Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

happy 1st birthday akeef izzaddin



happy birthday Akeef Izzaddin!
this is the second time Noah attended a birthday party :)
Noah cam biasa, tengok sana sini. Bila nak amik gambar sibuk tengok goodies bag.
tengok gambar bawah ni...
hahahaha Noah...Noah..

Ex officemate and our 2014 babies
Roro with Khayra (Jan'14), Yours Truly with Noah (Sept'14) & Qilah with Akeef (Mac'14)

 Noah is the smallest. Haha!
Beza 9 bulan..haruslah kan? :)

Thanks Qilah for inviting.
Happy Birthday Akeef. Semoga panjang umur dan diberkati Allah selalu.
Jadi anak yang soleh ok!



Wednesday, December 18, 2013

7th Anniversary



18.12.2013

the 7th year in the service

alhamdulillah.

moga semua lancar dan sentiasa diberkati/
Amin

Happy Anniversary kawan-kawan 2/2006!!

Monday, August 5, 2013

iftar ramadhan 1434H - my sg girls



finale iftar kat luar.
alhamdulillah.
setakat ni. without fail dapat berbuka at least sekali setiap ramadhan dengan my SG Girls.
Keluarga makin besar. Anak-anak semua dah makin lasak dan makin membesar.
Yang nak masuk no 2 pun ramai.
hihi. SG Girls JR berkembang pesat.
Alhamdulillah.


complete. without our only guy member - amirul fadzley :P

the babies. SG Girls Jr.

selalu doa friendship ini berkekalan sampai bila-bila.
amin :)

i love you girls, forever :)
selamat hari raya. jumpa masa open house pot luck k. 


Wednesday, April 3, 2013

Makan Review : Warung Tapak Sulaiman (Warung Bunian)


lamanya tak buat review makan-makan.

kali ni nak buat review pasal Restoran Tapak Sulaiman.

Nama lain restoran ni adalah restoran bunian. kenapa? bukan sebab yang mistik tapi lebih kepada sebab kedudukannya yang agak tersorok daripada dunia luar.
Lokasi restoran adalah di Kampung Limau Manis yang letaknya di antara Putrajaya dan Kajang.
Akses masuk ke sini adalah melalui Sungai Merab atau Pinggiran Putrajaya.
Nak mudah, saya sertakan GPS coordinatenya.
2.908737, 101.727188.

kami pergi last two weeks. mula-mula plan 10 orang. tapi last2 pegi 7 orang je. and kena booked before pergi. kalau lewat memang takkan dapat seat. nombor untuk dihubungi adalah 0173812246.

kalau merujuk kepada blog puan bos saya, menu setiap hari berbeza. kami pergi haritu hari isnin, menu adalah masak lemak ketam, ayam goreng, ikan goreng kicap.

warung bunian, pilihan JJCM. before & after view



makan kat sini memang best. area kampung. sambil ditemani bunyi-bunyi angsa, ayam dan banyak bunyi lain.
overal verdict? 5 star!
aduhai. ni dah terliur teringat ketam lemak tu.
haih.
qilah, kita kena pegi lagi sekali ni. haha.
 

selamat mencuba!

Thursday, January 3, 2013

2012 : Terakam Indah Di Kotak Fikiran


Salam Tahun Baru 2013.
Mood kerja ke mood malas?
Haha. Been on leave since last 2 weeks (kerja,cuti,kerja,cuti), mood pun lompat2 juge. :P
Btw, if last year we did a recap on 2011, of course we need to do it again for 2012.

So, what i did for the past 365 days in 2012?

January 2012

  • busy with final exams for the first semester
  • still on cloud 9 for the engagement. haha!
  • Intan's daughter passed away. HaniHumaira dalam kenangan. Al-fatihah.
  • Ada Lembu Nak Jaga, one of the best parody aired
  • Maria and Aini Duo Celebration Baby Shower at Maria's. Won the Bottle Drink Game. Haha
  • voucher buku 1 Malaysia!! woot.  
  • Baby Zarith Dalily was born. SG Girls Jr plus one.

February 2012
  • Kawan lelaki merangkap kaki gosip transfer ke KL
  • HIV Test
  • Baby Aisyah was born. SG Girls Jr.
  • Dinner at M's and Pat's
  • Mom B'day at Chakri Express - with bakal menantu
  • Whitney died
  • Carta Ulat Buku Red Velvet Swit@kon 
  • Sudirman Tribute - Al-fatihah
  • discovered my Wedding Theme!!!! PINK. :)
  • Leap Year.

