Majlis Persandingan Ina diadakan pada semalam Ahad (31 Mei 2009). Tema masih pink, purple. Pakaian yang dipakai adalah dari Puteris Collection, Putrajaya. Memang butik ni menyediakan pakej perkahwinan dari pakaian, fotografi, catering dan banyak lagi. Aku berkesempatan untuk ikut Ina ke fitting session dia beberapa bulan yang lepas. butik tu cantik dan baju2 yang ditawarkan pun memang best. terbukti bila Ina pakai jubah putih pink semalam. And for sure, baju Puteris yang akan dipakai next week kat Kedah lagi meletup (sebab aku pilih!!! hahaha). Pengantin muslimah yang berminat boleh lah ke Puteris Collection di Presint 8, Putrajaya. kalau takut sesat, tanya aku k! *matilah buat promosi percuma!!!!*
kami gerak ke country homes lebih kurang 12++. seperti biasa, adik2 SG Girls ni mekap 2 jam, so semua ala2 slowmo gitu. sampai je rumah Ina, kami terus letak present dan lepak dalam bilik. bakal pengantin, cik wawa genit pun ada jugak. snap sana sini, mengepoh make up Ina, kami turun bawah. dengar je kompang (tape Zurai, bukan tap :P hahaha) kami ala2 flower girl (tua) ikut belakang pengantin.
Majlis persandingan berlangsung dengan perut yang lapar. kami lepak dalam umah (sebab ada aircond) dan tunggu sampaila pengantin penat. haha. oh, lupa bitau. hampir semua bahan2 kahwin ni adalah hasil Ina dan kakak2 nya. dari 2,3 jenis favors, kek pengantin 2 tingkat, pelamin, hantaran semua buat sendiri. memang kreatif. kalau berkenan, let me know sebab Kak Yong Ina buat bisnes kecil-kecilan. Antara yang hadir semalam beside SG Girls ialah Shahrul, Hamudee & partner, Cimek & partner, Fahmi & wifey, farhan tanpa wifey, budak2 UTM dan seorang lelaki yang super duper kiut (tapi dia dah kawin dan anak dia umor 2 tawun huk huk).
So, apa lagi. Jom tengok pengantin dan kengkawan ber'cam-whoring'!!!




gambar last tu kami dah otw balik. lotihnye. dengan cuaca yang panas dah bahang, peluk pun menitis2 hihihi. singgah di gerai chakoi abang kiut, minum kat rumah aze sambil transfer gambar2 dari kamera aze dan zurai. malam tadi edit2 sikit dan tetido. ok, sorang dah jadi Puan, next will be somewhere around Disember!!! wohoo, marilah buat baju!!!!! so, Zurai...jadik ke Purple???
.
.
XoXo
.
.
.

4 comments:
aku kenal mamat kiut ko tuh..aku g raya umah dia last year..hahaha...xpe2..raya ni ko ikut la yer..kehkeh...salah sebut la mek..aku ni kan ala2 pelat..tetiba!!
Orange theme ke everybody?
And Selamat Pengantin Baru to Ina!
zuraida,
hahaha tau tau. benci aaa.kiut sangat!!! :P
Shopaholic Mama,
Oranges for us the girls je. hihi tema family pengantin ialah purple pink!
Post a Comment