saya hanya tahu benda ni pagi tadi. di MHI. malas nak komen.
Wanita kuasai sektor awam
Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bharian.com.my
![]() |
KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.
Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.
Ahmad Shah berkata, perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.
Ketika dihubungi Berita Harian pula, Ahmad Shah mendakwa nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan.
Beliau berkata, antara faktor utama menyumbang kepada senario itu ialah sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi. (salah orang perempuan kah????)
"Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin. (aku SERIUS tak paham)
"Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala," katanya.
Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang.
Katanya, Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas.
"Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun' kepada mereka," katanya.
Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar.
"Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka akan lebih baik berbanding penjawat lelaki.
"Sebaliknya, `sentuhan langsung' dengan panel penilai mesti diwujudkan dari peringkat saringan pertama lagi di mana pelbagai kriteria penting harus dititikberatkan seperti tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan am setiap calon," katanya.
ok malas dah nak komen. serius.

5 comments:
ngok ngek la cuepacs ni... org work towards 1malaysia : rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. kalau dah nama pencapaian diutamakan, of kos tengok merit. is it the women's fault tht academically they're better? tak cukup dengan academic qualifications, kite buat assessment centres as a level playing field for both men and women to have equal chance of getting hired. tp still tak bleh nak perform lg... abis tu nk buat cemana lg kan??
erm..bnyak jer contoh laki tk bleh pakai dlm gov sector ni..hahah =) rasuah pn laki je yg amek slalu nya..pompuan tk terlibat sgt kes2 mcm tu
nyampah kan? tapi bila dengar nama cuepacs dah tau dah nak popular jerk (tiru cakap pm)..
betul.
buat statement yang dia tak layak pun nak buat. dah mmg pompuan yang kene mengandung dan bersalin. korg nak tolong amek job mengandung dan bersalin kah? hampeh.
lgpun lenkali ckp ikut facts.
kalau dah lelaki tak perform takkan kau nak bagi peluang untuk yang tak perform ni bantutkan pertumbuhan negara? sengal. bengong.
stu**do la qpeks nih...
entahnye, apa kata bagi dia pulak rasa beranak pastu tak yah amik cuti bulan2..chet!
yg membanyakkan kes tatatertib poligami, sexual harrasment, rasuah, rogol bagai kaum diorg jugak..tak masuk mat rempit lagi...kalau tu pun nak kasi can lupakan je la...
qpeks ni dah takde isu la tu..huhu..pathetic
Post a Comment