Showing posts with label healthy living. Show all posts
Showing posts with label healthy living. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

bulan kesihatan


here i am. laying on my bed. at 3.32 pm. ahaks.
aku chotty la. got some errands. so cuti pun banyak, aku decide untuk cuti. 
lepas opis semalam, singgah klinik. ada sikit sakit. walaupun sihat di luar. dalam ada sikit sakit la. 
dah dapat ubat dan RM 50 melayang, balik rumah. kelakar kot. doktor kata last aku datang klinik tahun 2008 ok. huish. biar betul lama betik tu aku tak g klinik kan? rasanya ada kot. doktor tu pepandai je. seingat aku, last pegi klinik pun g klinik kerajaan. sebab apa tatau. g kat klinik kesihatan precinct 9 yang maha lembap dan tah apa2 tu la. terus terang bitau la. aku kalau sakit susah nak ke klinik kerajaan. aku plak jenis susah nak sakit. kalau sekali sakit tu memang parah dan tenat la. rasa nak mati jam jam tu jugak. so bila kau kena tunggu hampir sejam setengah nak jumpa doktor, memang aku tak sanggup. tu yang pegi klinik swasta je terus. 

cakap pasal klinik sakit, klinik gigi lagi dah lama aku tak pegi. dulu2 makngah daftarkan aku kat klinik gigi kat PJ Oldtown.Memang 6 bulan sekali, doktor akan hantar poskad kata aku dah kena pegi buat check up gigi. dah la poskad tu chomel2 belaka. suka !!! tapi aku paling benci kalau doktor gigi datang sekolah. hahaha. takut!!!!! siang2 dah pegi kumur2 kat toilet. tapi hasil pemeriksaan gigi aku masa sekolah semua dapat A. ahahaha

major buat gigi adalah masa sekolah kot. ke universiti. tak ingat. kawan2 yang kenal aku memang tahu la (ada je yang tak perasan) yang gigi depan aku (gigi kapak aka gigi arnab) ni pernah patah suku. masa darjah 6. zaman2 menjantan tu la. main roller blade. orang main biasa2, aku main nak up je. so main la 'bola sepak' guna roller blade. 'bola' yang digunakan untuk tendang ialah tin minuman yang kemek. ala. konon macam ice hockey tu la. ada putter ke pucker tu. oh, aku dah google. benda tu nama dia puck. cam Puck dalam Glee la plak. ahaks!! so main punya main, aku jatuh tersembam, muka dulu. maybe masa tu aku seronok sangat, aku tengah sengeh kot. dan hasilnya aku rasa bibir aku sebal dan dunia ni bergegar. kazen aku nampak gigi aku jatuh dan dia maha bijak pegi lenyek gigi aku tu dengan roller blade. balik rumah (jarak dalam 5km jugak la) terus tutup mulut. mak tanya je kenapa, aku terus nanges. nasib baik takde apa2. suku gigi je patah. kalau semua? tak ke aku jadi minah rongak. :P 

apapun, sampai hari ni aku ingat ok. malu tau tak. main kat taman nak geng budak lelaki je. budak pompuan tamau. hah! itu la jadinya. so masa aku sekolah lagi la kot atau dah masuk uni, baru pergi Cahaya Suria (klinik gigi kerajaan) untuk buat crowning gigi yang patah tu. rasanya lepas SPM. sebab doktor kata, kalau nak tahan lama buat bila umur aku dah 18. so to date, trip aku yang terakhir untuk major overhaul gigi adalah pada tahun 2001. 9 tahun kau! 

tapi rasanya tahun 2008 atau 2009 kot, adalah sekali aku try pergi klinik gigi kerajaan. pun dekat precinct 9 tu. itu pun sebab masa tu sakit gigi. entah kenapa aku taktau. paling tak suka, dia celup2 alat2 check gigi tu, twist satu dua kali, dia stop. dia kata 'ok, takde apa2. gusi awak bengkak je'. oh aku hangin sebadan. punyalah gigi aku sakit, dia bleh jawab camtu je???? PPfffffffffftttt. terus aku tobat dan jaga la gigi elok2. 

