Wednesday, November 3, 2010

Vanilla Bean


swit@kon terlalu sexcited bila jumpa vanilla bean!



vanilla bean
(gambar ihsan dari Google Image)

ahahahaha. serius saya adalah super hyper bila terjumpa vanilla bean di Yummies (kedai jual borong barang membuat kek) last week. saya membeli bahan2 untuk buat cheese tart. sambil beratur nak membayar hasil borongan, tetiba ternampak kelibat vanilla bean dalam botol atas para betul2 bersebelahan dengan kaunter. 

sebagai seorang baker tegar (tegar kah?? hahaha) saya adalah super sexcited. terus grab dan beli dua batang vanilla bean. memang wangi ok. bau apa? bau vanilla lah!! sebab selama ni hanya mampu melihat vanilla yang telah di 'essence' kan je. dalam bentuk air. so skang ni bila dah dapat pegang, rasa, cium dan bawa pulang ke rumah, jadi meroyan seketika. hahaha.

sedikit fakta best saya nak share ngan korang pasal vanilla bean.....

1. Vanilla berasal dari genetik orkid - itu menjelaskan keadaan yang merekot2 tu kot. hehehe.
2. Rempah ratus termahal selepas saffron. 
3. Pokok Vanilla ni bentuknya macam pokok duit2 iaitu memanjat.
4. Malaysia ada ladang vanillanye sendiri. Oh, saya sangat berharap saya dapat melawat ladang di Lanchang, Pahang itu!!! go to this website for our own vanilla production info - vanilla.com.my. Malaysia dan Vanilla klik  sini.


tapi sampai hari ni saya tak buat apa2 lagi dengan vanilla bean itu. sebab sayang sangat! saya ada baca tips dalam internet, kalau nak gula pasir berbau wangi, masukkan vanilla bean ni dalam balang gula. bukan setakat bau wangi, vanilla bean tu pun tahan dalam balang tersebut. 


isi vanilla bean yang dipanggil caviar...uhhhhh sedap bau nih!
(gambar ihsan dari Google Image)

aaaa. sambil menulis ni, teringat bau vanilla yang sedap tu.
malam ni nak buat scone lah!!


XoXo



p/s : tertanya-tanya pada diri sendiri kenapa masa buat degree dulu tak nak sambung dan kaji Vanilla aka Vanillin! Kalau tak, dah boleh buat masters degree dah!!!! euuggghhh *marah diri sendiri!!!* 



Tuesday, November 2, 2010

after 2 months

selepas hari lahir saya yang ke-27, semalam saya terima hadiah dari my bff, Puan Didi. belated birthday gift!!!
birthday Syazwan semalam tapi yang dapat hadiah adalah saya. ahaks! setelah hampir 3 minggu setengah tak jumpa (rindu woooooo!), semalam Didi singgah rumah.

hadiahnya apa?
benda yang saya suka lah tentunya!!!
starbucks coffee mug and a tin of earl grey tea.
yerp, i am a coffee addict but i'm constantly in love with earl grey tea. the smell oh! so good!


bertambahlah koleksi teh dalam tin saya. sebelum ni saya terima 3 tin-kembar teh London cap Harrods [London Icons Tea Gift]. ala-ala birthday present jugak la tu. saya baru guna 5 sachet sahaja out of 150 sachets. Sayang lah!

to Didi dan pemberi teh yang lain itu, Thanks so much!!!!!! you guys are like my cup of tea/coffee. not one day i can live without it! ;) *hugs*

re-cap

hai korang.
it's the second day of November. boy, it was fast kan?
tetiba tinggal lagi sebulan untuk ke bulan Disember dan pejam celik lagi sekali, dah 2011.

umur makin banyak. perangai? masih banyak perubahan boleh dibuat yantie!!!
berita-berita terkini sejak dua menjak ni memang banyak. semuanya melibatkan rakan-rakan dan family member.

pertama sekali, congrats buat Puan Zurai dan Encik Basiq sempena kelahiran putera tercinta pada 31 Oktober 2010. Zurai bersalin dua minggu awal. Awal Ahad pagi (jam 1.15 pagi) saya terima sms. Dia bersalin tanpa Basiq. Ye la, hubby di Brunei. Bukan di Sekinchan. Hehehe. Takpe babe, next baby ok! Baru je nak amik air selusuh, tengok2 dah terbersalin. Ahad itu, saya sempat menjenguk Zurai di Ampang Puteri Specialist Hospital (APSH). Chumel sungguh baby boy. Sebab teruja, i tak sempat amik gambar. Wiken ni la kot g jenguk and hantar present baby. So, another boy for SG Girls Jr. Kita ada Rafel (anak Ina), Aqil Naufal (anak Mirul) dan Faroq (baby Zurai-nama TBC).

tahun depan, dua orang ahli SG akan mendirikan masjid. sorang bakal bertunang new year dan nikahnya akhir bulan April. dan seorang lagi akan bernikah awal April. Erm. tinggallah saya dan Aze je. T___T. Email berkenaan dengan tema wedding2 tersebut dah pun diedarkan. Saya amik maklum je. Belum balas pun. :)

Geng!'s news...lama tak jumpa. Um dan Mila ada lagi lebih kurang 90 hari untuk menikah. Kami (Didi n i) dah plan nak pakai baju apa walaupun pengantin tak tetapkan apa2 warna. hihi. Max pulak bakal juga melangsungkan pertunangan dengan Khairun. Maybe Januari. so yang tinggal, saya dan Min. T___T.

merujuk pulak kepada entry di Melaka tempoh hari, Kak Long yang masuk hospital dah pun selamat balik ke rumah semalam. Agak teruk juga hinggakan ada tebukan kecil di leher. Tapi Alhamdulillah, semua dah ok, so kita doakan semua selamat je lah.

Weekend lepas saya berada di Melaka. Ahad pagi balik sini. Buat dua trip ke hospital iaitu ke APSH dan Hospital Selayang. Malam tu g makan kat Seoul Garden. wooooooooooo hooooooooooooo! Tapi tak banyak, sebab Seoul Garden Plaza Pantai adalah sedikit kepam. keluar dari kedai tu, bau melekat dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Hari ni kerja. Jumaat ni cuti. Weekend ni boring sikit kot. Hanya aktiviti attend wedding pada 6 November.

Ok. itu sahaja entry bosan hari ni.