Tuesday, March 1, 2011

kasut bocor

skang hobby setiap selasa dan khamis adalah ke gymnasium.
nak menyihatkan diri ini.
at least dapat berjalan atas treadmill untuk exercise kaki.
nak berjogging malas. satu alasan yang pasti adalah keberatan nak bersiap dan turun dari aras 17 ke bawah dan berlari. itu amat memerlukan tenaga yang banyak. LOL.

anyways, aku kira bertuah la. sebab JayPeeAm provide gymnasium untuk opiser2 nya.
gym tu letaknya di blok sebelah ni je. dan dibahagikan masa penggunaan mengikut jantina.
untuk wanita, hanya pada hari Selasa, Khamis, Jumaat (waktu lunch hour) dan Sabtu (half day).
oh, hari ni tidak la pegi. sebab apa?

sebab ni:

nampak tak dua kasut yang terkujur di sebelah multi-gyms machine tu.
abaikan si baju merah itu.

gambar di atas adalah selepas 50 minit berjalan di atas treadmill.
sebenarnya, pada minit ke-5, telinga ni dah terdengar 'kelepek,kelepek'.
ingatkan apa, rupanya tapak kasut sebelah kanan dah terbukak. teruskan je lah.
al-kisah, dah memang uzur sangat kot, terus dia gelungsur dari papan treadmill itu.
nasib baik tuan punya kasut tak gelungsur sama.
tapi sebab tengah gigih nak menapak atas treadmill, ku habiskan sahaja 40minit-ish dengan berjalan hanya berstokin. praktis tu! ;)

so, itu lah alasan tak g gym hari ni.
kasut tu usianya hampir 4 tahun. beli tahun 2007 before g deepeeyea.
memang jarang pakai. elok je dia duduk diam2 dalam kereta.
itu sebabnya tapak tanggal.
sebab berpanas dalam kereta gamaknya.

takpelah. malam ni nak suh ayah tampalkan.
leh g gym hari Khamis.
jom Puan Jiran!!

No comments: