Showing posts with label cerita zaman dulu. Show all posts
Showing posts with label cerita zaman dulu. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Cerita Ramadhan



sejak dulu, sampai sekarang macam2 drama atau rancangan tv akan ditayangkan.
ada setengah tu dibuat khas untuk bulan Ramadhan.

kalau ada antara korang yang sebaya sama ngan saya, mesti tau beberapa drama dan rancangan tv glamer zaman dulu masa bulan puasa.
itu lah rancangan yang kita tengok sementara nak tunggu berbuka.

jom tengok!

1. Rumah Kedai



- ini antara favourite drama. cerita berkisar di sekitar rumah kedai. best! harun salim bachik mula dikenali melalui drama ni. dengan sudiro. hoho. kenangan ok cerita ni!

2. jejak rasul


- ni bermula tahun 1995. nostalgia ok. memang superb production ni. dulu sampai sekarang. banyak yang dipelajari. if ada rezeki nak beli dvd, kumpul. 

3. diari ramadhan rafique


- ni cerita moden. anak mix yang belajar puasa. super best! lebih kurang tahun 2006 ke 2007. tak ingat. tapi memang best. olskool kan? sebab tengok muka rozita che wan pun tau cerita ni cerita lama. hahaha. tapi memang cerita ni best. suka budak bolat rambut kenteng tu. apa nama dia? sarah kot. haha. best!

4. kasih alia


- yang ni cerita last year if tak silap. sambil2 tunggu azan maghrib layan la. haha. oklah kan. suka dengan sheila rusli jadi jahat! :P

5. dejavu di kinabalu

ni drama tahun ni. ahaks. layan gak. senyum2 sengeh2 sensorang. hahaha. tapi minggu ni last. maksudnya hari ni last day. siapa akan kawin ngan nadira? sat g kita tau lah.


oklah. tu je.
tetiba teringat zaman dulu2 masa sekolah rendah. memang main tak ingat dunia kat sekolah. balik penat. mandi petang hirup air sejuk sikit. tak tahan! tapi lepas tu baring atas kusyen, buat2 nak pengsan dan rasa nak mati sebab puasa. hahahaha.
anak2 nanti cemana la kan?



Friday, May 14, 2010

illegal


morning darlings. 
pagi ini sambil membawa kereta, mendengar Fly fm. (rutin harian ye).
di saat di Phat Fabes menyebut "next is Lady Gaga featuring Beyonce, Telephone" saya tetiba teringat!

*ting*

zaman sekarang kita sibuk dengan mp3, urusan download secara haram. be it lagu, music video, tv series mahupun movies. memang lah teknologi menyenangkan kaki-kaki download seperti saya ini untuk menonton dan mendengar lagu dan sebagainya. 

tapi korang ingat tak? sebenarnya kita dah pun melalui zaman mencetak dan merompak lagu2 dan video ni lama sebenarnya. tapi caranya lebih old school dan memakan lebih banyak masa. 



dulu sebelum adanya stesen radio swasta macam Era, Hot FM, Fly FM, Sinar, X-Fresh dan sebagainya, saya hanya mendengar dua stesen radio sahaja (yang sekarang ni matilah jangan harap nak store dalam memory radio pun!) iaitu Radio Muzik (stesen muzik anda - sila nyanyi ikut tune) dan Radio KL. atau kalau bosan bukak lah THR atau pun Best 104. 

*pujaan hati dahulu kala*

Kalau dulu di Radio Muzik rancangan paling popular adalah yang malam2 tu. alamak, apakah namanye????
(please help kalau korang ingat). Rasanya Pilihan Bersama kot. yang seleksi lagu-lagunya adalah pilihan pendengar. Kalau nak dengar lagu feveret, kena call. dulu mana ada sms dan e-mel. Zaman itulah lagu-lagu Kak Ziana, Celine Dion, Siti Nurhaliza, Slam memang lah popular. Masih saya ingat lagi, kedegilan tanak beli kaset sendiri (ye, masa itu zaman kaset) dan duduk depan radio kecil yang diperolehi dari hadiah hari lahir, masukkan kaset kosong dan cepat2 tekan butang 'record' bila DJ radio kata, pilihan seterusnya adalah dari...dengan lagu pilihan..Madah Berhelah. hamik kau! cepat saja record lagu dan tunggu sampai lah lagu tu habis dan tekan butang 'stop'. dari kul 8 malam sampai lah sepuluh malam. habis juga dua-dua side kaset tu.



Bila dah ada kompilasi lagu-lagu best mulalah layan. Walaupun sound yang dirakam tak la best mana, tapi puas hati. bawak lah ke mana-mana dengan Sony Walkman segabak-gabaknya. bangga okeh. Zaman dulu kalau pegi lawatan kat sekolah, ada walkman memang dah kira hot stuff lah! hahaha. 




Dulu takde Astro. Yang ada pun Mega TV. Ingat tak? Ingat tak? hahaha. Walaupun channelnya tak seberapa, tapi bolehlah. Setakat nak layan Basketball dan sikit MTV sekali sekali. boleh je nak record guna video DVR tu. Lepas tu, zaman CD diperkenalkan. Mulalah beli CD Video Klip MTV kat pasar malam. (aku je kot). Masuk akhir zaman sekolah menengah, demam Napster mula merebak. haha. di sinilah bermula kerja illegal downloading dari internet. ko nak lagu apa? dari omputih, hidustan, spanish, french, melayu. segalanya lah. memang MMA (macam-macam ada). Naik ke Universiti, aku mula gila cerita-cerita Korea. server di kolej tak berapa nak kuat, tapi banyak sangat budak2 (terutama budak Sc Comp seperti Puan Kopi dan Suhana Azlin - hahaha, macam ye) yang buat duit dengan jual satu set cd. Cerita Winter Sonata, Full House dan banyak lagi. oh rindu zaman di UTM! pssst : siapa ada FullHouse? rindu lah nak tgk. pinjam.....

Rain di zaman gonjengnya.

Mp3 menjadi kegilaan saya. Ada beribu kot lagu. Kalau campur semua HD yang ada, memang la mungkin beratus ribu mp3. hahaha. saya tak buat jual pun. dengar sendiri2. tapi masih membeli album original ye. Contohnya album Siti Nurhaliza dan Anuar Zain. hahahaha. Itu belum lagi nak bebel berkenaan dengan You Tube dan macam-macam lagi sumber mendapatkan mp3 dan video2. Seekasong la, 4shared la. Rapidshare. hahahaha. 

Itulah dia. saja nak membebel. serius teruja dan teringat zaman lampau masa dengar radio pagi ni. teringat lah nostalgia. zaman ini memang mudah. nak apa pun. hanya satu ketikan di keyboard dan mouse sahaja. dah dapat semuanya. guna handphone pun boleh!

Alhamdulillah. 

p/s : sokonglah arena muzik tanah air. :)