Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Belasungkawa : Hani Humaira (Mac 2010 - Januari 2012)

Hani Humaira with Intan (November 2011)

Yesterday a friend of mine, Intan Liana and hubby (Firdaus) lost their little girl after 3 weeks struggling with sudden acute liver disease. Everything happened so fast. With even realizing it, Hani's condition deteriorate in 3 weeks time. I'm not yet a mother, maybe i don't understand the true feeling of losing a baby that u carried for the whole nine months in the womb and watching her grew for the past 20 months plus. But trust me, i know the feeling of losing someone that u love so much that only Allah knows the feeling. Even though i only managed to meet Hani for few times but i feel so attached to her because she grew up in the same house that i did. Oh my, i can't continue any more. To Intan and Firdaus, be strong. Semoga kau tabah dengan ujian Allah ini. I really hope i can comfort u both in anyway but i guess it will never be enough. Hani menanti kedua ibu bapanya di pintu syurga. Saya amat bangga dengan response kawan-kawan di Facebook bermula saat berita penderitaan Hani dikongsikan sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir semalam. Semua sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Hani. Allah lebih sayangkan Hani. Semoga Allah membalas jasa kita semua. Sama-sama kita doakan kesejahteraan keluarga mereka. Semoga mereka tabah.

Al-fatihah.

another post dedicated for Hani Humaira (here)

Monday, October 18, 2010

Bapak

*post ini terletak dalam draft dalam tempoh 24 jam. saya agak keberatan untuk publish. tapi untuk memori hari akan datang, saya letakkan juga. 


Salam everyone,

I was away. 
Since Tuesday.
To Melaka.
Not for work.
Not for holiday.
It was for my Bapak. 

Bapak adalah panggilan anak-anak dan cucu-cucu Allahyarham Haji Abdul Ghani bin Endut yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, (lebih kurang) jam 12.38 pagi. Punca kematian adalah senility without mention of psychosis atau dalam bahasa mudahnya, sakit tua. Beliau berumur 79 tahun.

Beliau telah mula uzur sejak awal tahun ini. Kakinya lemah dan mula menggunakan tongkat. Semasa Aidilfitri yang lalu, Bapak menggunakan tongkat dan kelihatan uzur. Minggu ke-3 Syawal, beliau telah dibawa ke Pantai Specialist untuk rawatan susulan kerana keuzurannya. Hasil pemeriksaan, Mak pulang ke KL dengan berita bahawa sistem badannya telah semakin lemah dan sedikit keuzuran (demam, batuk, selsema dan lain-lain) perlu diberi perhatian khusus. 

Hujung minggu yang lalu, anak-anak Bapak berkumpul di Melaka dan mengadakan solat hajat sebagai mendoakan kesihatan Bapak supaya semakin baik. Keluarga kami yang agak renggang sejak 2 tahun yang lalu bertaut kembali kasih sayangnya kerana Bapak. Alhamdulillah. Mak pulang dari Melaka pada kali ini membawa berita yang kurang baik iaitu kesihatan Bapak semakin buruk. Serta-merta saya berasa bersalah kerana tidak turut serta dalam sesi tersebut dan bersama-sama dengan Bapak. 

Hari Selasa, di pejabat. Sedang berdiskusi berkenaan dengan trip ke Kenyir. Saya mendapat panggilan bahawa Bapak sedang tenat di Melaka. Bergegas mengemas beg dengan mengambil baju tidur dan sehelai kurung. Terus ke Parit Putat, Sungai Rambai dan sesampainya kami di sana, suasana sungguh hiba. Bapak demam. Saya melaksanakan apa yang sepatutnya saya buat. Sehingga jam 4 petang, hampir kesemua anak dan cucu telah berada di Sungai Rambai. Keputusan dibuat untuk membawa Bapak ke Taman Kesidang bagi memudahkan penjagaannya. Dengan kuasa Allah, Bapak membuka mata dan menganggukkan kepala dan bersetuju untuk dipindahkan. Subhanallah. Kami terus pulang mengemaskan tempat tidur Bapak, yang juga merupakan tempat terakhirnya di dunia. 

Sampai sahaja di rumah Pak Busu, Bapak meminta kopi o. Bergegas kami mendapatkan kopi o dan menyuapkannya. Semakin lewat petang, semakin ramai anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit serta kaum keluarga dan kenalan telah berkumpul di rumah Pak Busu. hanya seorang menantu dan seorang cucu, yang masih belum menerima berita, kerana masalah teknikal masih belum pulang. Malam itu, semua berkesempatan untuk membacakan yasin, memohon maaf kepada Bapak. Alhamdulillah, bacaan yasin kami masih boleh disambut oleh Bapak. Mulutnya masih lagi tidak lekang dari menyebut kalimah Allah. Jari-jarinya juga terus berdoa bersama. Malam itu dengan hati yang tidak senang, saya meninggalkan Mak dan anak-anak lain untuk bergilir menjaga Bapak. Saya pulang ke Batu Berendam. 

Keesokkan harinya, saya sampai di rumah Pak Busu (lebih kurang) jam 8.40 pagi, kelihatan seorang nurse hadir memberikan alat bantuan pernafasan oksigen kepada Bapak. Rupanya dia sesak nafas. Selepas rawatan itu selesai, melihatkan dia menutup mata, kami beranggapan bahawa kesan dari ubat itu menyebabkan dia tidur. Hampir jam 11 pagi, semua masih bimbang kerana Bapak belum juga bangun. Jari-jarinya juga tidak brgerak. Bapak sebenarnya koma. Sejak jam 8 pagi. Bersilih ganti pelawat yang hadir untuk menziarah Bapak. Nafasnya berbunyi dengan agak kuat. Kami telah mula risau. Sehingga malam itu, hampir saban waktu yasin dibacakan, kalimah syahadah diucapkan ke telinga Bapak. Jam 11 malam, menantu yang ditanyakan pada hari sebelumnya tiba bersama-sama dengan dua orang cucu. Sepupu saya sempat membacakan yasin dan mendoakan kesejahteraan Bapak. Bacaannya mula tersekat tatkala dia membacakan ayatul kursi. Kami semua dalam keadaan yang terlalu hiba dengan bacaan tersebut. Melihatkan kepada keadaan rumah yang agak ramai, saya membuat keputusan untuk pulang semula ke Batu Berendam. 

