Tuesday, June 30, 2009

1Malaysia

korang tau yang sabtu lepas ada pelancaran logo 1Malaysia dan Senam Seni Kebangsaan? i got to know this quite a while ago. i was dealing with Encik Fendi dan clans di JayKayKayAnn regarding our very own Senam Seni semasa Kejohanan Rowing JayPeeAm tempoh hari. dan JayPeeAm telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan dan meramaikan Senam Seni Kebangsaan & Pelancaran Logo 1Malaysia pada Sabtu, 27 Jun 2009 yang lepas.

Jumaat itu lepas habis waktu kerja, kami (saya dan akak Zai) gerak terus ke KL. Kami check-in di Quality Hotel dan terus ke Mandarin Oriental (M.O) untuk membantu dan menyelaras private dinner. jam 11 malam baru kami dapat mandi dan rehat. hajat di hati nak karaoke terkubur kerana sangat penat dan memikirkan esoknya nak bangun pagi2 buta.

jam 4 aku dah tak boleh tido (standard aaa tido hotel, sejuk!), bangun layan tv dan siap2. kami dibekalkan dengan t shirt dan topi berlogo Senam Seni. mine was blue shirt and blue cap. t-shirt2 yang dibekalkan ada beberapa warna yang mewakili warna-warna Jalur Gemilang. Warna biru, merah, putih, kuning. kami sampai di Dataran jam 630 pagi. call my bosses untuk maklumkan yang kami dah chop tempat di bahagian depan pentas (gila mencapap!). diorang semua agak lewat sampai. sementara menunggu ketibaan YAB PM, satu sesi senaman 30 minit telah berlangsung. peluh memang la keluar. basah jugak lah baju. sampai je YAB PM, pelancaran logo, ucapan, seterusnya 45 minit of another round of Senam Seni! wuhuuuuuuuuu gila best. tengok pakcik2 cabinet member, ministers, kaypee2, assyoubee2 dan boss2 kanan semua buat senaman. chomel! hak hak


Senam Seni 1Malaysia (picture courtesy of Fasya!)

habis je sesi itu, lebih kurang jam 830, aku, puan assyoubee, kak zai terus pecut balik hotel quality. mandi begitu begini, puan ke Kompleks Kraf, aku dan Kak Zai ke Shangri-La. buat itu ini, kami pun ke Kompleks Kraf. sibuk situ sini, kelaparan. gila ke hape, bersenam sejam lebih, penat2 lagi, tapi tak makan!!!! layan nasik dan sambal ijau ayam kat kafe Kompleks Kraf, jam 1 lebih aku dah kat Quality semula tunggu Zurai amik.

@ Kafeteria Kompleks Kraf

Wedding Wawa @ Dewan Komuniti TTDI

terus plak ke Dewan Komuniti TTDI untuk attend wedding Wawa (childhood fren) dengan my batchmate Encik Rezal (memang dunia ini kecil sahaja!!). lepak kejap jumpa memember sekolah cam Sheena, Mas, Sas, Meut, Miza (pengapit meletop!!) dan ramai lagi, around 3 balik ke hotel semula! penat gila patah balik 15 kali! jam 5, kami check out dan ke Istana Budaya. saya ke sana nak ambil tiket abang nuwa tu. kebetulan malam yang sama adalah show malam first Dato' Siti di IB. tak sempat nak tengok sound check dia lah! hehe

terus kami ke Shang semula. malam sabtu tu ada dinner official plak antara pihak penganjur Malaysia dan delegasi Singapura. settle itu ini begitu begini, jam 12 baru saya sampai rumah. wah penat sungguh!!! malam itu tido atas katil sendiri yang empok. best


Chinese Dinner @ Shang
(oh, itu Encik Chaney - yang dah lama tak hapdet blog!!!)

akibatnya bangun pada pagi ahad agak lewat. jam 7 baru terbangun! flight saya hari itu jam 9.10 pagi. saya kena ke Kuantan untuk sesi taklimat PPA 1993. pergi dan balik hari yang sama. jam 8.30 malam saya sampai di rumah semula dengan bekalan satu beg berisi ketulan-ketulan satar dan otak2 dari Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang.

penat, memang penat. tapi puas! best betul!! hari2 saya terisi sepenuhnya tanpa saya perlu memikirkan nasib diri saya. hehe untuk kesihatan pula, alhamdulillah. tak cukup tido, lari sana sini buat saya lebih sihat dan kurus. cuma jerawat tomel adalah agak banyak dan mata sembab sikit. tapi takpe. saya dah beli Garnier Eye Roll On supaya mengurangkan sembab di mata. thanks Garnier!!! hehehe

so itu saja lah untuk entry kali ni. weekend ni plak ada golf lagi dan sesi gambar untuk Majlis Cukur Jambul (insyaAllah)

dah penat!!!! nak sambung membaca dan buat paper!!!

:P



7 comments:

thesweetlittlecat said...

BEB, aku baru ingat nak pi join senam 1 msia tu tp aku balik kg plak!!! TP kan aku ikut skit2 kat umah.. hehehe... aku tgk kat tv1.. aku carik2 gak mana leh swit@kon ni tp tak kutemu2.. :)

p/s: anyway, aku suke tgk salah satu menteri tu bersenam, mmg 'best'! Datin R bersemangat betoi!

swit@kon said...

aku dah terror. nak blaja ker? hahaha kalau ko ikut dari pagi smp habis mesti ko nmpk muka aku. hahah serius ada!

Joyah Sempoi said...

mesti kepenatan tahap gaban nih..biaserlah kan...

nk tanya..yantie punya email..ada benda nak tanya lah..hik!

swit@kon said...

Joyah Sempoi,

penat biasa la. hahaha tahan je. tambah plak kalau kena pakai heels. hehe email eh? yantie2g@gmail.com k

Anonymous said...

untuk ahkon.. seriyes kagum dengan kamu.. memang calon terbaek naik 48 sebelum masanya.. keep it up sis!

untuk sani.. ehem, ada perubahan fizikal..

swit@kon said...

icedcham,

oh. *blush* sila doakan ye! saya pun doakan anda berjaya

Anonymous said...

sejak bila tukar nama icedcham ni? haha.. anyway, gmbar tu diambil semasa makanan belom hadam lagi.. kalo rupa selepas hadam, tanya yantie tu.. dia dah tengok masa kat klia hari ahad.. huhuhu...

yantie, saya cuba utk hapdet blog sekerap mungkin.. huhuhu