Monday, October 18, 2010

Bapak

*post ini terletak dalam draft dalam tempoh 24 jam. saya agak keberatan untuk publish. tapi untuk memori hari akan datang, saya letakkan juga. 


Salam everyone,

I was away. 
Since Tuesday.
To Melaka.
Not for work.
Not for holiday.
It was for my Bapak. 

Bapak adalah panggilan anak-anak dan cucu-cucu Allahyarham Haji Abdul Ghani bin Endut yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, (lebih kurang) jam 12.38 pagi. Punca kematian adalah senility without mention of psychosis atau dalam bahasa mudahnya, sakit tua. Beliau berumur 79 tahun.

Beliau telah mula uzur sejak awal tahun ini. Kakinya lemah dan mula menggunakan tongkat. Semasa Aidilfitri yang lalu, Bapak menggunakan tongkat dan kelihatan uzur. Minggu ke-3 Syawal, beliau telah dibawa ke Pantai Specialist untuk rawatan susulan kerana keuzurannya. Hasil pemeriksaan, Mak pulang ke KL dengan berita bahawa sistem badannya telah semakin lemah dan sedikit keuzuran (demam, batuk, selsema dan lain-lain) perlu diberi perhatian khusus. 

Hujung minggu yang lalu, anak-anak Bapak berkumpul di Melaka dan mengadakan solat hajat sebagai mendoakan kesihatan Bapak supaya semakin baik. Keluarga kami yang agak renggang sejak 2 tahun yang lalu bertaut kembali kasih sayangnya kerana Bapak. Alhamdulillah. Mak pulang dari Melaka pada kali ini membawa berita yang kurang baik iaitu kesihatan Bapak semakin buruk. Serta-merta saya berasa bersalah kerana tidak turut serta dalam sesi tersebut dan bersama-sama dengan Bapak. 

Hari Selasa, di pejabat. Sedang berdiskusi berkenaan dengan trip ke Kenyir. Saya mendapat panggilan bahawa Bapak sedang tenat di Melaka. Bergegas mengemas beg dengan mengambil baju tidur dan sehelai kurung. Terus ke Parit Putat, Sungai Rambai dan sesampainya kami di sana, suasana sungguh hiba. Bapak demam. Saya melaksanakan apa yang sepatutnya saya buat. Sehingga jam 4 petang, hampir kesemua anak dan cucu telah berada di Sungai Rambai. Keputusan dibuat untuk membawa Bapak ke Taman Kesidang bagi memudahkan penjagaannya. Dengan kuasa Allah, Bapak membuka mata dan menganggukkan kepala dan bersetuju untuk dipindahkan. Subhanallah. Kami terus pulang mengemaskan tempat tidur Bapak, yang juga merupakan tempat terakhirnya di dunia. 

Sampai sahaja di rumah Pak Busu, Bapak meminta kopi o. Bergegas kami mendapatkan kopi o dan menyuapkannya. Semakin lewat petang, semakin ramai anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit serta kaum keluarga dan kenalan telah berkumpul di rumah Pak Busu. hanya seorang menantu dan seorang cucu, yang masih belum menerima berita, kerana masalah teknikal masih belum pulang. Malam itu, semua berkesempatan untuk membacakan yasin, memohon maaf kepada Bapak. Alhamdulillah, bacaan yasin kami masih boleh disambut oleh Bapak. Mulutnya masih lagi tidak lekang dari menyebut kalimah Allah. Jari-jarinya juga terus berdoa bersama. Malam itu dengan hati yang tidak senang, saya meninggalkan Mak dan anak-anak lain untuk bergilir menjaga Bapak. Saya pulang ke Batu Berendam. 

Keesokkan harinya, saya sampai di rumah Pak Busu (lebih kurang) jam 8.40 pagi, kelihatan seorang nurse hadir memberikan alat bantuan pernafasan oksigen kepada Bapak. Rupanya dia sesak nafas. Selepas rawatan itu selesai, melihatkan dia menutup mata, kami beranggapan bahawa kesan dari ubat itu menyebabkan dia tidur. Hampir jam 11 pagi, semua masih bimbang kerana Bapak belum juga bangun. Jari-jarinya juga tidak brgerak. Bapak sebenarnya koma. Sejak jam 8 pagi. Bersilih ganti pelawat yang hadir untuk menziarah Bapak. Nafasnya berbunyi dengan agak kuat. Kami telah mula risau. Sehingga malam itu, hampir saban waktu yasin dibacakan, kalimah syahadah diucapkan ke telinga Bapak. Jam 11 malam, menantu yang ditanyakan pada hari sebelumnya tiba bersama-sama dengan dua orang cucu. Sepupu saya sempat membacakan yasin dan mendoakan kesejahteraan Bapak. Bacaannya mula tersekat tatkala dia membacakan ayatul kursi. Kami semua dalam keadaan yang terlalu hiba dengan bacaan tersebut. Melihatkan kepada keadaan rumah yang agak ramai, saya membuat keputusan untuk pulang semula ke Batu Berendam. 