dan hari ni, semalam sebenarnya. aku nak buat scaling gigi. malam semalam dihabiskan dengan mengugel klinik pergigian dan jenis2 rawatan pergigian. aku tahu yang korang semua tahu, rawatan pergigian ni mahal. bahkan ia antara rawatan yang termahal selepas pembedahan. tapi aku rasa rakyat Malaysia ni kurang sikit pasal pergigian ni. bukan tak jaga. maksud aku buat rawatan. sebab mahal kau. teringin rasanya nak gigi putih macam Kim Kardashian tu. makan riban la duit. so aku ni mampu buat scaling sajor. bila dah gugel, jumpa lah satu klinik ni. tadi lepas lunch, aku pun pergi kat Klinik Pergigian Izra, Precinct 8. Doktor punya appointment penuh sampai malam. Aku plan nak walk-in je. Takde rezeki. So kena book another session. Dapatlah, esok kul 4. huhu takut bos tak kasi lepas plak. aduhai. try nasib je la. 

so itu je lah. kalau ada apa2 update esok, aku btau. kalau jadi buat scaling, aku nak tanya sekali kalau buat braces berapa lama and berapa riban. kena tanya berapa lama. kot nak kawin esok lusa, gigi besi. nak senyum takleh sebab nanti flash terpantul balik. hehehe. sorry Eny! aku gurau. takdelah. tengok lah dulu. 

eh! eh! dah kul 4. aku nak gerak. ada kerja tak settle lagi ni. later korang!! papai!

;)





Saturday, July 18, 2009

saturday people!


oh, its here. its already saturday. another saturday dan hari ini sekarang ini saya di office. persiapan event yang akan diadakan pada hari Isnin akan datang masih berjalan. saya ditugaskan untuk handle event tu itself, before the actual day and on the actual day itself. hari ni kami ke office untuk menyiapkan baki2 kerja pentadbiran yang masih bersisa.

saya kena settlekan teks ucapan/amanat, finalize script untuk emcee, check list untuk urus setia, aturcara pentadbiran dan lain2 lah.

before sampai office sempat la saya jogging eh tak, jalan kaki sambil hirup udara segar. jumpa KSU KWP naik beskal, borak2 ngan dia jap, jumpa SUB la sapa la. ramai orang yang bersukan skang ni! pas habis jalan satu round, lepak mamak layan dua biji half boiled egg, nescafe 'o' and roti banjir. high okeh! hahaha

ngantok ni. baru nak start keje. nanti la saya sambung lagi k!


Wednesday, June 3, 2009

berjaya!!

.
la la la..
(picture credits form here)
.
entry yang aritu tu (click sini untuk baca) berkenaan dengan 'mangkuk' ass.
.
seperti yang telah diplankan, saya bersama-sama Aja dan Syikin telah pulang dari opis semalam jam 530 petang (gila awal!). balik rumah, solat dan tukar baju terus gerak ke Pusat Kejiranan Presint 9, Putrajaya. Dua kali tawaf foodcourt tu, baru la dapat parking. betul2 depan pool kanak2. basah kuyup lantai dengan air pool yang melimpah ruah. Abangla yang dua tiga kali menyapu air tu pun still tak berjaya mengurangkan lopak2 air tu. Pool tu penuh dengan budak2 yang semangat main air. sementara tunggu si Aja ngan Syikin, sempat jugak gelak2 tengok ada seorang budak laki (dalam 5,6 tahun) yang duduk tepi tangga pool dan sedang menghirup air klorin tu. hahaha. seronok nya cuti sekolah!
.
naik ke tingkat atas, bayar RM2.00. terus kami ke gym. chomel je pusat gymnasium tu. ada 2 treadmills, satu bicycle, dua benches, chest and shoulder dan banyak la lagi. saya sempat untuk lari atas treadmill 20 minit (about 85+ calories burnt!), cycling 15 minit (dalam 40+ calories burnt lagi), buat ab crunch 10 kali dan buat triceps/biceps crunch. tak boleh banyak2 sebab dah lama tak layan gym, buatnya mabuk, pitam, pengsan. susah!
.
afterall, saya puas hati dengan peluh2 yang keluar dan ia membuatkan saya seronok! plan untuk swim plak pas ni. tengok jadual kerja dulu la. habis makan saya terus g foodcourt (hahaha!) dan mengorder sepinggan LambChop (yang dibelanja oleh Encik A-rel). tak berbaloi langsung g gym tapi topup balik dengan lemak2 kambing! tapi takpelah. hati senang, perut kenyang. ha ha ha.
.
nanti g gym lagi!!! yeay!
.