Thursday, December 2, 2010

saman dan diskaun


kawan-kawan ku sekalian. adakah anda mempunyai saman trafik? sama ada speeding atau kesalahan-kesalahan jalan raya yang lain? sudahkah anda membayar saman tersebut? 

untuk makluman kawan-kawan ku semua. mulai 1 Disember 2010, Polis Diraja Malaysia telah memberikan diskaun pada kadar yang munasabah bagi membolehkan rakyat yang telah disaman membuat pembayaran saman mereka dengan segera. (sumber : bharian.com.my - link)

oleh itu mari lah kita sama-sama langsaikan saman-saman trafik kita semua. saya baru je bayar 3 minit yang lepas. jumlah asal adalah RM350. tapi bila dah dapat diskaun, saya bayar RM184 (termasuk tax-sebab bayar melalui MyEg). Jumlah saman adalah sebanyak 2 saman. Satu speeding di jalan besar Putrajaya -yang saya nampak sendiri polis tu tembak kereta saya. :P. Satu lagi adalah saman langgar lampu merah - ini kerja si Kicap sebab kesalahan itu di Shah Alam. Kereta dia guna nama saya, so yang kena bayar akak jugak.

So, cepat2 g semak sama ada korang ada saman atau tak. Dan cecepat lah bayar kalau ada saman tu ok! Saman-saman itu boleh disemak dan dibayar di kaunter PDRM, pejabat pos dan secara online. 

 MyEg Services - semak dan bayar saman secara online (dan lain-lain servis)


*sudah miskin RM184.00. huk huk*




2 comments:

cc said...

sy pemandu berhemah tiada saman direkodkan =P

My Love.. said...

samam aku before discount = RM 1200..uwaaaa...miskin!!!