*this is a sticky note untuk beberapa hari. sila scroll ke bawah untuk entry terkini*
*iklan khidmat masyarakat, tiada bayaran dikenakan ;p*

weekend korang masih belum ada aktiviti? atau korang masih mencari aktiviti yang menyeronokkan? jom ke Kejohanan Rowing J*P*M pada 20 & 21 Jun 2009 di Kompleks Sukan Air, Presint 6 Putrajaya. Event ini akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Pelbagai acara menarik disediakan. Selain daripada pertandingan rowing, terdapat pelbagai jenis gerai pameran dan jualan.
Jika datang ke Kompleks Sukan Air seawal jam 8 pagi, semua pengunjung akan berpeluang untuk menyertai Senam Seni yang dibawakan khas ke Putrajaya dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara. Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak untuk bersiar-siar dan beriadah, inilah peluang anda. Terdapat maskot Upin dan Ipin, Blue Hyppo, pelawak-pelawak (clowns), stilt walker dan bermacam lagi. pada 21 Jun 2009 akan diadakan satu pertandingan mewarna bagi kanak-kanak sekolah.

Kepada pengikut setia program realiti terpopular di Malaysia, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati persembahan artis jemputan khas yang bakal memeriahkan acara ini pada 20 & 21 Jun 2009.
Bagi yang meminati peralatan ketenteraan, helikopter, bot-bot laju dan sebagainya pasukan APMM akan membuat demonstrasi khas menyelamat di dalam air pada 21 Jun 2009.
Jom ramai-ramai memeriahkan Kejohanan Rowing ini. banyak lagi perkara-perkara menarik menanti anda. Pengunjung bertuah akan diberikan hadiah -hadiah yang menarik.
Tak lupa pengangkutan ke Kompleks Sukan Air bagi pengunjung-pengunjung di sekitar Putrajaya adalah disediakan!!! Kan ke senang, untuk penduduk Putrajaya hanya perlu ke check point2 yang ditetapkan di setiap presint. Akan ada bas yang akan membawa anda terus ke Kompleks Sukan Air di Presint 6!
Datang Jangan Tak Datang!!!!!!!
Datang Jangan Tak Datang!!!!!!!
.
.
4 comments:
APMM xde barang ketenteraan da.
senam seni yang takleh blah tu.. teringat deepeeyeay.. ahahahaaa!!
mila,
ada la :P tak caya datang!!!
icedcham,
datang eh, boleh zapin sesame :D
Post a Comment