Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

happy 1st birthday akeef izzaddin



happy birthday Akeef Izzaddin!
this is the second time Noah attended a birthday party :)
Noah cam biasa, tengok sana sini. Bila nak amik gambar sibuk tengok goodies bag.
tengok gambar bawah ni...
hahahaha Noah...Noah..

Ex officemate and our 2014 babies
Roro with Khayra (Jan'14), Yours Truly with Noah (Sept'14) & Qilah with Akeef (Mac'14)

 Noah is the smallest. Haha!
Beza 9 bulan..haruslah kan? :)

Thanks Qilah for inviting.
Happy Birthday Akeef. Semoga panjang umur dan diberkati Allah selalu.
Jadi anak yang soleh ok!



Friday, May 24, 2013

Review Jalan-Jalan : Muzium Coklat, Kota Damansara


aktiviti pusp*anita yang dipelopori oleh penulis blog ini. pfftt. hahaha.
jadi kena la banyak sikit aktivitinya ye dok?
hahaha. bukan apa. lawatan ni mudah nak buat.
ajk sosial yang semangat! thanks amie!

kami plan nak gi chocolate museum ni lepas amie try chocolate dari wedding shah. yup. they gave fidani/danson chocs as door gifts. so yang extra bawak ke office and tercipta lah idea nak gi sini.

mana kami pegi? Chocolate Museum @ Kota Damansara.
milik sepenuhnya oleh rakyat tempatan, DR Group, Dato' Dahlan Rashid.

Jom tengok gambar!

the entrance

upon arrival



owner :)

demo chocolate tempering

muka happy shopping chocolate


sesuai sangat nak bawak budak2 musim cuti sekolah ni.
belajar sejarah coklat. ibu2, akak2 boleh shopping. :D
muzium ni bukak daily, Isnin hingga Ahad, jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

alamatnya :
Chocolate Museum by Fidani @ Kota Damansara
DR Group Holdings Sdn Bhd
No. 2 Jalan Teknologi ¾,
Selangor Science Park 1,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor
GPS Coordinate : 3.156173 , 101.56892
more info : DR Group Chocolate Museum



Thursday, May 23, 2013

Lego Serious Play : My Experience


oooh. cerita ni duduk dalam draft super lama.
this was a month ago kot.
takpelah.
baca la cerita basi i selepas sebulan tak update blog.
muahahahaha.





dapat peluang attend course Lego Serious Play.
Memang best.
penat sampai balik je terus flat.
memang nampak macam main-main je.
tapi penuh makna.
 

dalam pada kita bina model tu, dan selepas tu kena cerita metafora di sebalik model, amek...
terbaik la. otak pusing macam2. tapi at the end of the day, we learned how to respect each other, view other's opinion with respect, get everyone to talk (bagus untuk meeting), being creative in your own way and many more benefit la.
selain daripada dapat tengok model orang lain yang sangat kreatif, kita boleh kenal masing-masing informally. memang best.
ni baru pilot.
 
 best! tengok berapa ribu pieces lego.muahaha


overall, program ni best. new way of building teams in organisation.
:)


the team. happy and satisfied.

p/s : you can read about the science of Lego Serious Play (LSP) here


Wednesday, April 3, 2013

Makan Review : Warung Tapak Sulaiman (Warung Bunian)


lamanya tak buat review makan-makan.

kali ni nak buat review pasal Restoran Tapak Sulaiman.

Nama lain restoran ni adalah restoran bunian. kenapa? bukan sebab yang mistik tapi lebih kepada sebab kedudukannya yang agak tersorok daripada dunia luar.
Lokasi restoran adalah di Kampung Limau Manis yang letaknya di antara Putrajaya dan Kajang.
Akses masuk ke sini adalah melalui Sungai Merab atau Pinggiran Putrajaya.
Nak mudah, saya sertakan GPS coordinatenya.
2.908737, 101.727188.

kami pergi last two weeks. mula-mula plan 10 orang. tapi last2 pegi 7 orang je. and kena booked before pergi. kalau lewat memang takkan dapat seat. nombor untuk dihubungi adalah 0173812246.

kalau merujuk kepada blog puan bos saya, menu setiap hari berbeza. kami pergi haritu hari isnin, menu adalah masak lemak ketam, ayam goreng, ikan goreng kicap.

warung bunian, pilihan JJCM. before & after view



makan kat sini memang best. area kampung. sambil ditemani bunyi-bunyi angsa, ayam dan banyak bunyi lain.
overal verdict? 5 star!
aduhai. ni dah terliur teringat ketam lemak tu.
haih.
qilah, kita kena pegi lagi sekali ni. haha.
 

selamat mencuba!

Saturday, October 1, 2011

Good Bye (For Now)

Kita telah secara rasminya memasuki suku ke-4 tahun 2011. Hari ini 1 Oktober 2011.

