saya tau dan aware yang hari ini hari rabu. weekend telah berlalu dan agak basi dah cerita2 ini. tapi dah janji kan. huhu apapun sebelum saya teruskan cerita2 itu, nak habaq mai kat semua yang saya telah terdelete semua gambar regarding last weekend. hanya dengan satu 'ketik' telah menyebabkan gambar wedding syikin di kelantan dan gambar wedding pinat di shah alam serta gambar2 lain terdelete dalam tempoh tak sampai seminit!
saya 'marked' (pengguna Norkiah mesti tau feature ini) gambar2 yang saya nak transfer di lappie kat rumah. dengan niat untuk mengedit gambar2 sebelum di post di dalam blog. semasa proses transfer menggunakan teknologi blutut, hanya sekeping gambar berjaya di transfer dalam sekali ketik blutut tersebut. walhal gambar yang nak ditransfer adalah dalam 15. dalam kejadian ketik mengetik itulah, saya dengan sempoinya mengetik butang 'C' dan mengetik 'yes'. and boom boom pow lah! semua gambar hilang sekelip mata. huhuhu.
takpelah. rezeki nan ado. kita berbalik pada cerita weekend. sabtu pepagi seawal jam 6 saya dan aja telah sampai ke KLIA. korang bajet2 la sendiri aku bangun kul bape kan. malam tu berborak di talipon sampai dekat 1 pagi. haih. ngantok! kat KLIA dah macam Puduraya. memandangkan tiket flight sekarang lebih berbaloi di beli (masa jimat) berbanding bas, tren dan lain2. kami nak check in pun mengambil masa lebih kurang 10 minit beratur. flight on time, tepat jam 7.50 kami naik ke awan. yang bestnya kalau selalu MAS bagi plastik cup with variety of juices (milo, orange, guava) with a pack of peanut, skang ni dia bagi dalam kotak yang cantik. dalam kotak itu ada 2 ketul toblerone, satu cawan peel-off orange juice dan masih tidak dilupakan sebungkus kacang masin. dalam flight tak dan nak tido, borak2 ngan aja sambil ngompat mamat sebelah aja yang makan suku tempat dia. hahaha
sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (betulkah??) jam 8.55 pagi. terus aku ke toilet dan bertukar ke baju kurung. tak manis plak sampai di rumah syikin pakai jeans. kami ke booth teksi dan minta cab terus ke Felda Kemahang, Tanah Merah. RM 98 you. nasib baik ada orang berhati mulia dan mensponsor tambang teksi kami. melihatkan jam yang masih awal pagi (walaupun perjalanan ke Tanah Merah lebih kurang 2 jam) kami ajak Pak Cik Nik Pa yang chomel itu ke Pasar Siti Khadijah untuk melihat2 batek. masih awal pagi kan, sampai di sana baru beberapa kedai yang dibuka. Saya bukan budak kelantan tertulis di dahi kami berdua. dan akibatnya nak menawar harga pagi2 buta memang susah. ayatnya 'pecah telur'. sebab kami pelanggan pertama. tertewas jugak dengan rayuan itu, kami beli sehelai kain baju batik lelaki yang belum berjahit untuk dihadiahkan kepada bos yang bakal bertukar. pastu terus naik cab dan gerak ke Tanah Merah. dengan langkah berat hati yang telah terpaut pada beberapa pasang batik pergi jua dari situ. huhu.
kami tiba di Felda Kemahang 3 lebih kurang jam 11. pengantin masih belum bersiap. kebiasaan di sini, perarakan pengantin selepas zuhur. lebih kurang jam 2. so, apalagi saya ambil peluang tido di bilik pengantin. hahahaha. pendekkan stori, jam 2 pengantin lelaki tiba dan seperti majlis perkahwinan yang lain, diorang bersanding dan sebagainya lah. saya dan aja carik port baekk depan kipas dan tengok aje sambil tahan mata mengantok. jam 7 petang kami paksa syikin untuk bawak kami mandi. hahaha pas mandi pulak paksa pengantin hantar kami ke pekan Tanah Merah untuk tunggu bas balik ke KL. sempat juga dinner dengan pengantin baru tu dan jam 10 kami dah berada di atas bas Seri Utama untuk pulang semula ke KL. dengan usaha menelan dua biji panadol activefast.
sesampai di KL jam 5.45 pagi, shah dah tunggu kami. naik je kereta terus lelap dan hanya bila tiba di rumah baru tersedar. hik hik. sempat lah tido sampai jam 9 pagi. bangun je rupanya mak dah siapkan nasi lemak! yummy!!!! best gilos. terus mandi, siap2 dan makan.
.
Encik Haris Husni call dan tunggu kat bawah, baru saya hegeh turun. kami konvoi ke Shah Alam. hahaha. kami sampai di Dewan Jenjarum Seksyen 11 Shah Alam lebih kurang 10 lebih. awal gila. discuss text emcee dan terus makan dulu. ye la kan. emcee kena makan dulu kang takdok suara sapa nak jawab??
.
(oh, ni sekeping gambar pengantin, curik dari Muka Buku)settle kerja, kami lepak beramai2 makan, borak, ngompat dan sebagainya. tunggu maz yang sesat sampai 2 jam tu. kul 4 gerak balik.
.
eiii bosan aaa cerita takde gambar!!! dah aa malas nak tulis.
apepun, congrats Pinat & Ajak dan Syikin & Lokman.
.
tension gambar dah terdelete!!!
.
.
No comments:
Post a Comment