Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Saturday, November 23, 2013

Travel Review : Visit Terengganu 2013



"Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang
Buat bekal gi merang
Di setiu pata peranginan
Singgah sebetor ke rantau abang
Kita tengok penyu telor
Kita tengok penyu telor"


mercu tanda apabila anda sampai di Kuala Terengganu

Masjid Kristal. Gambar dari dalam bas. Tak sempat singgah!

bertepatan dengan Tahun Melawat Terengganu 2013.akhirnya selepas bertahun-tahun, saya sampai lagi ke Terengganu. kampung Dalila Khalid la ni! that was a month ago. entry ini dalam draf. lupa nak publish. hahaha. apa da!

keberadaan di terengganu adalah atas dasar bekerja. tapi memang awesome la tempat ni. bila kat sini, baru tau. patut pun Setiu ni terkenal dengan pantai peranginan. Memang cantik. Marvelous. Subhanallah.

dari hari pertama sampai, layan nasi dagang, ICT, nasi minyak. Cuaca agak ok la. Sebab malam-malam, hujan sangat lebat. Tapi memang best. Sejuk. Tambah dengan deruan ombak. Memang awesome. Kerja almost 24 hrs pun terubat dengan keadaan sekitar yang best.

last day baru dapat jalan ke Pasar Payang. hantar beg ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kami ke Pasar Payang. dapat la beli sikit souvenir dari Terengganu.

a day before, orang ofis dah tolong amikkan keropok yang diorder dari Keropok BTB. BTB tu stands for Bukit Tok Beng. the latest attraction of Kuala Terengganu. dulu masa g Terengganu, kami beratur kat Losong. Skang ni keropok BTB yang popular. kalau nak yang vacuum, kena order in advance. kami order hampir 500 batang. order dari jumaat dan ambil hari isnin. wakaka. nasihat saya, kalau nak beli keropok ini, silalah hubungi tokey dahulu. kalau hanya sehari pegi ke Terengganu, call before fly ke sana. janji nak amik sebelum fly balik. ok? haha, semangat!



Oh btw, masa trip ni stay di Sutra Beach Resort. Quite famous resort some time ago. Still in a good condition. But nampak old school la. Location wise awesome!

Sutra Beach Resort. Sama macam dalam website!! 

i really love the infinity pool. memang sangat cantik. air biru lembut. terus nampak pantai. 

this is the room. mine was the deluxe seaview


infinity pool yang oh.so.lawa.

tiga gambar kat atas. subhanallah. sangat cantik kan?

memang recommended. untuk holiday di sini. memang sangat terbaek. cuma sedikit jauh la (untuk orang-orang macam saya ni. haha). but worth travelling sejauh ini.
dah hujung tahun ni, apa lagi kan? bercuti lah. but please check weather forecast dulu ye. sekarang musim tengkujuh. takut banjir. masa trip dah permulaan tengkujuh kot. sebab hujan gerimis dan agak lebat every day.

so, enjoy your cuti-cuti Malaysia kengkawan.
have fun!!
Visit Malaysia Year 2014

p/s : tengah pulun dissertation weh!






Thursday, November 21, 2013

Travel Review : Berjaya Langkawi Resort


lawatan kerja ke Langkawi.
bertolak jam 7.30 pagi dan pulang jam 7.45 malam.
macam orang ado ado kan?
ecewah.
berangan lebih.

trip ni lebih kepada paksa rela dalam keadaan baru balik kerja seminggu di penang terus gi Langkawi.
Masa pergi gagah la lagi, balik memang flat teruk.

Tapi dapat la merasa buat site visit ke Berjaya Langkawi Resort.
Nak pergi lagi ntah bila.
So, jom tengok BLR ni macam mana.

sampai je sana, lebih kurang jam 9, shuttle from BLR

 lounge area. lobby

restaurant facing the swimming pool and beach area

gym facilities






ok. kat atas tu ada few types of rooms. dari rainforest chalet hingga lah ke water chalet.
semua memang lawa. mampu tgk saja T__T. ada few more la. tapi cam malas nak update. haha. range harga? checkout Berjaya's webpage here

balik dari site visit, kami ada few appointment.
dah hampir jam 6 baru ke airport semula.
sempat la singgah ke shopping mall baru HiG (Haji Ismail Group) yang bersebelahan dengan hotel HiG. beli coklat la. apa lagi. Tak sampai RM100. tapi penuh bakul. Hahaha!

around 7ish kami dah terbang balik ke KL. sampai rumah dah 9 lebih.
penat woo!

so, apa lagi? dah hujung tahun. cuti banyak lagi kan? moh le kita ke Langkawi.
cuti-cuti Malaysia kan? 2014 kan Visit Malaysia Year :)


p/s : banyak nye lagi nak update. huhu. takde masa je ni.



