Friday, May 14, 2010

illegal


morning darlings. 
pagi ini sambil membawa kereta, mendengar Fly fm. (rutin harian ye).
di saat di Phat Fabes menyebut "next is Lady Gaga featuring Beyonce, Telephone" saya tetiba teringat!

*ting*

zaman sekarang kita sibuk dengan mp3, urusan download secara haram. be it lagu, music video, tv series mahupun movies. memang lah teknologi menyenangkan kaki-kaki download seperti saya ini untuk menonton dan mendengar lagu dan sebagainya. 

tapi korang ingat tak? sebenarnya kita dah pun melalui zaman mencetak dan merompak lagu2 dan video ni lama sebenarnya. tapi caranya lebih old school dan memakan lebih banyak masa. 



dulu sebelum adanya stesen radio swasta macam Era, Hot FM, Fly FM, Sinar, X-Fresh dan sebagainya, saya hanya mendengar dua stesen radio sahaja (yang sekarang ni matilah jangan harap nak store dalam memory radio pun!) iaitu Radio Muzik (stesen muzik anda - sila nyanyi ikut tune) dan Radio KL. atau kalau bosan bukak lah THR atau pun Best 104. 

*pujaan hati dahulu kala*

Kalau dulu di Radio Muzik rancangan paling popular adalah yang malam2 tu. alamak, apakah namanye????
(please help kalau korang ingat). Rasanya Pilihan Bersama kot. yang seleksi lagu-lagunya adalah pilihan pendengar. Kalau nak dengar lagu feveret, kena call. dulu mana ada sms dan e-mel. Zaman itulah lagu-lagu Kak Ziana, Celine Dion, Siti Nurhaliza, Slam memang lah popular. Masih saya ingat lagi, kedegilan tanak beli kaset sendiri (ye, masa itu zaman kaset) dan duduk depan radio kecil yang diperolehi dari hadiah hari lahir, masukkan kaset kosong dan cepat2 tekan butang 'record' bila DJ radio kata, pilihan seterusnya adalah dari...dengan lagu pilihan..Madah Berhelah. hamik kau! cepat saja record lagu dan tunggu sampai lah lagu tu habis dan tekan butang 'stop'. dari kul 8 malam sampai lah sepuluh malam. habis juga dua-dua side kaset tu.



Bila dah ada kompilasi lagu-lagu best mulalah layan. Walaupun sound yang dirakam tak la best mana, tapi puas hati. bawak lah ke mana-mana dengan Sony Walkman segabak-gabaknya. bangga okeh. Zaman dulu kalau pegi lawatan kat sekolah, ada walkman memang dah kira hot stuff lah! hahaha. 




Dulu takde Astro. Yang ada pun Mega TV. Ingat tak? Ingat tak? hahaha. Walaupun channelnya tak seberapa, tapi bolehlah. Setakat nak layan Basketball dan sikit MTV sekali sekali. boleh je nak record guna video DVR tu. Lepas tu, zaman CD diperkenalkan. Mulalah beli CD Video Klip MTV kat pasar malam. (aku je kot). Masuk akhir zaman sekolah menengah, demam Napster mula merebak. haha. di sinilah bermula kerja illegal downloading dari internet. ko nak lagu apa? dari omputih, hidustan, spanish, french, melayu. segalanya lah. memang MMA (macam-macam ada). Naik ke Universiti, aku mula gila cerita-cerita Korea. server di kolej tak berapa nak kuat, tapi banyak sangat budak2 (terutama budak Sc Comp seperti Puan Kopi dan Suhana Azlin - hahaha, macam ye) yang buat duit dengan jual satu set cd. Cerita Winter Sonata, Full House dan banyak lagi. oh rindu zaman di UTM! pssst : siapa ada FullHouse? rindu lah nak tgk. pinjam.....

Rain di zaman gonjengnya.

