Showing posts with label review theater. Show all posts
Showing posts with label review theater. Show all posts
Wednesday, August 3, 2011
Friday, October 1, 2010
Theater Review - Tun Mahathir Musical
It has been a while since i went to a musical. The last time i watched a musical (in Malaysia) was Cuci The Musical Part I (AC Mizal, pardon me. Dato' AC Mizal was one of the cast members) in Oktober 2009. The review is here. And this year, my first musical was in Bangkok during our BKK Trip, Siam Niramit back in July 2010. Oh, itu belum buat review. Haha. Ampun!
I was so excited to see this musical not just because i am a theater freak but the fact that Tun M is my idol. Being the Y-Generation, we were brought up in Mahathir's era. So, need i say more? Dan pengalaman melepak di Alor Star pada hari Ahad dan Isnin lepas, mendalami sejarah tempat lahirnya mantan perdana menteri kita yang ke-4 ini menyebabkan saya rasa berkobar2. dan lebih best apabila banyak tempat2 yang saya singgah di Alor Setar semuanya merupakan tempat-tempat bersejarah dalam teater Tun M Muzikal ini. Antaranya Sultan Abdul Hamid College, Pekan Rabu, rumah kelahirannya di Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai dan banyak lagi. Istimewanya Alor Star!
Ok, back to the musical. Right after purchasing my tickets, i got lotsa feedbacks regarding the production. Rata-rata menyatakan ketakbestan teater ini. Termasuklah the closest family members of Tun's. Tapi demi Tun Mahathir dan kegemilangan seni teater tanah air, cewaaaaah. Saya gagahkan jua. :)
From my points of view. Ni yang saya dapat perhatikan. Please, kalau korang tak suka nak baca, atau tanak tahu ke dan sebagainya, sila klik tanda 'x' di atas sebelah kanan monitor tuan2 dan puan2 ok. And this is a personal opinion. Pandangan peribadi saya tidak membawa maksud apa2. Sekadar memberi sedikit pandangan. Tak suka, tak perlu baca ;)
- penceritaan tidak berapa kuat. from one scene to another nampak pelik sedikit.
- pemilihan pelakon adalah baik. paling suka Esma Daniel sebagai Tun era politik. Dia boleh bawa watak tersebut yang memang sebijik. Gaya cakap, body language. Cuma bezanya, rambut dia tebal dan super black. Zizan ok, Erra portraying the first lady (Tun Dr. Siti Hasmah) dengan begitu lemah gemalai. Watak biasa. Adik Shafieq pun ok. (sebenarnya dapat tengok dia kejap je pun. Masuk dah lambat)
- lagu2 yang digarapkan, ada yang baik dan ada yang tak payah pun.
- sound system tak syiok la. kenapa eh? mungkin kerana record earlier and artis miming je kot.
- ada few slides (slide ke?) atau paparan di skrin tak sesuai dengan penceritaan. kata buat cerita pasal Tun M, tapi background macam tak cukup bajet. huhu
- rehat 15 minit dirasakan terlalu panjang. sebab ini merupakan teater biography, orang letih sikit tunggu. kalau cerita lawak tu lain. ada turun naik yang buat orang excited nak tunggu part ke-2 selepas intermission. maybe production team ada alasan kuat untuk rehat 15 minit ni. bagi pelakon2 rehat kot.
- props yang digunakan biasa sahaja. takde yang gila2 sehingga menyebabkan ternganga tengok.
itu je la kot. saya takdelah nak komen banyak2. sebab saya suka teater. regardless tajuk dan jenis teater yang dipentaskan. memang sangat suka teater. dan kerana saya sangat suka teater, saya rasa ramai lagi orang malaysia patut layan teater. jangan layan yang fofular sahaja. saya puas hati dengan Tun Mahathir Musical. Mungkin banyak lagi boleh diperbaiki pada masa akan datang. Sangat banyak. Pada saya produksi sebegini kalau keluar duit lebih sikit pun orang bayar. Sebab tokoh negara kita kan? Bukan calang2 orang. tak rugi bayar lebih dan duduk di stalls. tapi masih tak berapa nak suka duduk kat tempat saya beli tiket itu. sebab pakcik depan saya tinggi. dan setiap kali saya ke kiri, kepala dia g kiri. saya toleh kanan, dia pun toleh sama. haih! pening!
saya taknak cerita intipatinya. Kalau nak tahu, sila beli tiket ok!
Oh, btw, teater ini dipanjangkan pementasannya sehingga 9 Oktober 2010. Sepatutnya hingga 3 Oktober 2010 sahaja. Sebab tu tak tentu arah saya beli. Rupanya diextendkan. So, sesiapa yang masih belum menonton teater muzikal Tun Mahathir, bolehlah beli tiket di lokasi berikut:
(i) Istana Budaya. Walk in sahaja. Official website for Istana Budaya click here.
(ii) secara online di Ticket2u.biz.
