Showing posts with label gym. Show all posts
Showing posts with label gym. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

kasut bocor

skang hobby setiap selasa dan khamis adalah ke gymnasium.
nak menyihatkan diri ini.
at least dapat berjalan atas treadmill untuk exercise kaki.
nak berjogging malas. satu alasan yang pasti adalah keberatan nak bersiap dan turun dari aras 17 ke bawah dan berlari. itu amat memerlukan tenaga yang banyak. LOL.

anyways, aku kira bertuah la. sebab JayPeeAm provide gymnasium untuk opiser2 nya.
gym tu letaknya di blok sebelah ni je. dan dibahagikan masa penggunaan mengikut jantina.
untuk wanita, hanya pada hari Selasa, Khamis, Jumaat (waktu lunch hour) dan Sabtu (half day).
oh, hari ni tidak la pegi. sebab apa?

sebab ni:

nampak tak dua kasut yang terkujur di sebelah multi-gyms machine tu.
abaikan si baju merah itu.

gambar di atas adalah selepas 50 minit berjalan di atas treadmill.
sebenarnya, pada minit ke-5, telinga ni dah terdengar 'kelepek,kelepek'.
ingatkan apa, rupanya tapak kasut sebelah kanan dah terbukak. teruskan je lah.
al-kisah, dah memang uzur sangat kot, terus dia gelungsur dari papan treadmill itu.
nasib baik tuan punya kasut tak gelungsur sama.
tapi sebab tengah gigih nak menapak atas treadmill, ku habiskan sahaja 40minit-ish dengan berjalan hanya berstokin. praktis tu! ;)

so, itu lah alasan tak g gym hari ni.
kasut tu usianya hampir 4 tahun. beli tahun 2007 before g deepeeyea.
memang jarang pakai. elok je dia duduk diam2 dalam kereta.
itu sebabnya tapak tanggal.
sebab berpanas dalam kereta gamaknya.

takpelah. malam ni nak suh ayah tampalkan.
leh g gym hari Khamis.
jom Puan Jiran!!

Wednesday, June 3, 2009

berjaya!!

.
la la la..
(picture credits form here)
.
entry yang aritu tu (click sini untuk baca) berkenaan dengan 'mangkuk' ass.
.
seperti yang telah diplankan, saya bersama-sama Aja dan Syikin telah pulang dari opis semalam jam 530 petang (gila awal!). balik rumah, solat dan tukar baju terus gerak ke Pusat Kejiranan Presint 9, Putrajaya. Dua kali tawaf foodcourt tu, baru la dapat parking. betul2 depan pool kanak2. basah kuyup lantai dengan air pool yang melimpah ruah. Abangla yang dua tiga kali menyapu air tu pun still tak berjaya mengurangkan lopak2 air tu. Pool tu penuh dengan budak2 yang semangat main air. sementara tunggu si Aja ngan Syikin, sempat jugak gelak2 tengok ada seorang budak laki (dalam 5,6 tahun) yang duduk tepi tangga pool dan sedang menghirup air klorin tu. hahaha. seronok nya cuti sekolah!
.
naik ke tingkat atas, bayar RM2.00. terus kami ke gym. chomel je pusat gymnasium tu. ada 2 treadmills, satu bicycle, dua benches, chest and shoulder dan banyak la lagi. saya sempat untuk lari atas treadmill 20 minit (about 85+ calories burnt!), cycling 15 minit (dalam 40+ calories burnt lagi), buat ab crunch 10 kali dan buat triceps/biceps crunch. tak boleh banyak2 sebab dah lama tak layan gym, buatnya mabuk, pitam, pengsan. susah!
.
afterall, saya puas hati dengan peluh2 yang keluar dan ia membuatkan saya seronok! plan untuk swim plak pas ni. tengok jadual kerja dulu la. habis makan saya terus g foodcourt (hahaha!) dan mengorder sepinggan LambChop (yang dibelanja oleh Encik A-rel). tak berbaloi langsung g gym tapi topup balik dengan lemak2 kambing! tapi takpelah. hati senang, perut kenyang. ha ha ha.
.
nanti g gym lagi!!! yeay!
.