Mp3 menjadi kegilaan saya. Ada beribu kot lagu. Kalau campur semua HD yang ada, memang la mungkin beratus ribu mp3. hahaha. saya tak buat jual pun. dengar sendiri2. tapi masih membeli album original ye. Contohnya album Siti Nurhaliza dan Anuar Zain. hahahaha. Itu belum lagi nak bebel berkenaan dengan You Tube dan macam-macam lagi sumber mendapatkan mp3 dan video2. Seekasong la, 4shared la. Rapidshare. hahahaha. 

Itulah dia. saja nak membebel. serius teruja dan teringat zaman lampau masa dengar radio pagi ni. teringat lah nostalgia. zaman ini memang mudah. nak apa pun. hanya satu ketikan di keyboard dan mouse sahaja. dah dapat semuanya. guna handphone pun boleh!

Alhamdulillah. 

p/s : sokonglah arena muzik tanah air. :)



12 comments:

ami wafa said...

walking down the memory lane cik yanti kita pagi2 ni.

yup, nama rancangan mlm kat radio muzik tu mmg pilihan bersama. didi mesti xtau rancangan ni kan? haha!!

aku ada cd full house. siap ada cd special utk few selected scenes yg best kelakar comel x ingt dunia. owh, teringat zaman kegemilangan k-drama ni, kul 8.30 je dah tercongok dpn tv nak tnggu full house. buku sume tolak tepi dulu. hehe... pastu siap merayu2 kat senior utk 'burn'kan cd, bayar sekeping rm2 haha!!!

swit@kon said...

ami wafa,

tau takpe. aku memang terbuai2 pagi ni ok. hahahaha. siap terus terngiang2 lagu Slam!

didi - kau tau tak? Pilihan Bersama? aku rasa masa ni kau kat UK.

Min!!! nak pinjam cd tu. aku punya masa kat KayDoubleYouPee ada orang pinjam tanpa pulangan. hahaha. tak ingat dah.

dulu kalau kat uni, beli cd satu set sploh inggit kan. memang tak tido dan tak pegi klas layan sampai subuh!

~LIZA~ said...

eh dulu pon i memang layan pilihan bersama tu :D

thesweetlittlecat said...

mcm terasa je part donlod secara haram tuh! hehehehehe

p.s. everything's at our fingertips nowaday.. :)

Eny Yusof said...

aku beli cd citer korea sume yang original. mahal plak tu. dulu ada yang ratus-ratus. tu yang sayang gila. tapi yang tak bestnya bila ada orang pinjam tak pulang. baaaaanyak plak tu. oh cd korea ku.....

suhana azlin said...

betul betul..kalau borak dgn kamal pun masing2 akan cerita kegilaan merokod lagu dari radio muzik haha..

tp dia budak pandai, so mintak la hi fi ke, tv dlm bilik ke or latest kaset mesti dapat...cam aku yg malas belajar ni mmg kena gigih la kan nak cetak rompak bagai hehehe...

didi said...

Oy, aku memang tak tau apa itu pilihan bersama. Tak bestnye nama rancangan tuuuuu.

Time kat sekolah, ada budak ejek muka aku sama macam zamani tu :(
Tak kan?

Kalau x mesti kau hor hor tgk aku, beb
(oh, tiba2 rasa diri ini kena violate sebab dah biasa tak pakai baju bila dgn kau)

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

swit@kon said...

~LIZA~

sangat layan kan? semua lagu hot2

swit@kon said...

thesweetlittlecat

bukan kau je, aku sekali! :P

swit@kon said...

Eny Yusof

aku tahu. sebab masa deepeeyaa aku g bilik kau. banyak betul dvd. semua ori!

swit@kon said...

suhana azlin,

bapak aku beli kaset dangdut je. tapi bolehla. belajar2 bergelek kan! :P

swit@kon said...

didi

serius aku berguling gelak sakan bila kau bitau muka kau budak ejek macam zamani. hahahahaahahahahaha