Wednesday, October 9, 2013

many many updates



wah wah. ni bukan tahap berhabuk.
ni dah tahap rumah tinggal!
hahaha.
almost a month!

September was hectic.
kerja. events.
i was all over.
kl-melaka-penang-putrajaya-gombak-penang-langkawi-kl.

phewww.
what a month!

i'll update more.
it should be wordless wednesday, but who cares. right?

ok la. later i'll update u guys with more news.

for now...work! work! work!

*this month it would be melaka-terengganu-langkawi-penang-kl.*nanges*

Wednesday, November 14, 2012

Travel Review : Grand Lexis Hotel, Port Dickson



this was ages ago.
hahaha.
went there for a course.
bukan cuti2 malaysia.
tapi bila dah ada kamera dalam tangan, memang la capture here and there.

my rating for this hotel is 5 stars. for accomodation and services.
for food, its 3.5 stars.

hotel ni ada dua jenis bilik iaitu dengan private pool dan tanpa pool. we were lucky our rooms was upgraded to personal pool. terbaik!!

oklah. enjoy the view from my camera.

Executive Pool Villa :)

public pool, sompoton spa, above the sea villa, recycle area

lobby, stairs, lights

etc

more infos please visit the official website here : Grand Lexis

Friday, September 21, 2012

Tuesday, September 4, 2012

cuti-cuti merdeka



hai peeps.
i am currently at my home town.
sepatutnya hanya pergi dan pulang hari yang sama.
last minit plan berubah, saya kena stay kat sini sampai malam ni.
kalau ikutkan nak balik malam ni. tapi takut sorang2 so saya insyaallah akan pulang subuh esok.
kenapa balik kampung?
hehe saja makan angin. :p
taklah. kena bertugas la.
tapi bila plan saat akhir berubah. meraban carik baju kurung.
petang ni baru dapat. so sebentar lagi nak melawat kawasan sampai malam.

amacam cuti merdeka?
semua pun harus gumbira kot? masih beraya. penuh jadual dengan jemputan open house.
saya walaupun pagi merdeka dah tercatuk kat dataran merdeka jam 545 pagi, tapi sabtu dan ahad adalah sesi makan2. nasi kerabu kat sg girls potluck. nasi dagang kat rumah kawan encik suami. haha. sampai tak larat makan lah.

oklah. saya benti setakat ni dulu.
nak siap2 gi kerja.
later!!

Sunday, June 19, 2011

Travel Review : Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang


as stated before, i was away from the office for 3 days *lompat*lompat*! Selasa pagi tu saya kena menyampaikan ceramah di Glory Beach Resort, Port Dickson. Lepas habis ceramah, bergegas balik ke Putrajaya untuk ambil beg dan terus menuju ke Bukit Tinggi. Rancangan asal nak ke sana guna kereta opis tapi last minit tukar bawak kereta sendiri memandangkan barang nak dibawak agak banyak. Biasa lah. saya kan tak reti packing sikit2. :P. Kursus pada kali ini termasuk dalam pelan latihan. Alhamdulillah terpilih. 

ok. destinasi kali ini adalah Colmar Tropicale,Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang. Nervous tak ingat bila fikir nak naik ke Bukit Tinggi. Saya kan pemabuk tegar. Itu juga alasan membawa kenderaan sendiri. Alhamdulillah, masa naik ok cuma masa balik tu agak mabuk sikit. Cepat2 nyanyi kuat2 dalam kereta sensorang untuk distract diri dari mabuk tengok jalan bersimpang siur itu. Sampai lebih kurang selepas 1 jam 20 minit perjalan dari Putrajaya, saya terus check in dan register dengan pihak Urus Setia. Selepas sesi borak-borak (menggantikan sesi taklimat skema) kami dibenarkan berehat di bilik masing-masing. Saya tak rehat pun. Tukar baju dan plan dengan Ezira nak jenjalan posing2. Tak dan nak charge bateri, kami layan mana yang sempat je. 