March 2012
  • started my second semester in UiTM
  • ipad 3rd gen or known as the new ipad was out. not for long. boo!
  • cancellation of SBPA. another boo!
  • mini Penang trip
  • first time derma darah. dan pitam! hahaha. kejadian paling lawak di dunia. satu bucket list dah boleh dipalangkan
  • win a contest from Tanamera
  • wedding cards siap. enjoy buat guest list. hehe

April 2012
  • busy ngan kerja
  • busy ngan kelas
  • busy ngan wedding. super busy.
  • Pertabalan YDPA

May 2012
  • the series of super hectic life
  • WEDDING MONTH
  • alhamdulillah. saya menjadi isteri pada 25.05.2012. majlis kami selesai dalam tempoh 3 hari (Jumaat, Sabtu dan Ahad) di tengah-tengah kesibukan Perhimpunan Sejuta Berjuta Belia di Putrajaya. Alhamdulillah.

June 2012
  • the success pink wedding
  • pre-honeymoon trip : Surabaya
  • two babies. SG Girls Jr. and Geng Jr
  • demam exam. killer papers

July 2012
  • my baby hijau start merajuk
  • Lenggong Valley (and Perak Man) is now World Heritage Site
  • MPO double date with M and Pat
  • Ramadhan
  • JM vs Rizalman for Raya. The Best! Haha

August 2012
September 2012
  • Adam dan Hawa. Oh Abang Aaron.
  • i turned twenty-nine. oh my my
  • iPhone 5 is OUT. very tempting
  • penang for TWO WEEKS

October 2012
  • Carta Bubble Tea Swit@kon
  • Hubby' Birthday - apple TV
  • Lin is back. With my super cute Mya!

November 2012
  • no mood 
  • Singapore Trip. Twice. USS and Business Trip - oh teringat hutang nak update. haha

Disember 2012
  • busy life. only use twitter and instagram haha. blog terabai
  • 6th Anniversary in service
  • Family weddings, Hazry, Dik Bi
  • Exam T___T
  • SG Girls bertambah lagi dua. Babies galore.

2013, semoga bertambah keimanan dan kebaikan.
jauhi negativiti. tambahkan positiviti dan produktiviti.
<3 p="p">

“You've gotta dance like there's nobody watching,
Love like you'll never be hurt,
Sing like there's nobody listening,
And live like it's heaven on earth.” 


Wednesday, December 26, 2012

celebration(s)



salam all.
how's your christmas celebration?
as for me, the long weekend holiday filled with class, test and presentation.
2013 is just around the corner and it means my final exams are here. again.
not fun at all kan?
yesterday, i keep all the books away and went all out watching (alternately) Fox and HBO.
Xmas movies are the best! Happy Xmas to those celebrating it :).

i attended two birthday parties during the weekend and also on Xmas day.
kids birthday parties. being nearly 30s, its all about attending your nephews/nieces birthday party or your friends kids' party. no more adult parties ok. hahaha. but they are all scream FUN.
kids. colourful. balloons. cakes. goodies. games. fun ok!

Saturday
Zara & Zaim Birthday Party (3 y.o and 2 y.o)
Jungle Gym, BSC


Tuesday
Alya Iz Zara Birthday Party (1 y.o)
P15


adorbs rite?
:)




Thursday, August 30, 2012

back to school



yeah. next week dah start class. grrrr.
takde makna holiday lelama okies.
although the official date is 15hb tapi fakulti saya adalah advanced dengan start class 8hb.
tapi yang best sebab exam akan jadi seminggu lebih awal dan kami bercuti awal sedikit berbanding orang lain.
sedar tak sedar, hanya tinggal dua semester lagi. dua semester dah selesai. satu lagi dengan 3 subjek dan final semester nanti dissertation and one subject.
sangat takut dengan dissertation. proposal paper haritu pun macam ala2 lunyai dikerjakan lecturer. nak kena buat amendment pun tak buat2 lagi. 3 chapter. journal tak baca. apa pun tak buat.

plan nak beraya di rumah member weekend hampir tidak akan tercapai untuk next weekends.
kena kemas beg dah.
sekolah dah nak mula.
oh my!! on the brighter side, saya dapat reunite dengan classmate. yeay! rindu mereka!


wish me luck peeps!!

p/s : weekend ni beraya dengan SG Girls! woot.

