Showing posts with label saman. Show all posts
Showing posts with label saman. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

saman dan diskaun


kawan-kawan ku sekalian. adakah anda mempunyai saman trafik? sama ada speeding atau kesalahan-kesalahan jalan raya yang lain? sudahkah anda membayar saman tersebut? 

untuk makluman kawan-kawan ku semua. mulai 1 Disember 2010, Polis Diraja Malaysia telah memberikan diskaun pada kadar yang munasabah bagi membolehkan rakyat yang telah disaman membuat pembayaran saman mereka dengan segera. (sumber : bharian.com.my - link)

oleh itu mari lah kita sama-sama langsaikan saman-saman trafik kita semua. saya baru je bayar 3 minit yang lepas. jumlah asal adalah RM350. tapi bila dah dapat diskaun, saya bayar RM184 (termasuk tax-sebab bayar melalui MyEg). Jumlah saman adalah sebanyak 2 saman. Satu speeding di jalan besar Putrajaya -yang saya nampak sendiri polis tu tembak kereta saya. :P. Satu lagi adalah saman langgar lampu merah - ini kerja si Kicap sebab kesalahan itu di Shah Alam. Kereta dia guna nama saya, so yang kena bayar akak jugak.

So, cepat2 g semak sama ada korang ada saman atau tak. Dan cecepat lah bayar kalau ada saman tu ok! Saman-saman itu boleh disemak dan dibayar di kaunter PDRM, pejabat pos dan secara online. 

 MyEg Services - semak dan bayar saman secara online (dan lain-lain servis)


*sudah miskin RM184.00. huk huk*




Tuesday, April 6, 2010

lapor diri

haluuuuu. swit@kon melaporkan diri balik dari Penang ya'll!!!!!!!!!!!
letih. tak sedap badan. mood kureng baik.
semalam sakit hati ngan bebudak yang duduk dalam Kurus In*duksi itu.
tak belajar respect orang langsung!

ada beberapa entry baru yang nak di hapdet.
tapi mood tetiba hilang bila check saman (sebab nak renew license).
masukkan no. i/c - hamikk kau.
ada dua saman. satu baby hijau, satu kereta si Kicap. Kicap cuma kena RM 30.00 sebab saman traffic.
aku la. kena saman speeding. sebenarnya dah agak dah. sebab masa tu bawak 110 km/j masa lalu kat jalan masuk Putrajaya. situ kan speed limit cuma 70 km/j. nampak la abang polis tu kat bawah jambatan. tengah menembak. harun betullah! masa ni la nak saman kan.

so, Road Tax - RM 600 + Saman RM 300 = RM 1000 jugak aku akan terbang ni.
tak ber'cat' lah kereta aku nampak gaya nye.

argh. sakit otak la macam ni. April ni banyak sangat guna duit!
nak balik umah lah. tido!

:(