Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts
Thursday, June 21, 2012
berita gembira :)
berita gembira dari seorang rakan.
i'm happy for you dear!!!
mwahhsssss.
Thursday, November 11, 2010
zaman dah berubah
last weekend, selain dari penuh dengan main game, saya berkesempatan melawat Puan Zuraida yang baru sahaja menyambut kehadiran cahayamata pertama bersama Encik Basiq. Baby yang keluar dua minggu awal yang telah menyebabkan trip ke Jakarta Zurai terpaksa dibatalkan.
anyways, SG Girls sekarang dah menambah bilangan SG Girls Jr. First sekali Rif Rafel, budak chumel anak Ina yang lahir pada bulan Februari yang lepas. Diikuti dengan Aqhil Naufal, anak Amirul (ye, Mirul masuk kategori SG Girls) yang lahir pada bulan Mei. Dan yang ke-3 ini lahir pada bulan Oktober anak kepada Zurai.
Sahlah bahawa semua anak teruna ini bakal mendaftar masuk sekolah pada tahun yang sama (2017) dan mungkin juga di sekolah yang sama kalau semua orang duk di Sri Gombak!
Lokasi perjumpaan adalah di rumah Puan Zuraida lah. Kalau dulu, jumpa, masing-masing tanya pasal kerja, life semasa, ada boyfriend ke, bila nak kahwin....
Tapi last Saturday, inilah yang berlaku....
baru ada dua budak tengah lasak dan sorang tengah tido. tapi memang la kelakar. kelakar yang chumel. masing-masing busy ngan anak-anak. baru SG Girls. kalau kumpulkan 4 Gamma?? lagi pecah kot. hahaha. Tahun depan bakal menyaksikan dua lagi SG Girls bakal mendirikan rumahtangga. Yang nak mengandung plak, ada tiga orang lah. Has, Aini n Maria. Jeng! Jeng! Tambah lagi la SG Girls Jr. Best2!!!!
Anyways, tatkala entry ini ditulis, Rifqi Farouq (nama baby Zurai-dah official) dimasukkan kembali ke APSH kerana lung infection. sedih sangat. kita sama-sama doakan agar baby Zurai sihat dan akan didischarge tak lama lagi k. to Zurai and Basiq, hang in there. Tabahkan hati korang. Aku doakan semua ok. Insya Allah.
T___T
Labels:
baby baru,
berita,
SG Girls,
SG Girls JR,
what i love,
zurai
Thursday, July 15, 2010
harga minyak naik ye
oleh itu, marilah kita kurangkan naik kereta dan berjalan2.
apatah lagi Putrajaya - Sri Gombak.
apatah lagi Putrajaya - Sri Gombak.
SG Girls, later uols kena amik i kat LRT kalau nak jumpa. hahahaha.
source : Berita Harian Online
Tuesday, February 23, 2010
Woman : Bad Decision Maker? No?
saya hanya tahu benda ni pagi tadi. di MHI. malas nak komen.
Wanita kuasai sektor awam
Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bharian.com.my
![]() |
KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.
Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.
Ahmad Shah berkata, perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.
Ketika dihubungi Berita Harian pula, Ahmad Shah mendakwa nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan.
Beliau berkata, antara faktor utama menyumbang kepada senario itu ialah sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi. (salah orang perempuan kah????)
"Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin. (aku SERIUS tak paham)
"Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala," katanya.
Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang.
Katanya, Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas.
"Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun' kepada mereka," katanya.
Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar.
"Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka akan lebih baik berbanding penjawat lelaki.
"Sebaliknya, `sentuhan langsung' dengan panel penilai mesti diwujudkan dari peringkat saringan pertama lagi di mana pelbagai kriteria penting harus dititikberatkan seperti tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan am setiap calon," katanya.
ok malas dah nak komen. serius.
Monday, October 26, 2009
hari ini
a piece from Berita Harian Online.
no review. sekadar untuk dikongsi bersama.
click here.
see ya later ;|
no review. sekadar untuk dikongsi bersama.
click here.
see ya later ;|
Wednesday, June 3, 2009
Renungan..........
.
dapat call from Zurai petang tadi bitau yang salah sorang budak yang kitrorang kenal ditangkap dan dituduh membunuh. sapa yang dia bunuh, korang mesti tau. cerita pengusaha salon nak dirompak dan kena bunuh tu. taktau? cariklah.
.
sama ada perkara ini betul atau tidak, biarlah mahkamah tentukan di dunia ni. a person is innocent until proven guilty. ish! seriau lah. apa nak jadi dah sekarang ni. macam2. yang bunuh orang senang gila macam makan kacang putih, yang ragut orang sampai tergadai nyawa, yang culik sana, culik sini. erm.
.
sama-sama lah kita renungkan. mana silapnya? saya ingatkan diri saya dan jugak rakan2 pembaca. al-fatihah untuk keluarga arwah
.
.
dapat call from Zurai petang tadi bitau yang salah sorang budak yang kitrorang kenal ditangkap dan dituduh membunuh. sapa yang dia bunuh, korang mesti tau. cerita pengusaha salon nak dirompak dan kena bunuh tu. taktau? cariklah.
.
sama ada perkara ini betul atau tidak, biarlah mahkamah tentukan di dunia ni. a person is innocent until proven guilty. ish! seriau lah. apa nak jadi dah sekarang ni. macam2. yang bunuh orang senang gila macam makan kacang putih, yang ragut orang sampai tergadai nyawa, yang culik sana, culik sini. erm.
.
sama-sama lah kita renungkan. mana silapnya? saya ingatkan diri saya dan jugak rakan2 pembaca. al-fatihah untuk keluarga arwah
.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)