Wednesday, August 15, 2012

3 jam?



esok balik kampung!
wooo hooooo.
tahun ni seperti yang saya bitau, saya pulang ke kampung suami di Pulau Pinang.
awal2 lagi dah beli tiket.
RM90 ya'll. terbaek!!
pemalas lipas nak drive.
tapi semalam dapat sms and also emel dari AA.

if dah check in, kena ada kat airport 3 hours before departure.
amik kau!
aduhai. lunyai la macik lelama kat sana.
mesti crowded punya.
dah la tak boleh nak makan.
flight jam 6.05pm. insyaAllah sampai around 7.00pm.
Penang berbuka 7.33pm.
Just nice untuk Encik Suami amik dan carik tempat makan.
tapi 3 jam? alahai. :(

* gonna missed tapai for this 5-days trip


Monday, August 13, 2012

a weekend before hari raya


what i did?

as usual, hubs back in town. *kesian sama kanda ku, penat dia every week turun KL*
so, friday evening we brave ourselves to sri gombak form putrajaya. we managed to reached PIL's at 7.10pm. had lite break fast, solat maghrib and we went to Ayam Penyet Ria for iftar with my SG Girls. At the very last minute, Aini cancelled because her daughter need to sleep. And Has wasn't around as she is still in confinement.

on saturday went for a pampering session. erk. nope. i lied. because hot iron touching ur head not considered pampering, kan? huhu. cut my elbow length hair. changed it to kinda like katy perry's layered ombre bob. yeay, i have short hair now! kinda sad looking at the bundle of hair falling from the chair. but its getting thinner everyday and really messy. we had iftar at atuk's. makan nasi arab from rawsha. setap! after that went for a coffee session with hubs' friend from Berlin and i invited haniza to join us. location? starbucks ss15, subang. we settled around 2 in the morning.

the project langsir went kaput on sunday due to the congestion all around kl. kesian mak. she needs to find ways how to get the langsir back without having to carry the loads herself. takpe. ayah can help la. hiks. so instead of spending our sunday at Jalan TAR, we went to Alamanda. Mak made nasi lemak for iftar but we went out for a iftar at M's in Kota Damansara. Had a wonderful selection of foods prepared by lovely Pat. Mediteranean Rice, Tomato & Mango Salad, Mustard Chicken, Salmon with Maple Syrup and Quiche. Hah! Amik. sedap kan? Hahaha. After iftar, sent hubs to Sungai Buloh RnR. Back at home around 10ish.

So, few more days till raya. I already packed my baju and asked hubby to take it back to Penang. Will joint him in two days time. Ticket is ready and checked-in was done last week. Gonna missed Melaka raya vibes but trying my best to enjoy Penang environment. Excited!!

Later!


Monday, August 6, 2012

selepas 6 tahun


 inilah pengakhirannya
sedih.
*ye, Datuk Lee Chong Wei kalah semalam*
tapi kesedihan lebih melampau adalah disebabkan satu peristiwa yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu.

selepas 6 tahun menabur khidmat bakti dan banyak berjasa.
saya lepaskan dia dengan berat hati.
jika tidak kerana keadaan yang uzur dan tidak lagi berupaya memberikan perkhidmatan, akan saya cherish dia sehingga akhir hayat.

sorry baby hijau.
saya terpaksa.
demi keselamatan diri saya dan penumpang.