Kawasan Colmar Tropicale ini merupakan sebuah kawasan ala-ala perkampungan comel yang diadaptasi rekaan dan binaan nya dari sebuah tempat bernama Colmar di negara Perancis. Cuacanya nyaman. Tidak sejuk pada waktu tengah hari dan petang tapi cukup nyaman untuk berehat. Sunyi dari kesibukan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tapi sangat tidak sihat untuk saya duduk lama2. Sebab saya perlukan peluh dan air sejuk. Haha. Area nya tidak sebesar mana, habis pusing dalam setengah jam sahaja. Tapi ada few gardens yang tidak sempat saya jenguk iaitu Rabbit Farm dan Japanese Garden. Petang hari ke-2 itu hujan lebat selepas kelas memaksa kami lepak dalam bilik je. Takpelah. Next time maybe?

Jom tengok hasil petikan kamera saya untuk tatapan korang semua.

nyaman kan?

mommy hot beraksi. :)


aksi konon2 sejuk. propa saja LOL

si hitam

si hitam dan pasangannya, Blackie

si putih

oh. gorgeous. sangat bersih!


hampir kena patuk. 





dari menara tinjau. tingkat 5

Itu sahaja yang sempat diambil. Jadual kursus yang agak tight dan kemalasan mengusung kamera gabak ke hulu hilir menyebabkan gambar2 berkualiti rendah menggunakan telefon lebih banyak. 

Saya sangat rekemen tempat ini untuk sesiapa yang memang nak berehat. Pasangan yang nak honeymoon atau babymoon juga di galakkan ke sini. Cuma bagi yang mabuk macam saya, tahankan aje lah dalam perjalanan. Atau kepada pasangan bakal pengantin yang mencari2 tempat nak buat pre-wedding photoshoot pun boleh ke sini juga. Memang lain dari yang lain. Tak berapa berpeluh kalau amik gambar kat sini,. :D

Ok, till next review. Daaaa.




p/s : saya tengah counter stat dah melebihi 88,888. Ada sesiapa yang berjaya capture screen masa 88,888 tu? kalau ada, sila emailkan pada saya k.

Tuesday, June 14, 2011

away

saya ada perjalanan yang panjang hari ini. di kala anda membaca entry ini, saya dah berada di satu negeri dan akan bertolak ke negeri yang satu lagi selepas habis kerja di negeri ini.

koordinat lokasi saya adalah seperti berikut:


Lokasi 1 : N2 32.958, E101 47.880


Lokasi 2 : N 03 25 185, E 101 50 522




doakan saya selamat sampai dan selamat pulang ke KL pada hari Khamis.
if line mengijinkan, saya hapdet lain. daaaaa



Sunday, October 3, 2010

Travel Review : Alor Star, Kedah Darul Aman



after a short break. Lebih kurang sebulan lebih, saya menerima memo untuk outstation semula. Kali ini ke utara Semenanjung Malaysia, iaitu ke negeri Kedah Darul Aman. Lokasi kursus di Alor Star. Saya adalah sangat excited dengan perkhabaran ini. Haha. First time kot ke Alor Star. Dah banyak kali dijemput ke sana, baru tahun ini berkesempatan ke sana. Ramai rakan2 rapat yang berasal dari Alor Star. Najeeb, Yanty, Shaz dan beberapa yang lain. Selalunye saya ke belah sana hanya sekadar ke Penang, tapi kali ni extended version. Haha.


Semasa plane hampir nak touch down, saya excited macam jakun melihatkan keadaan muka bumi Kedah yang hampir 70% (ye ke? betulkan kalau saya salah) dilitupi dengan kawasan bendang. Sawah padi. Dan benda pelik pertama yang saya nampak adalah ini...


Muni kata tu gunung-apa-ke-namanya di tengah bendang. Jakun wooo. Hahaha. 

Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Hamid, kami dijemput oleh parents Muni. Terus ke rumah Muni di Taman Shahab. On the way, bapak Muni dengan comelnya telah melalui jalan jauh dari airport ke rumah semata2 nak kenalkan saya dengan bandar Alor Star. :)

Saya adalah excited. Bukan hanya kerana ini adalah tempat kelahiran rakan2 baik saya, malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga berasal (dilahir dan dibesarkan) dari Alor Star. Idolaku. Lepas lunch, saya terus paksa ajak Muni ronda. Masa ni la kita nak explore negara sendiri. Sebenarnya banyak sejarah2 yang kita orang muda ni tak tahu. So, amik lah peluang setiap kali kita berjalan2 ok!

First stop ialah Klinik Maha. Klinik ini adalah klinik Melayu pertama yang dibuka di negeri Kedah. Ianya adalah merupakan klinik mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Klinik ini dibuka selepas beliau tamat kontrak berkhidmat di hospital di Langkawi. Sehingga ke hari ini, klinik ini masih beroperasi. Cuma not sure milik siapa. 



Dari klinik tu, satu pusingan ja dah sampai kat Pekan Rabu. Lokasi perniagaan yang popular dikalangan orang tempatan mahupun dari luar. Disebabkan kami sampai pun dah agak lewat, tak berapa nak meriah dah Pekan Rabu. sempat jugaklah aku membeli belah sikit untuk bekalan mak kat rumah. Ikan Pekasam, Peneram, Pulut Susu, Pulut Hitam dan acuan cheese tart.




Lepas sesi kirai duit, Muni ajak p jalan lagi. Kunun juai mahai takmau p rumah kelahiran Mahathir di Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai. Bajet nak p the next day. On the way tu, sempat lah lalu di Menara Alor Star. Pun takde rezeki. Sebab ditutup kerana berlaku kerja-kerja pembaikan. T___T. Singgah pulak di dataran berhadapan dengan Masjid Zahir. Amik gambar di situ saja. Ada Kompleks Balai Besar, Balai Nobat. Memang la kena hon dengan orang-orang yang lalu lalang. Tapi buat muka tak reti je. Hahaha. So Muni kata jalan ke Kuala Kedah. Kat Kuala Kedah pulak tak dan makan laksa pun, sebab hujan renyai dah mula turun. Setakat p, tengok dan balik ke Alor Star semula. Malam tu takde buat apa sebab Muni dah start klas. 

    


 

The next day, memandangkan kelas saya hanya bermula jam 11 pagi, plan sehari sebelum itu nak dilaksanakan. Muni ada klas pagi, so saya ajak pemandu untuk jalan2 area tu. Al-kisahnya, setiap hari Isnin, tempat2 bersejarah ni semuanya tutup. Ye la, Kedah macam Kelantan. Jumaat cuti, Ahad kerja. Waaaa rasa nak nangis sebab tak dapat masuk. Last2 amik gambar kat pagar je. T___T. Sama juga keadaannya semasa pergi ke Rumah Merdeka. Pun tutup! waaaaa. Otw balik dari kelas nak ke rumah Muni sebelum balik, sempat la lalu di area sekolah elit di Alor Star. Sekolah mana lagi kalau bukan Sultan Abdul Hamid College atau KSAH. Saya ada ramaaaaaiii sangat kawan yang merupakan alma mater kolej. Memang semuanya power. Sila google untuk maklumat lanjut berkenaan SAHOCA/KSAH.

          


Satu yang sedih adalah melihatkan keadaan Terusan Wan Mat Saman. Terusan terpanjang di Malaysia. Yang sangat termasyhur dan popular dalam buku sejarah sekolah menengah. Tapi tidak dijaga. Kotor, tersumbat. Alangkah eloknya kalau ianya dijaga dan dipelihara. Itu kan warisan negara?

Petang Isnin dah pun gerak balik ke KL. Tak syiok! Tak puaih! Disebabkan itu lah saya nak pergi ke Alor Star lagi. Bila? Belum ada plan. Tapi..tunggguuu..Banyak lagi tempat lain. Antara yang wajib p adalah Lembah Bujang!

Anyways, kepada sesiapa yang bakal berjalan2 ke Kedah, Alor Star khususnya, silalah melawat ke tempat2 tersebut. Sebenarnya banyak lagi. Visit Kedah State Government Tourism Official Page untuk maklumat lanjut. 

Jom pakat ramai-ramai pi Kedah!!!!