Have fun at the musical. Sila repot balik kalau sesiapa yang dah tengok tu ok.
xoxo
Labels:
alor star,
friends,
istana budaya,
review theater,
sejarah,
Tun M,
tun mahathir musical,
what i love
Thursday, October 29, 2009
Cuci The Musical : The Review
(Disclaimer : Ini adalah review untuk Cuci The Musical. Kepada sesiapa yang telah membeli tiket dan sedang menunggu untuk menonton dan mahukan suprise, sila klik pada butang 'X' di sebelah kanan atas monitor anda. Terima Kasih)
hey hey peeps.
it's time for the review! last night was a blast. i had stomach cramps from major laughing session. yes. indeed. nama tajuk tu pun dah The Review kan? i went for a preview last night for Charity Gala Preview Night for Cuci The Musical. some random rich corporate people bought a lot of ticket for charity and distribute the tickets to their staffs. meronta2 nak pegi beli tiket. tapi tak beli2 tiket lagi. since tengok puan shilashower membeli tiket rasa jealous. tapi semalam i was so lucky i was invited by Najeeb to be 'the teman' (hahaha) who was invited by Azril (i met him masa kat Luna Bar). tetiba he texted me tanya nak ikut g tengok tak. rasa cam nak jerit kat office!!! hahaha ok enuff bout the tickets. i nak buat review kan. you guys ready? hehehe
masa belum start. selamba snap satu keping!
first and foremost, they had a very simple stage where few props are used. props dia bertukar dari cafe yang Cuci Cuci Services dapat kontrak untuk cuci cermin ke props rumah the Cuci Boys (Khai - Hans Isaac, C-Tan - AC Mizal, Fairil - Afdlin Shauki & Jojo - Awie) di Kampung Baru ke props office Miss CJ (Citi Jasmin - Vanida Imran) and props di kiri dan kanan pentas iaitu props bangunan pertandingan Window Washing Olympics (WWO).
i takkan cerita banyak cuma nak amik few scenes yang memang super best and super funny. best parts:
1. Bila Farah (the cutest Kak Dib aka Adibah Noor) tercium bau pisang goreng yang Jojo bawak ke office and terus jatuh cinta dengan Jojo. Lagu dia masa ni cheeky gile.
2. Semua parts yang Khai (si handsome yang ikhlas dan berterus terang) mengeluarkan statement jujur dia - memang lawak (and Hans honey, you are brilliant and tall and kurus and handsome and OMG).
3. Penggunaan bahasa2 remaja. Contoh masa Fairil sebut Oh My God (and jerit OMG!!!!) masa jumpa Wira (Harith Iskander) and bila Wira sebut 'budak2 KG - Kampung. banyak la.
4. Farah pakai baju party tema 80's - ala2 Diana Ross tapi tak jadi, jadi Sahara Yaacob and nyanyi kat kafe Kampung Cuci Boys. part ni favourite Najeeb sebab ada 'abang' pakai hot pants merah and singlet putih. kan Najeeb kan?? :P hahahaha (kidding k!)
5. Part masa kerongsang WOW.
6.Part pisang goreng tersembur.
Aaaaaaaaa banyak lah! karang saya cerita sampai habis nanti tak la suprise sangat. Ok. promise. stop sampai sini je. hehehe.kekuatan cerita ini adalah dari penceritaan yang original dan lawak yang tidak slapstik. penggunaan pelakon yang memang hebat dalam teater (Afdlin, Adibah, Harith, Vanida and semua orang) memang berbaloi! AC Mizal paling lawak (yang lain lawak gile tapi AC dapat title PALING), Awie paling cute (antara yang 4 sebab dia kecik). Vanida chanteq. and overall Cuci The Musical memang fresh, sangat up to date dengan perkembangan semasa. baik dari segi penggunaan lawak2 diorang, baju2, props and atmosfere jugak. cuma dari segi bunyi dia je yang sikit tak berapa ok. patah2 perkataan tu tak berapa nak jelas bila diorang cakap banyak2 (i had to read the subtitle in English kat skrin atas pentas to understand it).
I recommend this musical for all of you yang perlukan gelak tawa untuk release tension. i semalam sampai serak2 suara gelak banyak. hahaha. semalam habis plus minus dalam 1230 jugak. sebab semalam kan untuk charity and our DPM, Tan Sri and his wife was the VVIP. saya tak tunggu untuk meet-the-fan-session. and i didn't bring my baby (my D5000) sebab besar and nak enjoy the show.
finale : VVIPs on stage. at 1230 am. ngantok tapi best!!
i hope you guys go and buy the tickets to this show ya. i give them 5 over 5 stars! puas hati. tak rugi beli tiket and tempuh jammed di Jalan Tun Razak untuk tengok Cuci The Musical. more infos, click here. add the Facebook Group here. to buy the tickets, click here. Cuci The Musical akan berada di Istana Budaya sekarang hingga 8 November 2009.
ok. terakhir : Sokonglah industri teater negara kita! wuhuuuuuuuuuuuuuuuuu.
p/s : to Hans Isaacs - i single lagi. ;)
Labels:
Adibah Noor,
Afdlin Shauki,
Awie,
Cuci The Musical,
Hans Isaac,
review theater,
Vanida,
what i love
Subscribe to:
Posts (Atom)