kamu banyak berjasa.
sedari awal saya mula memulakan perjalanan selepas tamat universiti sehinggalah Sabtu lalu.
banyak sejarah, kenangan pahit manis dah kita tempoh.
dari KL ke Pulau Pinang pertama kali waktu itu untuk menghadiri majlis perkahwinan jiran.
Perjalanan KL - Kemaman untuk tujuan PAC tahun 2008.
dan tak terkira banyaknya kamu berjasa dengan saya membawa keluarga, kawan2 dan beberapa random people di jalanan *trust me, ia berlaku*
setiap kali hari raya, kita akan balik melaka.
dengan overload barang kat boot belakang.
walaupun kamu jadi bahan gelak sentiasa *takde tinted, tayar pakai cover je takde sport rim, calar balar akibat digores orang tak bertanggungjawab, bunyi semput yang berpanjangan etc* saya masih sayang kamu.
berapa banyak kali kita commute. Putrajaya - Sri Gombak. penghubung saya dan suami. hantar suami ke KTMB atau puduraya saban minggu dari zaman bercinta hingga kahwin.
bawa saya mencungap2 naik bukit saban minggu untuk ke kelas.
takpelah orang panggil kamu huduh, buruk.
even dapat gelaran kereta kebal.
tapi saya tetap appreciate kamu.
dua minor accidents dan 3 saman, saya ok je.
cuma bila sakit dah teruk. dah makan duit yang terlalu banyak, saya terpaksa let go.
oh my! sedihnya. super sedih.
kenapa la jual dia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

i tried my very best not to cry when i gave up the keys to ahwat.
i really did not even glance at you when we left the shop.
i hope who ever who is gonna be your owner next, will cherish you the way i did.




i love you baby hijau!
thanks for your service all these years.

:'(


Thursday, August 2, 2012

lovely blog ya'll



setelah berkurun lamanya tak ada award2 ni, tetiba Lin bagi la plak. Pertama sekali : terima kasih babe. poyo je tau blog tak berhupdate ni 'lovely' :P. Kedua, layankan la eh jawapan default bawah ni :)



What is your favourite dessert?
anything sweet will do. name it. macaron, pavlova, cakes, pastries. anything lah! semua pun i LIKE!


When you're upset, what do you do?
retail therapy always would be the option. tak kisah secara maya atau tidak. oh. pastu lebih upset bila tengok akaun bank. other than shopping, tido! or nyanyi kuat2! :P


What was your favourite pet?
not really into pets. but i love going to pet shop. hahaha. suka tengok ikan, kucing, burung, rabbit dan semua2 yang ada kat dalam kedai tu. 


What do you prefer to wear, black or white?
black. love, love, love black. tak kira baju ke, tudung ke, seluar ke, kasut ke, stokin ke. t-shirt kaler black macam menara tinggi dia dalam almari tu. i don't really wear white unless dikehendaki. i only wear white for my school uniform and also my white kurung to funeral. i feel weird wearing white. i love seeing people in white. but if its on me, peliklah. and one more thing, dulu kecik2 saya comot. balik sekolah baju yang putih tu mesti ada stain air orange la, sos la, kicap la apa. so, fobia la. :P. with black? semua pun takde hal. hehe

What is your biggest fear?
losing my iman. also my family. my mak, ayah, adik, suami. juga orang2 yang rapat dengan saya. 


What is perfection to you?
lotsa things that matters. especially with regards of family and personal achievements. :)


What is your attitude mostly?
serius. gonjeng. berangin? haha



What is your guilty pleasure?
for time being : shopping. online shopping. dah tak membeli kat mall. tapi boleh mengadap seharian beli barang online. hahaha. *ampun suami*




ok. habis hutang dari lin. saya nak tag sape eh? 
this award goes to : Zurai dan kengkawan blogger lain :)



Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan 1433H


Salam Ramadhan Al-Mubarak semua.
hari ni hari ke-3 berpuasa.
apa khabar semua?
harap2 semua sihat.
ok fine, maaf. saya dah lama tak update blog.
entry just bubuh music video dan wordless wednesday tak kira.
banyak la tak berupdate.
seperti yang kalian maklum, saya habis je majlis perkahwinan hujung mei lepas, terus membizi dengan preparation menghadapi final exam untuk semester dua yang bermula 1 Julai yang lepas.
tiga minggu berturut2, ahad adalah hari exam.
tiga minggu berturut2 juga saya cuti hari Jumaat.
masa jimba hanyalah beberapa jam pada hari ahad selepas exam. itu pun kalau tak penat.
3 minggu yang lalu, antara aktiviti saya selain daripada mengadap buku2 dan nota adalah layan Beethoven di Malaysia Philharmonic Orchestra di Menara KLCC. Lepas tu adalah keluar dating dengan suami dua kali. Jalan2 biasa je.
Dua minggu seterusnya suami kat Penang. Saya kat KL. Huhu. Sedey woooo.
Tapi sebab dua2 bz, saya dengan exam, dia dengan kursus dan conference, so relaks saja kita. :P

anyways, minggu lepas baru hegeh nak follow up semua benda. video kahwin. album kahwin. dan lain2 lah. sebab benda2 yang perlu fokus ni takleh nak buat tatkala mengadap buku. kecuali shopping online. hahaha. saya juga sempat minta tolong LV belikan 20 by Rizalman tempoh hari. Alhamdulillah. Dapat sehelai. Jovian? Semalam tengok. Dan try dua helai. End up tak beli apa2. Tak berkenan. Kenapa tah.

