history on Thomas & Uber Cup Championship here.
ok. last Malaysia menang Piala Thomas adalah pada tahun 1992. iaitu semasa saya berumur 9 tahun, darjah 3. masa tu oklah kot. lompat2 sebab suka Malaysia menang.
gambar dari utusandotcomdotmy
dan tahun ini, 2010. saya berumur 27 tahun dan Kejohanan Piala Thomas 2010 (dan Piala Uber) berlangsung di Kuala Lumpur. Bukit Jalil to be exact. mesti tengok lah kan. siapa kata tak tengok.
cuma yang tak bestnya, satu, semasa menonton, saya rasa jantung ini bagai nak gugur - menanti keputusan dan menyaksikan aksi-aksi pemain (Malaysia).
bukan tak mahu menonton Uber Cup, tapi tak berkesempatan. masih berada di pejabat sewaktu permainan berlangsung.
untuk makluman semua, selepas perlawanan pasukan Malaysia ditewaskan oleh pasukan Jepun tempoh hari, saya semalam tidak menonton perlawanan Malaysia - Denmark. terasa rugi. tapi adalah reason. reasonnya, saya masih di pejabat dan tidak sampai hati menontonnya. sebab takut kena heart attack!!!!! saya hanya berkesempatan menonton separuh perlawanan Wong Choong Hann sahaja. semasa perlawanan dengan Jepun itu, memang lah saya menonton hingga habis. dah la tukang karut pengulas sukan itu ayatnya tak konsisten. kejap pasangan ini serasi, digandingkan dan akan membuat kejutan. bila dah kena blasah cakap lain. haih tv, tv....
malam tadi saya cuma update tentang game hanya melalui Twitter je. thanks kengkawan Twitter yang update saya seperti Melissa, Enche Sani, Puan Kopi!!! alhamdulillah Hafiz menutup peluang Denmark dan membuka laluan ke separuh akhir untuk pasukan Malaysia. jangan main selamba sangat ye!!!
gambar dari bharian online
tapi kan. pagi tadi sebelum ke pejabat, saya sempat tonton re-run match Dato' Lee Chong Wei menentang Peter Gade (dan menang!). saat mata terakhir tu diterima, tetiba air mata ini menitis.
oh patriotiknya saya! :P
tak sabar nak layan game lagi!! sapa2 nak jual tiket game Malaysia-China? atau bagi free saja, let me know. teringin lah!
ok. itu je. bye!!!
p/s : tetiba rasa dah lama tak main badminton. alasan - tapak kasut tercabut dan pemegang raket dah haus.