Semalam menyaksikan banyak perkara berlaku.

Pertamanya adala semalam merupakan hari terakhir bagi YBhg. Datuk TKSUK JayPeeAm berkhidmat dalam Perkhidmatan*Awam selepas 33 tahun. Secara wajib, beliau akan bersara pada 2 Oktober. Majlis perpisahan, Majlis Sekalung Budi dah selamat berlangsung petang semalam. Saya jadi emcee. Oh, sedih ok. Sangat sedih. Nasib baik tak tertelan ayat2 yang nak dikatakan. Gambar official majlis semalam saya masih belum terima, so saya upload gambar our tea session last Monday kat Kelab Tasik. To Datuk, i wish you well. Remember me. InsyaAllah, see ya again. :)

Us
Kelab Tasik Putrajaya, September 2011

DK, Muni & Yours Truly
Siam Niramit, Bangkok
July 2010



Kedua. Dua orang rakan baik saya di pejabat, Muni dan Dali telahpun berangkat pagi ini ke IN*TAN untuk menjalani kursus 6 bulan mereka, selepas 2.5 tahun berkhidmat. Lama kan? Walaupun Qilah masih berada di pejabat kerana terpaksa tidak hadir DeePeeYea, tapi dia akan berangkat juga meninggalkan office selama 3 bulan selepas baby dia keluar nanti. Uhuk.

To Muni & Dali : Selamat berkursus. Have fun. Enjoy every bit of the courses. Its gonna be a whole lot different then what i had last time! Gonna miss both of ya! xoxo. DK - please update ;)

 “You may forget what they said, but you will never forget how they made you feel.” 


Good Bye (For Now)......

Wednesday, May 11, 2011

hadiah yang bermakna

ye, seperti yang dimaklumkan saya telah bertukar portfolio.
di division saya, telah dibuat job rotation dan saya antara yang terlibat.
at first, it's kinda hard for me to accept the fact (selepas 4 tahun) that i'm no longer in charge of disciplinary action for those yang ada issue dan akan tukar portfolio yang jauh berbeza.
walaupun still dalam division yang sama, kerja sangat lain.
dari duduk di pejabat, menghadap paperwork yang banyak dan pening dengan karenah orang ke tempat yang penuh dengan kejutan (dari segi kerja). benda on going banyak (super banyak) dan benda2 terkejut pun banyak. dan insyaAllah, duk sini, makin kurus lah saya. Kerana berlari2 ke sana sini.

dan isnin lalu, mantan ahli seksyen (termasuk bos kecik) panggil saya ke dalam bilik. mereka bagi ucapan terima kasih dan berikan saya hadiah.

alhamdulillah. empat tahun bersama, depa tau benda kesukaan saya.
apa yang saya dapat?

1. buku baking
2. cadar :)

oh chinta!

dan saya plan nak baking dengan semangatnya sejak ada buku baru ni. hahaha.

Tuesday, March 1, 2011

kasut bocor

skang hobby setiap selasa dan khamis adalah ke gymnasium.
nak menyihatkan diri ini.
at least dapat berjalan atas treadmill untuk exercise kaki.
nak berjogging malas. satu alasan yang pasti adalah keberatan nak bersiap dan turun dari aras 17 ke bawah dan berlari. itu amat memerlukan tenaga yang banyak. LOL.

anyways, aku kira bertuah la. sebab JayPeeAm provide gymnasium untuk opiser2 nya.
gym tu letaknya di blok sebelah ni je. dan dibahagikan masa penggunaan mengikut jantina.
untuk wanita, hanya pada hari Selasa, Khamis, Jumaat (waktu lunch hour) dan Sabtu (half day).
oh, hari ni tidak la pegi. sebab apa?

sebab ni:

nampak tak dua kasut yang terkujur di sebelah multi-gyms machine tu.
abaikan si baju merah itu.

gambar di atas adalah selepas 50 minit berjalan di atas treadmill.
sebenarnya, pada minit ke-5, telinga ni dah terdengar 'kelepek,kelepek'.
ingatkan apa, rupanya tapak kasut sebelah kanan dah terbukak. teruskan je lah.
al-kisah, dah memang uzur sangat kot, terus dia gelungsur dari papan treadmill itu.
nasib baik tuan punya kasut tak gelungsur sama.
tapi sebab tengah gigih nak menapak atas treadmill, ku habiskan sahaja 40minit-ish dengan berjalan hanya berstokin. praktis tu! ;)

so, itu lah alasan tak g gym hari ni.
kasut tu usianya hampir 4 tahun. beli tahun 2007 before g deepeeyea.
memang jarang pakai. elok je dia duduk diam2 dalam kereta.
itu sebabnya tapak tanggal.
sebab berpanas dalam kereta gamaknya.

takpelah. malam ni nak suh ayah tampalkan.
leh g gym hari Khamis.
jom Puan Jiran!!