10 minit saya di Batu Berendam, baru sahaja nak menunaikan solat, Mak menelefon dan memaklumkan nafasa Bapak telah terhenti. Tanpa melengahkan masa, saja menyudahkan solat dan terus bergerak ke rumah Pak Busu semula. Uncle yang dalam perjalanan pulang ke KL pun turut memusingkan kenderaan (dari Pedas-Linggi) dan pulang semula ke Melaka. Keadaan pada masa itu tidak dapat saya gambarkan. Tatkala entry ini ditulis, air mata saya tidak tertahan. Lebih kurang jam 12.38 pagi, Bapak meninggalkan kami. Begitu senang dia pergi, tenang, dikelilingi oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit. Subhanallah. Kebesaran Allah itu begitu memukau.

Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Inalillahiwainalillahirajiuun. Al-Fatihah. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Batang Tiga, Klebang jam 11.50 pagi, 14 Oktober 2010. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang dikasihi. InsyaAllah. Amin. Al-Fatihah.


Nota Kaki : Saya tidak kehilangan sesiapa di kalangan keluarga rapat sejak tahun 1998. Kali pertama arwah Mak Pah, isteri Bapak, nenek saya meninggal pada tahun 1993, saya berumur 10 tahun dan tidak mengerti apa-apa. Ketika umur saya 15 tahun, pada tahun 1998, saya kehilangan Mak Teh, nenek di sebelah Ayah saya. Pada umur 27 tahun, saya merasakan ia waktu yang sesuai untuk saya belajar. Bagaimana nak react dalam keadaan begitu. Apa yang perlu dibuat. Apa yang perlu dibaca. Saat itu dirasakan begitu cetek ilmu di dada. InsyaAllah, saya dah menanam azam untuk belajar apa yang patut. Agar saya tahu apa yang perlu dilakukan bila tiba masanya nanti.





10 comments:

Nurulhuda|Adlie said...

sedihnya i baca entry ni ati, takziah to u and ur family, mesti terasa sangat kehilangan ni since its quite sometimes kan. and tq for sharing, atleast kita akan selalu ingat tak tahu bila masa org yang kita sayang akan pergi.

suhana azlin said...

babe, i am truly understand...

tabahkan hati ok, kehilangan org tersyg mmg memeritkan, tp kita kena redha itulah lumrah asam garam hidup

i was 12 when abah passed away, mmg x faham sgt masa tu but nak melalui hidup after that yang buat kita sedar susah senang nak teruskan hidup and syukur jadi 'org' jugak akhirnya..

selalu doa jgnlah my kids lalui apa yg pernah mama dia rasa, and i think im not that strong to go through what my mother did

syukurlah your bapak pergi dgn mudah dan senang, and semua anak cucu berkesempatan menjaga dia di saat akhir..semoga rohnya dicucuri rahmat.aminn..

thesweetlittlecat said...

dear, big condolences from me to u & family.. i faham sgt perasaan itu.. time baca ni aku pun bergelinang air mata sambil mengenangkan my arwah nenek! ajal tetap ajal, kita sedekahkan alfatihah n semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. Amin

Y@nty said...

Takziah buat Akon sekeluarga...Moga rohnya dicucuri rahmat..Insyallah..

Melissa said...

I'm so sorry to hear about your loss.
Takziah kak. Sedih je baca.
Stay strong ye.
Al-Fatihah.

swit@kon said...

Nurulhuda|Adlie

thanks babe!
memang terasa sebab kami semua rapat with one another. gurau2 la macam2. bila takde, fikir raya nanti semua jadi sedih gila. insyaallah. yang tinggal ni la yang doa untuk dia.

swit@kon said...

suhana azlin,

betul lin.
aku rasa lebih pahit hilang ayah kandung. ini atuk pun aku saban hari menangis. apatah lagi kalau teringat dan tengok gambar. kau, mak kau dan adik2 kau memang tabah. especially mak kau. aku salute la.

jom sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah kau dan arwah bapak. semoga roh kedua-dua nya dan umat islam yang telah pergi dulu sebelum kita ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah kasihi. insyaallah.

Al-Fatihah.

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

thanks babe.
insyaAllah. ini masanya untuk kita tengok balik dan insafi kejadian Allah kan? dari Dia kita datang, kepada Dia kita akan balik. Semoga dipermudahkan urusan kita semua di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

al-fatihah for your late grandma.

swit@kon said...

Y@nty,

ang tak sempat kenal kan?
erm. thanks babe. take care of urself, hubby n haffiy!

*hugs*

swit@kon said...

Melissa,

Tq. InsyaAllah. Terasa sedih lebih sedikit berbanding dulu masa nenek sebab sekarang umur dah 27. huhu. dah tua, mata hati tu dah mula terbukak. so kena insaf. InsyaAllah. kita doa sama2. i know u've been in my position. no. it was worse kan? awak lagi kuat.

al-fatihah for your late mom juga.