10 minit saya di Batu Berendam, baru sahaja nak menunaikan solat, Mak menelefon dan memaklumkan nafasa Bapak telah terhenti. Tanpa melengahkan masa, saja menyudahkan solat dan terus bergerak ke rumah Pak Busu semula. Uncle yang dalam perjalanan pulang ke KL pun turut memusingkan kenderaan (dari Pedas-Linggi) dan pulang semula ke Melaka. Keadaan pada masa itu tidak dapat saya gambarkan. Tatkala entry ini ditulis, air mata saya tidak tertahan. Lebih kurang jam 12.38 pagi, Bapak meninggalkan kami. Begitu senang dia pergi, tenang, dikelilingi oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit. Subhanallah. Kebesaran Allah itu begitu memukau.

Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Inalillahiwainalillahirajiuun. Al-Fatihah. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Batang Tiga, Klebang jam 11.50 pagi, 14 Oktober 2010. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang dikasihi. InsyaAllah. Amin. Al-Fatihah.


Nota Kaki : Saya tidak kehilangan sesiapa di kalangan keluarga rapat sejak tahun 1998. Kali pertama arwah Mak Pah, isteri Bapak, nenek saya meninggal pada tahun 1993, saya berumur 10 tahun dan tidak mengerti apa-apa. Ketika umur saya 15 tahun, pada tahun 1998, saya kehilangan Mak Teh, nenek di sebelah Ayah saya. Pada umur 27 tahun, saya merasakan ia waktu yang sesuai untuk saya belajar. Bagaimana nak react dalam keadaan begitu. Apa yang perlu dibuat. Apa yang perlu dibaca. Saat itu dirasakan begitu cetek ilmu di dada. InsyaAllah, saya dah menanam azam untuk belajar apa yang patut. Agar saya tahu apa yang perlu dilakukan bila tiba masanya nanti.





Tuesday, October 27, 2009

al-fatihah



My Fren (batch-mate, sidang-mate), Khairul Dahri or better known as Ostad Dahri lost his mother, two sisters and niece from yesterday's accident. Takziah untuk seluruh keluarga Ostad Dahri. I'm gonna visit them later today. Semalam post mortem habis lewat dan keempat-empat jenazah selamat dikebumikan lebih kurang jam 1.30 pagi. 


Berikut adalah berita yang dipetik dari Berita Harian hari ini.


*sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah pergi. Al-Fatihah*




Bayi antara empat maut dua kereta bertembung
Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my








PUTRAJAYA: Empat sekeluarga, termasuk seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, meninggal dunia apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah Proton Saga, di Kilometer 1.5, Persiaran Selatan, Jalan Kajang-Dengkil, dekat sini tengah hari semalam.


Mereka yang terbunuh ialah Wan Hanisah Wan Ibrahim, 56; dua anaknya, Nor Lenny Marlina Mohd Zawawi, 28, dan Nor Adilah, 26; serta cucunya, Siti Nur Balqis Mohammad Ariffadilah, tiga bulan yang juga anak Nor Lenny Marlina.


Kejadian berlaku jam 1 tengah hari ketika kereta yang dipandu Nor Adilah dari arah Kajang ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bertembung dengan kereta yang terbabas dari arah bertentangan.


Nor Adilah dan Nor Lenny Marlina meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa mati dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Semua mangsa cedera parah di kepala dan badan.


Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, berkata pemandu Proton Saga, seorang wanita berusia 44 tahun patah kaki dan dirawat di Hospital Putrajaya.


Zahedi berkata, kereta Proton Saga dari arah PICC ke Serdang itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas melintasi pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan serta bertembung dengan kereta mangsa.


"Saya amat terkejut apabila melihat mangsanya adalah isteri, anak dan cucu saya, manakala anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan dua anak saya yang tersepit dalam kereta," katanya sebak. Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Desa Pinggiran Putra, dekat sini selepas membeli-belah di Alamanda, berhampiran tempat kejadian.


Jenazah Nor Lenny Marlina dan Nor Adilah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, manakala Wan Hanisah dan cucunya dihantar ke Hospital Putrajaya.


Sementara itu, suami Wan Hanisah, Mohd Zawawi Abdlah, 56, yang bertugas di Kementerian Kewangan, berkata beliau mahu menghantar buaian yang dibelikan untuk Siti Nur Balqis ke rumahnya pada jam 12.40 tengah hari tetapi pintu rumah berkunci kerana mereka sudah keluar.


"Saya berpatah balik ke pejabat di Putrajaya, tetapi dalam perjalanan saya lihat ada kemalangan di lorong bertentangan dan ternampak kereta Perodua Kancil yang remuk.


Abang mangsa dua beradik itu, Mohd Khairul Dahri, 29, kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, pula berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapanya kira-kira jam 1 tengah hari memaklumkan kemalangan itu dan memintanya datang melihat sendiri di tempat kejadian.


"Apabila sampai di situ, polis memaklumkan dua adik saya terbunuh tetapi ibu, adik dan anak saudara saya sudah tidak ada di situ," katanya yang kali terakhir bertemu ibu dan adik-adiknya di rumah mereka malam kelmarin.

updated 10.00 am :