Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

I Need A Vacation

saya dah lama tak vacay.
cuma hujung minggu berpeleseran sahaja. awal tahun ke Langkawi/Pulau Payar (thanks to MakNgah, family day di Port Dickson dan baru2 ni ke Felda Residence Sungkai, Perak.
Sabah pun trip saya trip bekerja. tak macam orang tu kan.....seluruh Asean bakal di terokai. :P
apa yang saya maksudkan ialah cuti yang betul2 keluar dari Malaysia.
last year, by June saya dah merayap ke Bandung dan Singapore.
tapi tahun ni? asik poket bocor buat mende lain je kan.

pastu bila layan internet (kerja aku memalam, sampai tido dah lewat, eyebag macam makcik umor namploh tahun :P) tengok banyak lokasi di Malaysia yang memang best untuk berjalan dan bercuti. Antaranya Belum Eco Resort kat Perak. Macam seronok je. Resort yang didevelop oleh Emkay Group. memang menarik hati dan perasaan nak ke sana. Sebabnya? Eco-friendly resort babe, what do you expect. Asik2 g tepi laut je, kali ni kita masuk hutan dan lepak depan tasik la plak kan. Buat aktiviti trekking, cycling dan memacam. Selain dari releasee tension, boleh menyihatkan badan juga. Bosan lah g jenjalan for shopping sahaja. Sekali sekala masuk hutan, chill dengar burung2 berkicauan, cengkerik dan lain. Damai bukan? Lupakan Astro, TV Series, DVD dan sebagainya. Kat sini memang chillax habis la!!!

        
very nice. i want!

Resort ini dibina dengan scenery yang cantik dan romantik. Part paling boring nak cerita ialah takkan nak pegi sorang2 tempat camni kan? the downside of being single and your friends ada plan lain bersama family tercinta, ada kerja dan sebagainya. Akhirnya? Kau melongok la main internet kat rumah. Tu la, dulu zaman universiti tanak cari boyfriend, padan muka! kan tak kawin2 lagi dan takde soulmate. *ok, enuff bebelan kepada diri sendiri!!!!* Siapa yang nak pegi, sila ke laman web Belum Eco Resort di sini. Promotional rate adalah seperti berikut:

boleh tahanlah harga. tapi nanti nak pegi esok2, mahu tanya Gomen Rate. 
*erk, kiasu, untuk jimatlah!*


Siapa nak pegi, ni contact numbernya:

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding
33200 Gerik
Perak Darul Ridzuan
 Telephone : +6 05 791 6800
Fax : +6 05 791 7600
Email : info@belumresort.com

Satu lagi tempat yang menyentuh hati dan rasa adalah di sebelah pantai timur Malaysia. Dapat tahu pasal tempat ni dari Puan Jiran yang sedang menghabiskan masa berhanimun di Pulau tersebut. Ri Yaz Heritage Marina Resort & Spa. A five star resort. Kat mana? Kat Pulau Duyong, Terengganu. Tempat berlangsungnya Moonsoon Cup tetiap tahun tu. Oh, sangat lah best. me love the area. the swimming pool, the room, everything lah.

breathtaking kan? 

the deluxe room

Rate di sini agak tinggi. sebab 5 star kan? tapi sesiapa yang berminat nak pegi, ada promotional rate sekarang ni. 2 days 1 Night stay untuk family (2 adult/2 children) baru RM 338++/nite which consist of breakfast, minibar and dinner set. For internet savvy, ada rate khas iaitu RM248++ /nite including welcome drink saja. Minat? Kalau nak pegi, contact nya adalah seperti berikut:

Ri Yaz Heritage Marina Resort & Spa
Pulau Duyong
21300 Kuala Terengganu
Terengganu, Malaysia
Tel: (609) 6277 888
Fax: (609) 622 9903
Email: hotline@ri-yazheritage.com.my


ok. tu je. saya tidak dapat apa2 hasil dari promote tempat2 di atas. tapi entry ini saya dedikasi khas buat diri saya sebab saya teringinnnnnnn nak pegi. saya tak berapa gila sangat bershopping *sangat TIPU* dan lebih minat benda2 puas macam vacay cam ke pulau, naik gajah, masuk hutan, main ATV dan lelain. Apakan daya...masih single. Pfffttttt!


I'm (still) a girl. Sitting, Wishing, Hoping.
InsyaAllah - Allah Maha Adil dan Mengetahui segalanya.

(entry ini adalah auto-publish kerana saya sibuk malam semalam-Jumaat, arini dan Ahad, if masih larat dan tak mengantuk, saya update lah aktiviti weekend ye!)




Thursday, May 6, 2010

rumah nombor 13


yes.
untuk lebih tepat, Villa 13.
kami menginap di Villa 13 hujung minggu yang lalu.
takde apa2 yang pelik pun. seronok adalah.
kami (family saya, MakNgah Clan dan dua budak) menginap di sana selama 3 Hari 2 Malam.

apa kitorang buat?
erm. selain amik gambar dan melayan karenah di Zara Marissa, ini yang kami buat:

mandi di Jacuzzi (suam dan sejuk)

ATV (free) rides
*sebab ATV sendiri punya*

merebus telur di mata air panas semulajadi

mandi rendam kaki dalam kolam air panas

dan yang paling seronok ialah bila budak Zara itu dah makin pandai dan makin besar, kiut!

  

semuanya best sangat.
cuma Girl jatuh sakit akibat berendam di dalam jacuzzi memalam buta. hahaha.

kat mana?
semuanya boleh berlaku di:
FELDA Residence Hot Springs
35600 Sungkai,
Perak,
Malaysia

Tel: +605 438 8801/03
Fax: +605 438 8805


for more info, go to their website here.
enjoy your weekend there!!!!

*ini adalah percutian keluarga. bukan endorsement untuk memana pihak. keterangan lanjut boleh pm saya k*