakan tindakan tatatertib'. 

aduh. buat kerja salah. tak buat kerja melampau lah kan? i am confuse now. am i wrong for pointing out thing which is obviously wrong?

entahlah.




Monday, March 1, 2010

(an) engagement ceremony and (two) babies


kisah sabtu dan ahad yang lepas. bila time2 cuti ni, memang penuh lah ngan event. if tak family, kengkawan.dan ini adalah story tentang pertunangan SG Girls dan SG Girls' Jr. 

SG Girls yang seorang demi seorang dah mula settle down. kalau dilihat trendnya memang tidak berhenti-henti. bermula dengan pertunangan Ina bulan Julai 2008, pertunangan Zurai bulan Mac 2009, Wedding Ina bulan Mei-Jun 2009 (link part one, link part two), Wedding Zurai bulan Disember 2009. ha. amik kau. non stop!

dan penyambungnya adalah Has. yang bertunang pada 28 Februari 2010. iaitu ahad lepas. Has bertunang dengan buah hatinya. nama Syafiq. aku dah berjumpa dan berkenalan dengan encik tunang Has masa wedding Wan Azryn di Dewan Tun Rahah. ramah orangnya. beza sikit dengan has yang pemalu dan ayu. :D. 

  
transformation. from beautiful to lovely ;)

majlisnya selepas Zuhur. kami (yours truly, Aze dan Aini) sampai jam 1250 lebih kurang. Zurai tak dapat hadir kerana menghantar hubbynye bekerja di Brunei. Maria plak macam biasa lah. ada family event. Ina plak masih dalam confinement. yang datang adalah mereka2 yang single mingle ye. dan apa yang dapat disimpulkan adalah siapa yang kawin last sekali iaitu aku akan tiadalah SG Girls yang akan hadir. sebab semuanya dah kawin kan? hahaha. sampai je, Has tengah bermekap-mekap. apalagi. tembak menembak mula lah. mangsa menyerah diri. posing maut la si aze n aini tu!

  

ini kita-orang
(warna putih - taken, warna pink - singles)

kelaparan menyebabkan kami tinggalkan Has dengan dua orang rakannya di bilik dan terus g melantak. layan gila kuih kole kacang hasil buatan tangan mak Has! tengah dok layan rombongan lelaki sampai. menggelabah la kami yang vogue ni mengangkat pinggan memasing. upacara discussion meminang-bertunang adalah super simple. kejap gila. setuju. baca doa. terus Has turun dan bakal ibu mertua menyarungkan cincin ke jari manisnya. aku dan aini duk atas tangan. kunun2 bird eye view la kan? Aze dipaksa menemani Has di pelamin chomel. hahaha. 

Has & Syafiq - congrats!

habis je proses (sarung cincin, tukar2 hantaran, makan) kitorang pun posing dengan newly engaged Has. berseri2 you all! so sudah boleh carik kain untuk dibuat baju. (erm. Qilah bulan 5 pink, Cheche bulan 6 merah hitam, Has bulan 7 kaler apa ek?) patutnya kami tunggu Zurai datang untuk bergambar bersama. tapi  minah tu siap bleh balik rumah dan mandi berjam-jam. haih. last2 kami call dan terus suruh dia g rumah Ina. yeay! jumpa baby rafel :D

*****************

ingat tak lagi baby Rafel??? SG Girls Jr yang pertama. hehe. masa first jumpa halus mulus kan? skang ni chomelnye! tengok beza gambar Rafel dulu (link gambar dulu) dan sekarang ni!

comel!
*ciyom. ciyom*


sesi kisah 'meruntun' sambil layan baby rafel tidoq dan album kawen Zurai

chomel kan? dan Rafel skang ni dah ada kawan baru. namanya Aqhiel Naufal. Aqhiel Naufal adalah baby kepada my fellow 'abang' Amirul Fadzley dan wifenya Yati. baru berusia 7 hari. kami g tengok baby Aqhiel lepas jumpa baby Rafel. oh semalam adalah bahagia dengan bau baby!

so, inilah baby Aqhiel! 

  
oho. kiut kan? tok aqhiel kata 'dia dok tabik sapa taktau'

dan penutup cerita di atas adalah selipar roxy yang tebal itu putus. sebab? Zurai lah! :P
ada rottweiler kat rumah jiran Mirul. pastu, kitorang park depan gate dia. mulalah anjing tu menyalak bagai kami ini pencuri. ada muka pecah umah ke kita ni Zurai? hahaha. Zurai plak siap cerita dia dulu penah kena kejar kat situ sebab anjing tu panggil geng dari atas bukit. ye. saya memang takut anjing. tak kiralah kalau anjing tu duduk melepak tepi jalan pun saya takut jugak. masa anjing tu menyalak lagi lah. ketakutan bagai nak gila. lupa terus nak baca ayat apa! dan akhirnya? tersadung tepi akar pokok, terus selipar terkepak dan putus. harem! daripada takut, aku hencut2 jalan depan si hitam rottweiler tu!

ok itu je. nanti aa sambung. 
keja agak banyak. esok ada interview. 

later! XoXo