Ok. Itu je. Setakat ni, plan nak buat kuih raya dengan Puan Didi pun belum start lagi. Tahun ni rasa tak menang tangan lah. Sebab maybe masing-masing busy. Didi dengan adyan nya, saya dengan baby saya tu. hehehe.

Ramadhan kali ni cukup berbeza. Saya dah ada dua family. Pengalaman kali pertama berpuasa dan berbuka dengan suami :). Even masih stay dengan both family (rotation system :P) kami seronok. Plan nak tengok The Dark Knight last Saturday untuk show midnight terkubur sebab dua2 mengantuk tido. Last2 burn je tiket. Huhu. Looking forward for Raya. Walaupun tahun ni raya di Penang. Waaaa, nak raya kat Melaka!!

apapun. blog masih berjalan seperti biasa. kurangkan tengok blog yang ada makanan. :P

ok. selamat berpuasa semua.
semoga bertambah ketaqwaan kita Ramadhan kali ini.


:)

Thursday, July 12, 2012

my SG Girls


i miss my blogspot.
huhu.
apakan daya.
kursus berderet, back2back.
urusan pentadbiran kursus adalah super hectic.
wedding update tergendala kerana tak sempat edit gambar.
even meeting dengan photog untuk custom album pun tak sempat.
sebab? paper final belum settle. ahad ni last.
pastu sibuk dengan kursus.
tak jumpa suami dah dua minggu. nasib lah teknologi membantu.
call, bbm, video call.
:D

saya juga rindu SG Girls saya.
last jumpa masa wedding.
Has dah pun bersalin. baby's present dah dibeli. masa nak jumpa takde.
oh masa. T__T
make sure jumpa this weekend. after paper final. after kenduri rumah atuk.

nak share our memories dulu2.
zaman gonjeng SG Girls.
these pictures semua masuk dalam video montaj masa wedding haritu.
hahaha!



from school to university to working life followed by getting hitched one by one (according to the laughter level theory :P) to babies. 

may this friendship last forever. insyaAllah.

<3

Thursday, June 21, 2012

berita gembira :)


berita gembira dari seorang rakan.
i'm happy for you dear!!!
mwahhsssss.




Friday, March 30, 2012

freebies!!!



kawan-kawan, saya nak tumpang iklankan tawaran istimewa dari rakan saya merangkap mekap artis (MUA) saya semasa bertunang tempoh hari. dia skang ada promosi hebat. kalau tak percaya, sila percaya jugak!


cara nak menang, senang saja.
(i) klik link ini (link) dan klik 'LIKE' pada page tu;
(ii) share status berkenaan promosi itu di wall korang. paling banyak share, akan dikira sebagai pemenang. 


so, apa lagi?
yang nak bertunang, berkahwin dan sebagainya. boleh join.
mana tau, rezeki kan?


klik like cepat pada facebook fanpage Helwah Coulture.
hadiah menarik ni.


mekap memang cantik!
nanti saya share. hehe





Friday, February 17, 2012

tear-jerker


lately, i heard so many sad stories.
friends losing their babies.
and this morning,  a friend of mine lost her soon-to-be nephew/niece.
i hope all of them are ok.
i pray for the best.
He got better plans. InsyaAllah.
Al-Fatihah.

Thursday, February 16, 2012

muzik chenta

semua orang pun share video ni kat FB.
saya share kat sini.
terbaek la yuna! the music is genius!!
so shomel. cam nak lentok2 ok. hehe.
video plak compilation trip europe.
oh venice!

saya dedicate lagu ni untuk pasangan suami isteri yang menyambut anniversarynya ke-4 pada 15 Februari lalu. :) Happy Anniversary Lin & Kamal.
(teringat aku teruja nak berzapin di saat menjadi pengapit masa kau bersanding dulu!)

enjoy!



jom beli album.
cepat! cepat!!


:)